Thursday, March 31, 2011

Cooking Seasons

Semalam utk dinner mama masak kek coklat basah...ambik resepi kat blog jintan manis..thee..masa Abg Aiman ngaji dia siap bgtau akak umah sebelah yg itu bau kek mama dia..aduhai anak...malu mama nie...kiranya sukses gak bg 1st timer like me...masih boleh dipertingkatkan..thee



Lepas settle masak kek..mama beralih ke resepi kedua..Biskut resepi kak zan yg difwrd oleh kak mona...thee..tengok la 1st time gak buat cookies...x tau le ok atau x..



Oleh kerana kengkawan kat opis selalu perli sb x bw utk depa..so mama bw le kali nie..selalu bukan xmo bawa tapi licin..yg nie berjaya diselamatkan...pape diaorg komen ok dan boleh dipertingkatkan...tq semua...Actually mama berangan nk buat kek sendiri utk besday Abg Aiman 08 April nie..2 yg belajo..doakan k mama sukses..kalo idak terpaksa le order like usual...

Wednesday, March 30, 2011

Ride Day

2nd Day@Bkt Merah Laketown Resort

1st time tido kat tempat lain..like usual lil Airiel akan merengek2...cian kat my asben cos dia perlu enough rest..maklumlah esok nk buat kayuhan emas tuh..thee..1st time my asben join jamboree..harap2 selamat semasa kayuhan..almaklumlah aktiviti cenggini berisiko...pernah masa ride kat frim my asben jatuh gaung..Ya Allah..seriau rasanye..balik umah calar balar...alhamdulillah selamat...syukur ya Allah..



My asben suka sangat nk join..selain jumpa kengkawan lama nak tayang beskal rm2k..so beskal lama kaler merah tu jadi hakmilik kekal mama ler..almaklumlah mama pun join gak ride cuma amatur je...tukar gear pun lom establish...ari 2 lenjan beskal my asben hati2 gak..mana tau rosak ke..theee..

Subuh2 papa dh bersiap sedia utk menanti di starting point..x silap ada 3 check point..mama x tau le trek dia cam mana..mudah-medium-sukar-extrem..thee..mama pun jenguk jap sb x jauh dr bilik hotel..lil Airiel ngan hero Aiman pun tido lagi..kena bagi moral support...for my love le katakan...para riders dilepaskan utk kayuhan pada jam 7.30 pg..sempat gak lambai2 my asben..nampak gak dia bini dia yg comey nie..

Lepas papa gerak..mama terus kemas beg..sb ari nie check-out..nt kelam kabut plak..thee..actually mama dh susun aktiviti kami ari nie..sementelaah papa mengayuh kami anak beranak akan buat lawatan di Bkt Merah..lepas ditimbang2..mama akan bawa anak2 g Orang Utan Island dan Ecopark...waterpark x masuk cos x cukup kakitangan nak jaga 2 hero..

So 1st trip g Orang Utan Island..beli tiket utk combo trip..senang sket n save..nasib baik papa dapat diskaun coupon so save la..utk 2 beranak rm52.00 termasuk feeding food kat Ecopark..Lil Airiel free admission cos below 90cm..kelakar mama tengok my heroes 1st time naik boat...kira cm org Perak cakap "Perak@jakun"..Lil Airiel x tutup mulut pun..thee..Hero Aiman like usual control encem dia..

Orang Utan Island n Ecopark

Naik bot pkl 9.30 pagi..sesuai sangat cos lom sesak lagi..sampai kejap je..tourist guide bw g tgk org utan dan bagi sedikit informasi..like usual Hero Aiman senang dibawa..Lil Airiel dgn ragam dia...mula2 cm takut lps 2 asyik nk tgk org utan je..Ada tayangan video just Hero Aiman berminat...Lil Airiel xmo le dia...

Abis tayangan video, kami naik semula boat dan dibawa pula ke Ecopark...Sedang2 elok, msk Ecopark bf 11.00pg sb ada Animal Show..amacam elok x planning mama..sempat lagi bagi monyet ngan arnab makan..tengah tunggu animal show, papa telefon...pergh dh abis mengayuh ker? So early...compom dh selamat sampai...alhamdulillah..dalam nada ek papa bgtau dia dpt no 549 from 2700 peserta...congrats my love...dpt medal g2..actually peserta 1-1000 je yg dpt medal...

Usai Animal Show mama bawa hero2 round Ecopark sambil tgk haiwan..anak2 mama tengok gembira sakan..thee..cuma lil Airiel cm dh tired..it's time 2 bf le tu..thee..so lps abis round mama bawa anak2 kuar n g ambik kunci bilik kat papa...then terus masuk bilik...theee..Hero Aiman quite sad cos dia nak g waterpark so mengubat sedey dia mama let him g pool..smlm dh g so dia tau pool mana blh msk...mcm2 arahan mama bg..sb x dpt g cos Airiel x blh dibawa g pool...sesak nafas mama...

Around 2.30 ptg, papa msk bilik dgn muka sedey..almaklumlah no bertuah dia x naik..yg naik 2155 sedangkan papa 2255...dpt frame beskal tu..sabo dear x de rezeki..then we all check out n mulakan perjalanan pulang ke KL..lindungilah perjalanan kami semoga selamat sampai..amin...

Tuesday, March 29, 2011

Hati berbunga-bunga...


23hb Mac 2011, mama berpeluang mengikuti Seminar Bahan Api anjuran JAS Selangor dan Shell di Holiday Inn Glenmarie..yang membuatkan mama berminat nak join seminar pun sebab nak jumpa kengkawan di samping menimba ilmu..theee..

Oleh kerana seminar nie 1 hari so compom mama kena pam di surau hotel..disebabkan seminar makanan memang meriah..yang best semua kwn2 mama tegur mama makin lawa n slim..kembang semangkuk...masing2 tanya rahsia..mama ckp mengepam..kui3..sarapan mama tgk hotel hidangkan nasi lemak ngan kek..mama ambik kek 1 utk alas perut..air teh compom mama x ambik sebab mama minum air kosong..bekalan...minum pagi hotel hidangkan sandwich n kek coklat ada pistachio...wah2..mama rembat le kek 2 n sandwich..yummmy...ada plak baby tomato..kutip2...

