Sunday, July 31, 2011

FEMENANG KONTES SUKE-SUKI by e-caR NazRin..

Wah2 berita gembira sempena 1 Ramadhan 1432 ari nie..mama menang contest E-car..search balik ape yg mama tepek x jumpa plak..kui3..memang best n vogeh tau E-car nie..bila la mama nak jadi cm mike nie..theee

So mama copy n paste from SCFM...jadi kenangan nie..akan ku redeem present nyer nanti..mana ek pilihan hati...theee

Eksplenesyen Terbahek (senarai femenang tidak m'ikut rangking yea)

1. Nrr Axeera Hafiy

2. Hunny Ida

3. Famila Faisal Al-Jarumi

4. Siti Hajar Ishak

5. HuDa DeVo

6. Noor Suzaty Chik Suliman

7. Emma Akmar



LIKE terbanyak

1. Ain'ul Mardiana
2. Lyana Mustaine
3. Kristal Krisya



Cepu gangsa (Jawapan: NGASRIZAL NGASRI / BELL NGASRI)

1. Diana Rozali



Femenang2 blh memilih salah 1 dari hadiah di bawah nie:

1. Fairy Princess Cake

2. Spongebob cake

3. Ladybug cake

4. Fondant cake

5. Crown cake

6. Photocake

7. Babyshower cake

8. Popcake + whoopie pie (hnya hdh ini yg blh dipos seluruh Malaysia)



Hadiah di atas blh dituntut dlm tempoh dari:

1 OGOS 2011 SEHINGGA 31 JULAI 2012





HADIAH TAMBAHAN

* VOUCHER 10% utk mana2 produk dari ::cupcake-caR:: (http://cupcake-caR.blogspot.com) diberikan pd kontesten berikut:

1. Naiey Naa
2. Mier Razak
3. Noorhidayah Zakaria
4. Liza Ramli
5. Bunga Puspa
6. Ibu Babah Dan ImanNur
7. Reena Shafiee
8. Maisara Hamzah
9. Rosmawarni Mohamad
10. Najua Nasir Ellingham
11. Nur Hazlina
12. Puan Lynn Nasir
13. Rosefatimawati Roslan
14. Syuhaila Yahaya
15. Kinkin Love
16. Izah Radzi

Hadiah di atas blh dituntut dlm tempoh dari:

1 OGOS 2011 SEHINGGA 31 JULAI 2012



untuk menuntut hadiah, sila email to shizuecaR@yahoo.com & nyatakan hadiah yg dipilih.. hadiah TIDAK TERMASUK kos delivery (kecuali hadiah no. 8)



CONGRATEZZZ pd smua femenangs..pd pengalah, sile cube lg yea.. ekeke..



sponsored by:

http://cupcake-caR.blogspot.com

Wednesday, July 27, 2011

Perkembangan Hero Kecil Mama

26hb ari 2 mama bawa Airiel g HKL..ada appointment ngan pakar mata..nak confirmkan lil Airiel juling@x..sebab bila snap pic nampak ketara..mama pergi around 7am..g beli bekpes dl..rupa2nya dh ada org ambik giliran seawal 7am..so lepas daftar mama tunggu giliran Optometris nak check mata Airiel..ramai kanak2 le ari nie kat HKL

Macam2 masalah mata mama tengok..syahdu je n bila compare ngan anak kita yg x seberapa..namun risau yg melebih aje..pakar buat la ujian mata..pakai cermin mata kanak2 yg ditutup sebelah...so funny..but Airiel enjoy je..pakar 2 siap menyanyi lagu Twinkle2 Little Star lagi..mmg bagus pakar nie..so far Airiel beri respon yang baik..sebut nampak aje..ada sekali dia ckp x..thee

Yang sayu bila mata Airiel kena titis ngan ubat besarkan urat mata (ye ke?) melalak le dia..siap meronta2 dengan tenaga yang melampau..subhanallah..sabo je la..mama rasa ubat 2 pedih sebab Airiel menangis kuat..sabo ye sayang, mama minta maaf sebab Airiel kena lalui semua kepedihan ini..untuk kebaikan sayang..mama xmo mama terlewat untuk apa2 rawatan...

Settle semua, around 9.30am..yang lama tunggu nak jumpa Dr Pakar..Ketua Jabatan Mata..around 11 br dapat masuk..Airiel dh buat peel..nasib baik mama bawa Ipod n Thomas dia..dapat la dok diam sket...Pas 2 kena titis lagi mata..melalak le lagi...sabo sayang, tahan sikit..nanti kita boleh balik...