Utk lunch mama makan macm2..ada seczhuan soup, bubur nasi, nasi campur...salad..ais kacang..langgar sekejap..uisk macam2 mama makan...meriah2..pas nie kena la naik penimbang...yang mama paling suka time pam...jenggggg...meriah sangat...cik B bengkak n mama dpt 12 oz utk 1 kali sesi pam tu...suka3...mesti penangan makan yg melampau tu...

Time kat surau mama pam lps semua org msk dewan seminar..bukan segan tapi nak gak privacy sket..kalo kat opis selamba je sebab kwn2 semua dh biasa tgk..theee..almaklumlah dh 2thn ++ mengepam...penghuni tegar..ada la sekretariat yg msk utk solat..bdk2 bujang..mama kenal cos dl pernah sepejabat ngan depa..wah2 kak ida..mengepam lagi? baby bape bulan kak? haaaaaa? bulan? aduhai bdk2 nie...anak kak ida dh 2 tahun lebey le...ternganga budak2 tu..igt baby lagi...senyum le mama..

Jeles le kak ida..nanti kami nk ikut cm kak ida...alhamdulillah bdk2 bujang nie pun dh berniat utk BF bila tiba masanya...moga dipermudahkan...bdk2 tu siap belek2 botol susu yang berisi dan thumb up 2 me...subhanallah...so hari 2 mama pulang dengan susu fresh 12oz..hati berbunga2...alhamdulillah Ya Allah..

Penyusuan Ketika Hamil Tidak Mudaratkan Kandungan

Penyusuan Ketika Hamil Tidak Mudaratkan Kandungan

Soalan:

Saya kini mengandung lima minggu. Doktor menasihatkan saya menghentikan penyusuan susu ibu kepada anak kedua yang baru berumur lima bulan. Dia khuatir saya tidak mampu menyusukan dua orang anak dalam satu masa memandangkan saya bertubuh kecil. Persoalannya, bolehkah penyusuan susu ibu memudaratkan kandungan? Adakah kehamilan boleh merencatkan penghasilan susu dan perlukah saya mengambil supplement untuk menambah susu?

Zuraini Mohamad Redhuan Sepang, Selangor
Jawapan:

American Academy of Pediatrics menyarankan bayi diberi susu eksklusif dalam enam bulan pertama tanpa diberi sebarang jenis supplement formula, air atau makanan dan terus menyusu badan sepanjang tahun pertama dan seterusnya. Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh penyusuan eksklusif, kemungkinan untuk mengandung adalah agak tipis tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda mengandung lagi walaupun dalam tempoh penyusuan.

Sehubungan itu, apabila disahkan mengandung, kebanyakan ibu dalam dilema sama ada mahu bercerai susu ataupun terus menyusu. Ini berlaku akibat konflik yang dialami setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan mahupun doktor. Setakat ini, belum ada bukti yang mengesahkan kehamilan boleh memudaratkan kandungan. Namun, jika ibu pernah melahirkan bayi pra matang, hamil kembar ataupun menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan, ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Oleh kerana itulah, ibu biasanya dinasihatkan untuk bercerai susu.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat. Jadi, ibu tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Bagi ibu yang bercadang meneruskan penyusuan, dia perlu mengambil kira beberapa perkara penting: sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi, usia anak dan keperluan penyusuannya.

Dalam pada itu, penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Sewaktu mengandung, amat penting untuk anda mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan menikmati rehat yang secukupnya. Ibu yang memperoleh khasiat yang mencukupi, sepatutnya tidak akan mempunyai masalah untuk membekalkan khasiat untuk kandungannya dan anak yang disusukan.

Untuk pengetahuan anda, sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.

Perlu diingat! Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur enam bulan ke atas pula biasanya mereka akan berubah selera kepada makanan pejal memandangkan bekalan susu anda makin berkurangan.

Secebis kisah utk buku Dr Faridah tentang bab memerah di pelbagai keadaan

Dr Faridah sedang mengumpulkan pengalaman moms yg BF..mama dpt berita from moms@KIM punya FB so mama ambil bahagian n anto le secebis pengalaman mama..mana tau blh masuk buku Dr.theee..

From:
transfusion2u
...
View Contact
To: nor hasidawati
Akak ada edit sikit tulisan nor tadi , akak paste kan di sini.Kalau rasa perlu diubah, jangan segan nak beritahu ye.

Terima kasih

Sebagai ibu bekerjaya dan berada di bidang penguatkuasaan sudah pasti saya terlibat dengan operasi malam. Sebagai ibu yang menyusukan anak ia sedikit sebanyak mencabar ketabahan saya .Namun saya telah buktikan walaupun saya bertugas di luar waktu pejabat namun sesi memerah tetap diteruskan.

Operasi malam selalunya bermula jam 6.00 ptg hingga 4.30 pagi.Saya biasanya memerah di R&R Plaza Tol samada di surau bahkan saya pernah mengepam di dalam tandas yang serba kekurangan.

Demi si kecil saya kuatkan semangat kerana tandas plaza tol kurang menyenangkan namun saya tetap meneruskan aktiviti memerah sambil menjaga kebersihan. Alhamdulillah...Semasa memerah susu di surau R&R seringkali saya ditegur oleh para petugas plaza tol bahkan kakitangan agensi lain yang turut sama berada di dalam surau.

Rata-rata memuji ketegaran saya mengepam dan memberi kata-kata semangat. Tiada alasan yang boleh membataskan kita untuk menyusukan anak meskipun kita bekerja di lapangan.


- NOR HASIDAWATI -

Monday, March 28, 2011

Compom Mama join..theee..TERKINI..

LATEST!!! kemaskini 06/04/2011

UPDATE:

1) Tarikh: 24 APRIL 2011

2) Tempat:

Kelab Rekreasi Dan Berkuda Denai Alam, Selangor
Denai Alam Recreation & Riding Club, Selangor (DARC)
No.1 Jalan Elektron U16/100, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

3) Waktu: 10.00 pagi – 2.30 petang

4) Aturcara:

9.00am Arrival of Participants (Served with Nutri 99)
9.45am Arrival of VIPs
10.00am Welcome Greetings by MC
10.10am Negaraku
10.15am Opening Speech by VIP & Signing of “I support breast feeding”
10.25am Launching of Modu Breast Pump – With Video
10.30am Speech by Mr. Saiful on Modu Breast Pump
10.45am Launching of Nutri 99 (Ms. Farah as the ambassador)
10.50am Speech by CEO on Nutri 99
11.05am Photo Session (VIP, CEO, Farah & Saiful) / Press Conference
11.35am Song Performance / Group Singing (Breastfeeding Song)
11.50am Malaysia Book of Record for 300 mothers breastfeeding
12.10pm Breastfeeding fashion show, babywearing & cloth diaper demo
12.30pm Breastfeeding Thoughts
1.00pm Group photography session
1.15pm Lunch and fellowship (Lucky draw) + Shopping at Bazaar + show
2.30pm End

Tema pada hari tersebut:

IBU: PINK :-)

AYAH: HITAM ;-)

ANAK-ANAK: MERAH :-)

X sabar nk g nie...thee

BREASTFEEDING GATHERING 2011 WITH MALAYSIA BOOK OF RECORDS

BORANG PENYERTAAN


NAMA: NOR HASIDAWATI BINTI HAMID

TEL: 012-2109648

EMAIL: amoi_abadiy@yahoo.com

BILANGAN PERSERTA:

BIL. NAMA PERSERTA UMUR PERSERTA
1. NOR HASIDAWATI BINTI HAMID 31
2. MOHD ISWADI BIN MOHD YUSOFF 32
3. MOHD AIMAN HAIMAL B MOHD ISWADI 7
4. MOHAMAD AIRIEL HAFIQIE BIN MOHD ISWADI 2

PAYMENT TRU MAYBANK 2U: RM 50.00
REF NO: 1484614973
Transaction date: 29 Mar 2011
Transaction time: 13:36:57


Jumpa di sana kawan2...thee

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...
oleh Ismail Mohd Yusof pada pada 22hb Mac 2011 pukul 11.34 ptg

Semoga semua mendapat manfaat..





bERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...



I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all

my penat lelah paid off...



I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th

birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi

dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat

since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is

SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very

important to keep this in mind:-



1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong

signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun

lambat



2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau

tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu

Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -

lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and

say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her

never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik

cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni

melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik

cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"



3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how

we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,

bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK

solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua

kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!

I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will

NEVER miss our solat.....



4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask

her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do

it with LOVE diselang seli dgn strictness)



5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak

tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love

her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3

kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar

dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau

TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.



Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna

solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for

her..and guess what????



She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i

wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy

and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi

cakap".....cair nya hatiku ini.



Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im

sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims

that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the

world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!



And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as

how Rasulullah asked us!



I love you all!!! Good night.....



But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak

boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Malaysian Gold Jamboree@Bkt Merah, Perak


1st day @ 26 Mac 2011 (Sabtu)

Actually mama g sebab nk bawa hero2 jenjalan..kebetulan Abang Aiman keputusan ujian tempohari cemerlang..dua paper je x dpt 100%..itupun sebab careless..x pe Abg Aiman..try lagi k...kalo bukan sebab Abg Aiman dpt markah tinggi mama bawa juga g jenjalan...sebab cik asben join jamboree tu..alang2 dpt rega murah utk hotel baik join..thee

Kami bertolak dr KL around 10.00 am...keadaan cuaca ketika perjalanan from Kl cerah then sampai Ipoh ujan le...mama pesan cik asben suruh pandu hati2..maklumlah keadaan jalan licin...pas 2 beskal sangkut kat bonet plak..dlm perjalanan lepas terowong Menora, Perak..nampak 2 kenderaaan terbabas..1 lori kontena n 1 BMW..perghhh...seriau..alhamdulillah around 2pm kami sampai di Laketown Hotel@Bkt Merah..terus check-in..bf that cik asben g daftar dl jamboree..no kayuhan esok 2255...moga bertuah n berjaya..x lupa selamat...

Bersyukur lagi sebab bilik dekat ngan parking n menghadap laluan esok..senang nk tgh cik asben..so far bilik memuaskan..sesuai sangat ngan family yg kecik like us..tgk dia punya rate biasa RM400/night..aduhai mahal...nasib baik dapat diskaun so bayar RM180 je...theee..berbaloi sangat..

Rupa2nye x ada room service utk makan..compom kn makan kat luar nie...so my bff decide g makan kat Taiping @ Kuala Sepetang (mee udang)...berita buruk x tau jalan nk g Kuala Sepetang...so compom kn g Taiping je la..from Bkt Merah, my bff ambik jalan dalam so lalu Kamunting dsb..cite sedey nie..msk je Taiping terus pening..mana x nyer..sign board semua arah ke Zoo Taiping n Tasik Taiping..hala ke bandar n sekitar x de...nk cari bank n tempat makan punya la susah sampai pening2...

Lepas nie taubat nk masuk Taiping le..sowi org Tepen..but jumpa gak Balai Bomba Taiping..belakang dia ada gerai makan n my bff order Yong Tau Foo..sedap nyerrr...nasib baik ada pengubat hati...jumpa pun sebab tanya bdk2 dok tepi jalan..kalo idak kebuluran le kami...lepas makan terus balik hotel rehat...Kesian tgk Abg Aiman ngan Airiel, mama bawa g pool..so berendam le kami anak beranak..jadi le bf aktiviti esok..

Malam plak jumpa Dan ex Vokay SMVSI..kawan my bff yg berbelas tahun x jumpa..depa senior mama...dia keje kat Penjara Taiping..nasib baik Dan bawa bini dia..Sue n anak dia..ada la kawan bersembang..Sue keje misi kat Hospital Taiping..sweet women...cantik tau..theee..lps makan sate terus balik hotel tido...bagi chance kat cik asben berehat sebab esok kayuhan emas...