Alhamdulillah around 12.30 tgh semua settle..n Dr bagitau keadaan mata Airiel tiada masalah namun 1 thn selepas nie kena dtg balik untuk conformation..then kalo ok x yah datang...so far Dr ckp nampak juling sebab keadaan hidung dia yang pesek n jarak jauh..thee..apa nak buat mmg jenis hidung x tinggi..Syukur Ya Allah, Airiel tiada masalah mata..

Jumaat 29/07/2011, mama akan ke Hospital Selayang untuk dapatkan tarikh temujanji Pakar Paed..conformation sama ada Airiel ada ADHD@x..doakan yang terbaik yea...

Untuk renungan bersama

Credit 2 kak Norshiha Saidin

tips 1. pemakananan , avoid/reduce junk food, sugary&carbonated drinks esp Coke & coffee. Pls start giving natural honey everyday or jus tok guru. 2. Enrol them in swimming, karate basically, gymnastics- a regular outlet to let them utilize energy in a controlled environment 3. read to the kids every nite, even if its just 10 min everyday b4 going to bed. And tell then what your hopes are for them. Mothers never give up on yr child, always believe in them Insyallah .

Wednesday, July 20, 2011

Luahan hati seorang mama

Pergaulan dengan ramai kenalan menjadikan mama mendapat pelbagai ilmu..semuanya berdasarkan pengalaman dan pandangan pakar..jika diperhatikan secara lahiriah, lil Airiel sama seperti kanak-kanak lain, sempurna..namun ada kelainan dengan perilaku dia yang terlalu lasak..

Cakap2 org sekeling..lasaknya anak awak..cergas sangat...mungkin itu biasa, namun pada mulanya mama rasa tiada kelainan namun bila umur Airiel menginjak 2 tahun, semakin ketara perilaku dia..adakah mama x cukup sabar melayan karenah anak? Atau ada yang x kena? Kelasakan Airiel semakin menjadi2..benarkan dia ada ADHD? Atau ketika ini saat dia bergerak pantas? Selama membesarkan Abg Aiman, semuanya berjalan dengan lancar..Abg Aiman memang senang dijaga..mendengar kata n mudah segalanya..

Kehadiran Airiel merubah segalanya..perhatian mama terbahagi tidak sama rata..Abg Aiman semakin memberontak..adakah kerana mama lebih perhatian kepada Airiel? Abg Aiman sudah pandai memukul adik tanpa dilihat oleh mama..Airiel akan menjerit dan keadaan mula hingar bingar..Adakah mama tidak bergerak dengan pantas? Mengendalikan anak2? Tidak dinafikan anak2 lebih rapat dengan mama berbanding dengan papa..Papa jarang ada di rumah bahkan weekend pun beliau bekerja..walaupun ada di rumah, papa lebih suka memasak berbanding melayan karenah anak2..

Semenjak dua menjak nie, mama lihat papa makin pendiam dan mudah naik angin..terutamanya pabila Abg Aiman dan Airiel bergaduh..adakah kesabaran papa makin kurang? Adakah papa tertekan dengan suasana anak2..Ya Allah, berilah diri ini pedoman...Perlukah mama lepaskan semua tugasan di rumah dengan melayan karenah anak2 dahulu? Memang selalunya, mama akan dakap anak2 setelah pulang bekerja..rindu rasanya berpisah 8 jam..

Telah mama peruntukkan 1/2 jam selepas pulang bekerja untuk bersenda ngan anak2..tapi adakah ia x mencukupi..kadang2 jika kewangan mengizinkan, mama bawa anak2 ke rumah mak di Shah Alam menaiki komuter kerana anak2 enjoy..x pun mama bawa g Sogo..g tempat playskool tkt 7..selalu mama pergi ngan anak2 sahaja sebab Papa kerja..mama x salahkan papa sebab bz mencari rezeki..Namun jika ngan papa, selalu keluar pergi mall aje..tu pun sebab beli barang..bukan utk hiburan anak2..

Mama perlu bawa Airiel jumpa dr kanak2 untuk pastikan samada dia ada ADHD@x..jika ada, mama perlu lakukan sesuatu demi masa depan dia..semoga mama sekeluarga kuat dalam melalui liku2 kehidupan ini..mama yakin Allah sayangkan mama atas semua yang berlaku..di luar mama nampak kuat..di dalam kekuatan hanya anak2...

Demi masa depan anak2, kami perlu berbincang...Ya Allah berilah kami petunjuk dalam membentuk keluarga kami..menjadikan anak2 kami insan yang soleh dan cemerlang dunia akhirat...