Breastfeeding gathering 2011 with Malaysia Book of Records Date: 24 April 2011 (Sunday)

Dapat news from masrissa ciut moms@KIM ttg gath 2..dh tanya cik asben blh join @ x..thee cik asben bg green light...sedikit info ttg gath 2..

8.00 am Arrival of Participants (Served with Nutri 99)
8.30 am Arrival of VIPs
8.45 am Welcome Greetings by MC
8.50 am Negaraku
9.00 am Opening Speech by VIP
9.15 am Launching of Modu Breast Pump – With Video
9.30 am Speech by Mr. Saiful Azwan on Modu Breast Pump
9.40 am Launching of Nutri 99 (Ms. Farah as the ambassador)
9.50 am Speech by CEO on Nutri 99
10.00 am Photo Session (VIP, CEO, Farah & Saiful) / Press Conference
10.30 am Break
11.00 am Breastfeeding Song Performance
11.15 am Group Singing
11.20 am Malaysia Book of Record for 300 simultaneous baby breastfeeding & photosession
11.25 am Breastfeeding fashion show, babywearing & cloth diaper demo
1.00 pm Breastfeeding Seminar + Q&A
1.30 pm Lunch and fellowship (Lucky draw)
2.30pm Factory Visit (Optional) / Facial & Beauty Treatment (Optional)
3.00 pm Group photography session
3.30 pm End

Bertempat di:

Headquarters
Malaysia
Wisma CNI, No. 2
Jalan U1/17, Seksyen U1
Hicom Glenmarie Industrial Park
40000 Shah Alam Selangor, Malaysia

utk MAP/PETA, klik SINI

Utk anak-anak, aktiviti menarik di sediakan :-)

Acara ini akan di update dari hari ke hari :-)

Untuk pendaftaran, sila email ke ina@sarakids.com atau nurul@sarakids.com atau telefon 03-78475369. Sila nyatakan bilangan ahli keluarga yang hadir bagi tujuan keselamatan dan makanan.

Pembayaran adalah Rm 50 untuk satu keluarga. (makanan disediakan dari pagi-ptg)

mama dh try telefon tapi lom dijawab..dh sms pn farah gak..thee..best place 2 get more knowledge about BF...jom semua moms area Klang valley...kita jumpa di sana..

Monday, March 21, 2011

Ada date 2 day 22 Mac 2011@Berjaya Times Square

Thee..setelah hampir 8 thn br le ari nie dpt date berdua..maklumlah selalunya mesti ada bodyguard 2 org 2..mana blh heret masuk pawangam..setelah dipujuk2 cik asben sudi g tengok wayang...all paid by mama..x pe janji g tengok wayang..

sebab mg lepas dh tengok Big Mamas@BTS gak..so ari nie mama tgk Hikayat Merong Mahawangsa..http://www.gsc.com.my/Movie/MovieContents.aspx?search=2011.373.merongmahawangsa.435 ...rega tiket RM7/person..oraite le tu..beli kombo 7 yg ada Large popcorn ngan air..x lupa asben request 1901 sebab lapo..so ambik 2 hotdog..

Masuk pawangam ari keje so x ramai le umat manusia..oraite gak..x bising leh concentrate tgk cite..Mama msk pkl 11.50pg sb xmo abis lewat...thee..masing2 keje le..kui3..my komen..enjoy tgk cite nie..menakjubkan bagi buah tangan anak tempatan..kira ada peningkatan...takut gak kalo bosan..compom kena kutuk..but asben ckp ok...kira oraite le..pelakon utama apa lagi Stephen la..ada ummi nazeera..x lupa gak mama perasan Jehan Miskin..itupun time serang Geruda..thee..

Masuk opis jam 2.30ptg..thee..jap lagi mama nk g buat aktiviti mengepam..almaklumlah masih pengepam tegar..kita lihat apa hasil ari nie..sebab semalam meriah..insyaallah ari nie meriah gak..amin...

Astalavista babe..

Puting tenggelam atau leper?

Puting tenggelam atau leper?

(mohon izin from duniasusuibu utk tepek kat blog mama)Tq

Sep 15, 2010 Author: Ummu Ibtisam | Filed under: Masalah puting

Nota: Pengisian ini telah dijadualkan untuk disiarkan di DuniaSusuIbu.com pada 15/9/2010.

Sumber: Rita Rahayu Omar (Ogos 2010). Puting tenggelam atau leper?. Majalah Pa&Ma. 119: 36. Selangor : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd

S: Saya bakal melahirkan anak ketiga. Anak pertama dan kedua hanya disusukan selama 20 hari. Itu pun dengan bantuan pam. Ini kerana saya mengalami masalah puting buta. Apa yang harus saya lakukan kerana saya mengimpikan untuk memberi susu ibu lebih lama kepada anak ketiga?
Liza, Bangi, Selangor

J: Umumnya, setiap ibu mampu menyusukan bayinya. Masalah puting buta merupakan sesuatu yang jarang berlaku kerana keadaan ini adalah jika puting itu tiada lubang susu langsung. Ini menyebabkan susu tidak boleh keluar. Oleh kerana puan mampu mengepam susu, ini bermakna puan tidak mengalami masalah puting buta.

Saya andaikan bahawa puan mengalami masalah puting tenggelam atau puting leper. Hakikatnya, ia BUKAN penghalang untuk meneruskan penyusuan cuma ia mungkin lebih mencabar. Perlu diingat bahawa apabila menyusu, bayi melekap pada areola dan bukan puting semata-mata. Oleh itu, jika bayi berjaya melekap dengan betul dan melekap pada sebahagian besar areola, masalah puting tenggelam atau leper tidak menjadi masalah untuk puan meneruskan penyusuan. Puan mungkin mengalami sedikit masalah pada mulanya untuk melekapkan bayi tetapi berbekalkan semangat, kesungguhan, kesabaran dan teknik yang betul pasti puan berjaya.

Puan mungkin tertanya-tanya apakah perbezaan antara puting tenggelam dengan puting leper? Ibu-ibu hamil boleh memastikan sama ada mengalami puting tenggelam atau leper dengan memicit areola. Jika puting timbul dan bergerak ke hadapan, ia normal. Jika tidak timbul atau tegang dan tidak juga masuk ke dalam, ia dianggap leper. Jika puting berkeadaan songsang, masuk ke dalam tisu kulit atau melekuk, ia dianggap sebagai tenggelam.

Puting tenggelam atau leper tidak akan tegang apabila dirangsang atau ketika cuaca sejuk. Jika puting puan tidak timbul ketika dirangsang seperti yang dinyatakan di atas, ia bukannya tenggelam dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk membolehkan puan menyusu dengan selesa.

Rawatan

Adalah penting untuk diketahui bahawa kebanyakan bayi yang melekap dengan betul mampu mengeluarkan puting tenggelam atau leper. Terdapat beberapa pilihan untuk merawat puting tenggelam/leper bagi membolehkan bayi melekap dengan lebih mudah. Sesetengah rawatan ini boleh dipraktikkan semasa hamil dan sebahagiannya pula perlu dilakukan selepas kelahiran bayi.

1. Cengkerang payu dara(Breast Shells). Alat yang turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara atau pembentuk puting ini mengambil kesempatan ke atas keanjalan semula jadi kulit sewaktu hamil dengan memberi tekanan yang lembut tetapi tetap kepada aerola sebagai usaha memecahkan lekatan di bawah kulit yang menghalang puting untuk tegang. Cengkerang ini dipakai di dalam coli, di mana memerlukan puan memakai saiz coli yang lebih besar berbanding coli biasa dipakai bagi memuatkan cengkerang. Sebaik-baiknya, cengkerang perlu dipakai bermula trimester ketiga kehamilan untuk beberapa jam setiap hari. Selepas mula selesa memakainya, puan boleh meningkatkan jumlah masa untuk memakainya di siang hari. Setelah bayi lahir, cengkerang yang sama boleh dipakai 30 minit sebelum setiap sesi penyusuan untuk mengeluarkan puting. Ia tidak sepatutnya dipakai di waktu malam dan susu yang dikumpulkan di dalamnya harus dibuang. Salah satu produk di pasaran adalah Nipple Former (produk Medela)

2. Teknik Hoffman. Dengan melakukan teknik ini beberapa kali sehari, ia dapat melonggarkan lekatan pada pangkal puting. Untuk mengaplikasikan teknik ini, letakkan ibu jari di kedua-dua pangkal puting (bukannya di tepi aerola). Tolak perlahan-lahan bertentangan tisu payu dara dan pada masa yang sama tarik ibu jari jauh dari antara satu sama lain.
Dengan melakukan kaedah ini, puan akan meregang keluar puting dan melonggarkan pangkal yang ketat yakni menjadikan puting naik ke atas dan keluar. Latihan ini perlu diulangi 5 kali sehari mengikuti putaran arah jam di sekitar puting. Ia boleh dilakukan ketika hamil dan selepas bayi mula menyusu.

3. Pam payu dara. Selepas melahirkan, penggunaan pam payu dara yang efektif amat membantu untuk mengeluarkan puting tenggelam atau rata. Gunakannya sejurus sebelum sesi penyusuan untuk membolehkan bayi melekap dengan lebih mudah. Ia juga boleh digunakan di lain waktu untuk membantu lekatan bawah kulit dipecahkan dengan menolak puting keluar secara sekata dari tengah.

4. Niplette. Alat yang diperkenalkan oleh Avent ini turut membantu mengeluarkan puting dengan menyedutnya secara sekata, sama seperti yang dilakukan oleh pam payu dara. Ia memberi pemulihan kekal untuk puting tenggelam. Jadi, puan boleh mula memakainya sejak hamil.

5. Perangsang puting. Jika puting boleh digenggam, puan boleh menggulung puting di antara ibu jari dan jari telunjuk selama satu atau dua minit dan kemudian dengan segera sentuh puting dengan kain lembap, sejuk atau dibalut ais (elakkan penggunaan ais yang lama kerana ia menyekat aliran susu dan menyebabkan puting kebas).

6. Tarik puting ketika pelekapan. Memandangkan puan menyokong payu dara dengan ibu jari di atas dan empat jari yang lain di bawahnya, puan boleh tarik puting dari tisu payu dara ke dinding dada untuk membantunya menonjol.

7. Nipple shield. Alat ini hanya boleh digunakan sebagai alternatif terakhir. Perisai puting adalah puting fleksibel yang dihasilkan daripada silikon yang ditempatkan di atas puting sepanjang sesi penyusuan. Ini dilakukan agar bayi dapat melekap dengan baik. Bagi mengelakkan bayi ketagih menyusu menggunakan perisai, ia sepatutnya dialihkan setelah bayi mula melekap dan menyusu dengan baik. Tempoh masa penggunaan perisai ini turut perlu dikurangkan.

Masalah yang mungkin berlaku akibat penggunaan perisai ini ialah mengurangkan penghasilan susu dan masalah pemindahan susu kepada bayi. Atas kemungkinan risiko ini, puan digalakkan hanya menggunakan perisai di bawah pengawasan pakar laktasi atau kaunselor laktasi. Perlu diingatkan juga bahawa walaupun terdapat risiko dalam penggunaan perisai ini, namun ia lebih baik daripada langsung tidak menyusukan bayi!

Sunday, March 20, 2011

Perjuangan ku yg masih berterusan

Minggu lepas mama dapat bekalan susu lebih dari biasa..almaklumlah sejak kurangkan sesi pumping nie mama just dpt 4oz x 2 botol je..kadang2 sort 2oz..but 2-3 ari lepas mama dapat more than that..x la berbotol2 tapi 1-2oz setiap kali sesi pam..thee..makan cm biasa cuma ari khamis mama minum air roselle..ari jumaat mama hepi sebab g tengok wayang cite Big Momma's Like Father Like son @ Berjaya Times Square ngan my hero Aiman..janji ngan dia bawa g tgk wayang sb cuti skool..cian dia dok umah je..

Kadang2 mama nk pam balik 2 sessi..blh gak dpt 12oz utk bekal lil Airiel..x yah topup ngan FM..tapi sampai bila?kalo mama x kurangkan sesi pam cm ne nk wean off? Advise from Kak Nik Ha moms@KIM kurangkan sesi pam...nt cik B kita paham hint kita x pam time opis hour dah..DF kat umah je...