Secebis Hembusan Perangsang

Credit 2 Lynnda Abbas Moms Without Maids..

Hunny Ida ...buang semua negative thoughts, banyakkan istighfar bila nak marah, cakap pada minda U, anak ini adalah ujian dari Allah untuk aku,suami dan anak2 lain menerima dia seadanya dan at the same time sama-sama cari penyelesaian bukan... menyalahkan takdir dan mengeluh kerana tiada manfaat dan it's not gonna work at all..I dah lalui dulu,U know what? I dulu macam u gak bekerja cuma bezanya ada maid tapi bila balik rumah masa tu lah he needs attention and kita dah 8-10hrs bekerja memanglah penat..1-5years memang time ni u kena banyak sabar sikit,slowly hyper dia akan reduce.. please dont compare anak ni dgn anak yg lain..Allah memang bagi setiap anak itu berbeza dgn kelebihan dan kekurangan masing2.U anggaplah ini ujian dan 'homework' dari Allah utk U..percayalah...at the end of the day U will realise u are a knowledgeable mother and with good heart diatas kesabaran u lalui itu pasti ada hadiah yg menanti..kalau Allah tak bagi ujian ini mungkin kita rasa cukup, selesa, sombong dan riak.Nauzubillahminzaliq..​sebab bila tgk anak2 kawan yang sempurna dan disiplin membuatkan ibu2 lain memandang sedikit rendah pada anak kita, seolah-olah kita tak pandai mendidik, padahal ADHD kids bukan mcm anak normal..(waulahhualam,buka​n semua)Tapi Allah uji kita pasti ada hikmah yg tersembunyi..I dulu pun puas menangis pasal anak kesayangan ini..orang caci,keluarga terdekat ada yang cakap "anak kau ni macam 'hantu'",nakal... Nauzubillahminzaliq,dan mcm2lah...remuk hati bila mendengar kata2 itu..padahal anak yang tak berdosa umur tak sampai pun 5tahun apalah yg dia tahu..nak pergi majlis mana2 I have to make sure my hubby pun ada, if not memang tak terhandle dia yg lasak..pergi wedding orang tup,tup dah ada atas pentas pelamin pengantin..masa kat dewan..kenangan masa dia kecil2 terlalu banyak nak cerita..tapi berkat kesabaran dan Ilmu yang ada I manage to overcome all the obstacles dan banyak berdoa, berfikiran positif...I take actions and plan what's best for him...selebihnya redha dan tawakal pada Allah..Alhamdulillah,bila dia semakin membesar hyper dia semakin menurun dan terkawal..cuma bila kanak-kanak coraknya lain..dia jenis yang tak boleh duduk diam saja, so bila dalam kereta dia akan minta pinjam my hp nak main game..kalau tak dia akan 'bosan'.My hubby introduce dia dgn ps2 at the age of 6years, bukan nak encourage tapi we find it this is 1 way that can make him sat still and stay focus.Memang dah dikenalpasti Computer games,PS2,painting,drawing​ adalah minat dia makanya kami explore dia kearah itu..so bila dia mengadap aktiviti2 ini..slowly physical movements reducing..so pendekkan cerita..masa sek rendah dia selalu menang anugerah kreatif mewakili pen khas dan anugerah kecemerlangan temapt 1 atau 2 dan berterusan di Tingkatan menengah..I tetap bangga walaupun level pencapaian dia hanya di peringkat pen khas..they still need our support..so give them the best u can..Alhamdulillah semua cacian dan makian orang sewaktu dia kecil tinggal kenangan dan memberi tamparan pada mereka bila mereka sendiri melihat perubahan yang ketara pada dirinya kini dengan izin Allah,berkat usaha,doa,kami,adik2 dan guru-guru yang banyak berjasa tak lupa juga rakan2 karib dia dan jiran2 yang baik dan menyokong..so betapa pentingnya persekitaran yg baik untuk membesarkan anak2..dia kini lebih dikenali sebagai seorang remaja yang 'soft spoken', berakhlak mulia, itulah gambaran dan kata-kata yang dikongsikan ustaz/ustazah,guru/kwn/jir​an/saudaramara yang mengenali dia dulu dan kini..di sek agama dan kelas pen khas dia sering dipuji kerana akhlak yg baik dan lembut..pandai menarik perhatian kawan-kawan sebaya dan yang lebih jauh umur darinya senang untuk mendekatinya..dia tidak pernah meletakkan dirinya serba kekurangan atau keterbelakang dari rakan2 yang normal..syukur alhamdulillah kerana rakan2 baiknya dikalangan budak normal dan cemerlang dalam pelajaran..kini saya korban masa dan perhatian untuk membesarkan anak2 didepan mata sendiri setelah 15tahun menggunakan khidmat maid..tapi kini masih lagi menjalankan perniagaan secara online and on job basis project..pemantauan anak remaja lebih memerlukan perhatian berbanding mereka kecil..sebab cabaran dan pengaruh luar tidak dapat dipantau sepenuhnya, makanya I korbankan ini semua untuk anak2 ..nak pastikan solatnya, kelas tahfiz petangnya dan solat berjemaah di surau..itu antara tugasan yang I kena pantau dan tekankan dan bebelkan hari-hari..memandangkan papa dia kerja sibuk dan outstation/overseas selalu makanya Ibu lah yang sangat berperanan dalam mendidik anak-anak..sebab anak2 memang perlukan peringatan lagi-lagi bila mengadap Games & Facebook boleh membuatkan semua orang terlalai termasuklah orang dewasa…so tanggungjawab Ibubapalah mengingatkan..maid tak akan pantau macam kita,dulu I pantau dari my office,maid cuma cakap’ Ok ‘dah cakap dah..tapi anak kita belum tentu bertindak…dan itulah cabarannya kerana mereka belum pandai menilaikan keutamaan dan matlamat hidup..kita yang perlu bimbing dan pantau buat masa ni agar landasan mereka tidak tersasar..walaupun kita yang merancang Allah jua yang menentukan , kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal padanNYA..Alhamdulillah aktiviti anakanda ku 'z' setiap hari dibawah pemantauan dan perhatian mamanya sendiri berbanding dulu semua maid yg uruskan..7mths without maid I dah latih my son 15years basuh pinggan,jemur,lipat baju,iron baju,kemas rumah dan mop, adik dia girl 11years dah boleh masak nasi,lauk2 simple.youngest son 9 years boleh basuh pinggan, menyapu,mengemop..recently​ I ada wat kerja luar 2days( weekend) so I delegate kerja masing2..Alhamdulillah boleh diharap..kalau daily basis kerja luar in between anak2 pergi sek I akan lari sekejap appt atau kuliah2 yang dah tersusun..without maid pun ok juga..as long pandai susun,atur dan plan kehidupan kita dan keluarga mengikut kemampuan dan kebijaksanaan kita..SETIAP HARI ADALAH AMANAH..