Cite ttg DF skunk nie lil Airiel lagi hebat bergantungnyer...rasanya bf this x la cm nie..sakit rasanya...adakah dia x cukup susu?kadang2 mama geram gak sebab asyik bergantung je..esp time tido sb x henti2 mengempeng..kiri-kanan-kiri-kanan..x abis2..berjam2..bila x bg mengamuk ngan merajuk plak...terus g jauh dr mama...ermm

Strategi mama skunk nie..mmg agak kejam gak..bagi dia menyusu..bila dh lama sangat mama pisahkan even dia lom tido..memang dia melalak ngan panggil2..mama..mama..mama..sayu mmg la tapi mama kena kuat semangat..cian kat dia tertidur lps mengamuk...kdg2 x menyusu sampai pagi..tgk2 cik B dh bengkak..aduhai...x selalu mama buat tapi kalo cm nie la gayanye cam ne nk wean off..makan pun lil Airiel memilih..kalo ayam ikut mood..daging xmo...ikan suka..sayur putik jagung feveret..kubis bunga tang bunga..batang dia buang...cendawan xmo sebab lembik..kek@muffin suke2...

Wednesday, March 16, 2011

Hasil air tangan: Kek Butter...

Ari ahad, 13hb Mac 2011, mama try buat kek butter yg ready made jenama nona..dh ada oven nie mcm2 nk dibuatnya...x tau le kategori apa kek mama nie..org baru belajar le katakan..Abg Aiman n lil Airiel makan je..sedap mama..thee..my asben ckp ok..thee..nanti mama godek2 resepi lain plak..kui3


Tuesday, March 15, 2011

Cuba nasib masuk Intan Azmira punya EBM Contest..






Kat moms@KIM ada n3 utk contest host by Intan Azmira..so mama try la snap pic Airiel with my EBM yg ciput tu..x tau qualified@x..theee

Monday, March 14, 2011

Terunaku...Aiman

Terkenang 7 thn dulu..bila mama nikah 5 Jun 2003..lps sebulan disahkan hamil anak sulung..selepas 7 thn menyulam cinta ngan asben dr SMTSI ke PUO ke KL..penuh onak dan duri sebelum disatukan..Alhamdulillah kebahagiaan milik mutlak kami...Kehadiran Aiman menjadi tanda cinta kami..Tanggal 08hb April 2004, lahir ke dunia MOHD AIMAN HAIMAL BIN MOHD ISWADI di Hospital Selayang, Selangor berat 4.38kg secara czer..

Aiman seorang baby yang senang dijaga..dari kecil hingga sekarang..cuma dh skool nie akal lagi panjang...erm..biasa la anak teruna..pas 2 dpt adik lambat..mama mmg jarak anak 5thn cos czer n betoi2 bersedia..BF Aiman cuma 3bln..leak ilmu BF n x de support dari sape2...susu memang banyak..sedeykan...kulit Aiman x bape cantik sebab jenis sensitif..melalui pembacaan mama maybe disebabkan mama time preggy suka minum soya..sb nk anak cerah..kesannya...cian kat Aiman..kena gigit nyamuk kesan agak teruk..

Papepun mama bangga ada anak like Aiman..hati terang..jenis mudah terima ilmu..mama sentiasa doakan Aiman jadi anak yg soleh, berjaya dunia akhirat..sayang mama n papa..x lupa lil Airiel yang suka buli Abg Aiman dia..cuma Aiman jenis suka menonjolkan diri..like kat KEMAS KPWKM dia masuk pidato peringkat zon utk wakil KL dpt no 2..masuk nasyid peringkat Kebangsaan Utk wakil KL..saguhati..macam2 acara n aktiviti nk masuk..mama LAYAN..janji Aiman hepi..

PICS AIMAN HAIMAL







Hero Kesayangan Mama









Lagi Info tentang BPA

Sumber : http://www.moh.gov.my


PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT



a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

1. Nombor 7 Pla_7.jpg
2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg



Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.



b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.


3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.



Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Terkenang-kenang..

Belek punya belek pc mama terselit la gambar lil Airiel masa umo below 1y..so mama tgk dlm blog nie lom ada lagi..apa lagi..upload le..thee








Terasa bahagia sangat sebab dapat BF Mohamad Airiel Hafiqie..even mama boleh dikira bukan xclusive tapi mama bersyukur sebab diberi peluang oleh Illahi dan dipermudahkan urusan serta niat untuk BF anak...memang susu mama x meriah tapi cukup2 makan dan mengikut demand baby..kadang2 memang dpt buat EBM...alhamdulillah..

Buat mom lain yang x dapat xclusive jgn sedey..dapat BF pun kira bertuah...sebab dalam menjayakan BF nie, jangan stress dan putus asa...senyum selalu...

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012

Published: Isnin Mac 14, 2011 MYT 3:05:00 PM
Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

source : http://www.mstar.com.my



MY BOTTLES FOR 2Y++



So far MAM n Bumble Bee mmg BPA Free..but bottle Avent mama x tau le BPA@x..Mama try tengok url http://www.support.philips.com/pageitems/master/pages/avent/en_US_avent-identify-bottle.html tapi mama punya cam kaler clear je...cm ne ek?kena tukar x? so far lil Airiel x guna botol mama untuk minum susu cos guna MAM..mama guna avent 2 time pumping je cos attach ngan pam...

INFO ABOUT BOTTLE AVENT...

How do I know what bottle I have?

Philips AVENT bottles are made from 3 different types of materials, easily recognizable by the colour of the plastic. The variations are: Honey, Milky and Clear. Learn more about what bottle you have below:
BPA free products are marked with this icon. The packaging of BPA free products is marked with this icon.

Honey

Polyethersulphone (PES) has a natural honey-colored tint and is an extremely durable material. Its’ high quality means that it is heat resistant, stain resistant and impact resistant. In addition the PES bottle has fewer parts and is therefore easy to clean.


Milky

Polypropylene (PP) has a milky hue and is a more pliable material. Philips AVENT bottles made of this material have an adaptor ring to ensure the unique skirt on the nipple works optimally


Clear

Polycarbonate (PC) is a clear plastic which is very durable. Polycarbonate plastic is
used in baby bottles, water bottles, medical devices, sports equipment, etc. because it is less likely to crack or shatter, which can lead to injuries. However, Polycarbonate contains Bisphenol A.

Sunday, March 13, 2011

Ce cite...

PAGI-PAGI

Subuh2 tadi papa dh kuar g mengayuh ngan member beskal dia kat Tg Malim, Perak..so mama pun buat la aktiviti mengemas umah...mcm dibuatnye..almaklumlah lama x kemas 100%..selalunya ala kadar je...sebab x sempat buat bekpes..mama order McD tru delivery for bekpes..apa lagi suka la Aiman...pkl 11 lbh br la mamat Mcd sampai..lapo giler tapi mama order 10.45pg..kui2..igt nk masak tapi maleh le plak..

So far ok gak McD tu..mama order Big Bekpes..for me n Aiman..Airiel punya hotcake je..tupun x abis..susah betoi skunk lil ones nie nak makan..x tau ngape..lepas bekpes, mama kemas dapur plak...x lupa basuh baju skool Aiman..maklumlah kena berus manual..kalo msk mesin compom x bape bersih sebab tang kaki ngan kolar tengkuk kotor tahap gaban...

Pukul 3 lebih papa balik dr mengayuh..mama dh tired sangat..so lelap mata jap..nk cas energy sebelum ronda Sogo...papa janji nk bw sebab ganti balik time dia g beskal..ala owg ada beskal baru..menyampah...rega beskal pun 2k++..ade ke patut..saja la mama tanya soklan cepu emas..pilih beskal@mama..jeng2..mesti le mama..kalo idak mama bakar beskal papa..kui3

@SOGO

Punya la ramai manusia kat sogo ari nie..mama cadang nk cuci mata je..tapi bila dh naik floor kids..kena la beli baju anak2..lama dh x berganti..cian depa..x lupa gak mama beli cadar utk bungkus tilam yang togel..almaklumlah br angkut katil ngan sofa from our sweet home @saujana putra...



My hasil



For Airiel


TIKA MALAM MENJELMA

Malam plak papa bawa g makan ayam penyet kat Bolton, Batu Caves...1st time makan..erm sedap gak..mama order set ayam penyet, bakso n air vanilla..papa tambah sup ekor air cm biasa le kopi...tapi yg x tahan sambal dia pedas sangat...thee..bakso mmg sedap gile..air vanilla siap ada cm sagu tapi x tau apa sebenarnya...Sebelum menu datang, mama snap le gambo..gn hp je..




My asben n Aiman



Me n my lil Airiel



Air dh datang...Peluk sket



Our order 2nite

Bila kenyang mata pun dh mengantuk...balik umah rehat then zzzzzzzzz.thee

Friday, March 11, 2011

Setelah 2thn ++ bf



Ari nie mama ambik keputusan utk simpan n kemas semua botol2 susu yang dh 2thn dok atas fridge 2..mana tau blh guna utk next family member..tah bl..heee

Thursday, March 10, 2011

Info From Kosmo 11 Mac 2011

Usah malu mengepam susu badan

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


MENYUSU badan kini sudah kembali sebagai trend malah, ramai ibu muda pada masa kini tanpa mengeluh tetap akan mencari sudut privasi bagi menyusukan anak walaupun di pusat beli-belah, kedai makan mahupun dalam majlis keramaian.

Jika tidak diberi menyusu terus dari payu dara, lambakan jenama dan jenis pam susu badan manual mahupun elektrik menjadikan wanita yang berkerjaya juga mampu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka.

Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja tanpa diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.

Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.

Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.

Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.

Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.

“Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.

Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.

Kelengkapan pam


Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.

Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.

Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.

“Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.

“Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.

Kelebihan susu badan

Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.

Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.

Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh.

Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.

“Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.

“Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.

“Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.

“Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.

“Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.

SUSU badan yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan antara tiga hingga enam bulan.

Pengalaman sendiri

Berkongsi pengalaman sebagai wanita yang bergelar ibu, Farah juga menginginkan yang terbaik buat tiga orang buah hatinya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 3, dan Putera Shafik Adrian, 4 bulan.

Isteri kepada seorang jurutera, Saiful Azwan Rasidi itu sedar perkara asas yang terbaik untuk anak-anaknya sejurus selepas dilahirkan adalah dengan memberi susu ibu secara eksklusif.

Lulusan bidang Mikrobiologi dari Universiti Teknologi Mara itu sanggup meninggalkan jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta selepas dia melahirkan anak sulungnya.

“Saya akui dulu semasa anak sulung, saya kurang pengalaman dan persediaan. Malah, ketika anak saya berumur 8 bulan, saya diberikan rezeki untuk mengandungkan anak kedua pula, ketika itulah saya berhenti memberi susu badan kepada anak sulung kerana mendengar cakap orang yang lebih tua.

“Ada yang kata tidak elok untuk kesihatan bayi yang dikandung kerana bimbang, khasiat makanan ibu yang sepatutnya diambil bayi dalam kandungan, ‘dicuri’ anak yang sedang menyusu,” katanya yang berjaya melengkapkan kursus penyusuan yang melayakkannya bergelar kaunselor laktasi dari Pusat Perubatan Universiti Malayia (PPUM).

Enggan mengulangi kesilapan pertama, Farah memilih menyusu secara eksklusif bagi anak kedua dan ketiganya.

“Ia adalah nikmat tak ternilai bagi seorang ibu, malah sokongan daripada orang tersayang iaitu suami amat saya hargai,” katanya yang ternyata puas kerana dapat menyusukan anak-anaknya tanpa susu formula.

Dengan kesedaran yang ada, Farah bertekad menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi barangan bayi dan gajet lengkap untuk penyusuan susu ibu yang diberi nama Sarakids.

Sarakids kini mempunyai lima cawangan utama seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura dan Korea.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarakids, boleh ke laman web www.sarakids.com atau ke kedai di alamat 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Tuesday, March 8, 2011

Perlukah noktah sampai di sini?

Hari ini mama selamat terima parcel from duniasusuibu...mama order badge, sticker, keychain n dapat free gift magnet fridge..suka hati sangat..even dh kira otai n x tau sampai bila boleh bertahan...perasaan meluap2 nk bergaya dgn aksesori BF masih menebal..sekurang2nya bila nampak aksesori 2..mama akan ingat zaman perjuangan mama BF till 2y..

10q so much kat mom@KIM's..sb dpt ramai kenalan kat sana...siap mama shopping2 online..lom terlambat utk rembat BF punya things...kat KIM's mama kenal kak Nik..1st beli baju t-shirt tulis BF...kaler oren lagi..cik abg x refuse bila mama tepek kat kete dia...theee...pas 2 ari nie dpt plak sticker BF nanti tepek lagi..cuma mama blh tepek cermin belakang je la cos belah depan kawasan jajahan asben..

X sabar plak nanti nak order t-shirt n sticker KIM's yang syima design..tq dear..moga bertambah meriah susu syim...mmg mama dapat banyak pengalaman@tips plus kwn melalui KIM's nie..maklumlah kat opis mama nie..mama yg tegar lagi mengepam even dh lepas 2 thn..dl ada kwn mengepam..lepas dia preggy 2nd baby dh stop pumping..then dpt kwn pam br tapi x sama waktu pam..kadang2 selisih..so masa pam mama baca la bahan bacaan..x kisah la paper thn lepas @ magazine 10 thn lepas...

Sedar2 susu dh lepas 4oz..alhamdulillah..cuma after 2y nie mama dh kurangkan sesi pam dr 2 kali ke 1 kali je...sb mama rasa journey mama dh sukses..cuma skunk nie melayan rutin mama yg belum boleh lekang lagi..apa lagi mengusung beg pam n mengepam...rindu n sayu nak berhenti..x tau bila nk stop nie..

Memang ada mom yg BF till 3y++ but mama tengah berkecamuk buat fikiran..nk wean off sendiri atau mama yg cari ikhtiar utk wean...sebab kadang2 mama geram sangat bila Airiel BF...maklumlah orang dh besar..bukan cm baby dulu...that's why mama cm nk wean kan tapi x sampai ati plak..tah bila dapat wean...

Experience kwn mama, dia sapu sirap x jalan..baru2 nie sapu minyak yg berangin tapi jenis yg boleh dimakan...so far my click ckp berhasil..cuma sayu tengok muka anak yg renung cik B...siap gentel2 lagi nk hilangkan gian...sebelah malam kadang2 anak dia BF secara x sedar tapi dh berkurang...adakah mama sanggup buat cm 2...tgk Airiel ngan lirikan mata yang sayu? X kuat rasanya...Ada gak yg suggest bakawali...isk x sanggup plak tgk Airiel muntah nanti sb bakawali 2 pahit sangat..

Ternyata naluri mama masih ingin merasai bahagia BF namun satu ketika nanti perlu jua bercerai susu...adakah mama dh bersedia?

Thursday, March 3, 2011

Ragam Airiel Yang Gelisahkan Hati Mama

Ya Allah..skunk nie mama agak stress nk hadapi ragam Airiel..semenjak melepasi umo 2thn nie ragam dia makin menjadi2..papa pun x tau dh nk buat apa..bila orang tengok tv dia boleh tutup..mama x bape kisah lagi..yg selalu naik angin Abg Aiman la..mana x dia sedap tengok slot feveret ngan muka selamba Airiel tutup..mengamuk la..papa pun terkena gak..udah la gila sukan..tgh sedap tgk badminton match Chong Wei kena tutup tv..kalo mama saja2 pose dpn tv pun dia suruh tepi...

Ari nie, time papa change diaper..boleh dia melalak sb xmo..pas 2 melalak cm kena pukul sedangkan sentuh pun tidak..subuh2 dh bergema umah mama..x tau la mengapa dia buat peel cm tu..adakah dia penat@saja buat perangai? Mama nie dh ada 2 hero..masa Aiman dulu..Ya Allah mudahnya nk bela dia..jenis penurut dan x mengamuk..kalo x dapat toys sekalipun dia x melalak..diam je..itu contoh bila bw berjalan..kalo kat umah elok je..x la mama selalu mengurut dada ngan ragam dia..

Bila ada Airiel nie..semuanya 100% berubah..mmg la lain anak lain ragamnya..tapi hero lagi satu nie terlalu aktif ngan lasak..dia bukan hyperaktif cuma lasak mengalahkan Aiman..dlm tempoh umo dia 2 thn, kening berparut..bibir pecah..erm mcm2 la..kalo marah boleh gigit mama..sabo je la..yang pelik 2 ragam dia yg belum mama fahami..adakah sebab dia xclusive BF? bonding 2 erat sangat..

Pantang la nampak kelibat mama...asyik menempek je la..x boleh nk gerak langsung..x dpt BF pun x pe janji menempek..tapi bila time dia mengamuk..cm la mama pukul dia..kdg2 kesabaran 2 hilang gak..sedas gak kena tapi mama x suka nk pukul anak2..so far mama jenis tegur dulu..kalo dh melampau br rotan..Airiel memang takut ngan rotan..bila suruh pakai diaper without point kat rotan yg tergantung compom dia menari2 bila dipanggil utk baring..kalo mama ambik rotan cepat je baring..x suka la buat cm 2..

Lom lagi bab memanjat pemisah dapur n living hall..skunk dia dh terer nk panjat cuma lom lepas je lagi..Ya Allah, sabar je lah..kalo tortoise Abg Aiman compom kena usik selalu..dh la air dia cepat berbau..boleh kocak2 ngan tangan plak Airiel...tang panjat grill ari 2 dh sampai part atas sekali..udah la mama dok tingkat 12 from 15..grill 2 menghadap balkoni..seriau je..takut tersilap langkah turun jatuh ke bawah...dia mmg suka port 2 sebab nk tengok komuter yang lalu...

Adakah mama tersilap didikan @ asuhan? Adakah mama terlalu strict? Ya Allah, berilah mama petunjuk dalam mendidik dan membesarkan anak2..berilah mama kesabaran...