Benarkah Susu Ibu Boleh Tercemar

Wanita Hari Ini 20 Julai 2011

bersama Dr. Nurashikin, O&G specialist dari Hospital Sg. Buloh.Pn Nor Kamariah, susuibu.com, Dynas, DNA serta Pn Nurshima, MLO



- Potensi susu ibu untuk tercemar adalah sangat minima

- Ia bergantung pada pengendalian semasa memerah susu ibu, perlu pastikan tangan, peralatan, bekas menyimpan susu adalah bersih

- Susu ibu mungkin tercemar jika ibu terdedah kepada ubatan kimoterapi,heroin

- Walaubagaimanapun badan kita ada sistem penapis yang menapis bahan-bahan yang tidak elok, jadi peratusan tersalur ke susu ibu sangat sedikit

- Ibu yang terdedah kpd persekitaran yg kurang sihat perlu menghabiskan masa bersama bayi dengan lebih lama untuk membentuk sistem pertahanan badan yang akan disalurkan kepada bayi apabila mereka menyusu

- Susu basi adalah satu mitos

- Susu ibu mengandungi prebiotic yang tahan lebih lama berbanding FM

- Payudara adalah sterile secara semulajadi sifatnya

- Jenis pemakanan ibu akan mempengaruhi warna & rasa susu

- Anak-anak yang menyusu susu ibu biasanya mudah untuk makan pelbagai jenis makanan apabila berumur 6bln kerana telah diperkenalkan dgn pelbagai rasa sejak dari kecil melalui susu ibu

- Susu ibu adalah benda hidup berbanding FM sifatnya yg '"mati''

- Kesimpulannya susah untuk susu ibu tercemar

- proses menyusukan bayi adalah suatu proses yang menakjubkan

- jom sahut seruan Dynas untuk menjadikan BREASTFEEDING IS A TREND!

Lagi info tentang ADHD

Mama baru join fb Moms without Maids..Borak2 jumpa ngan Pn Lynnda Abbas..cite2 anak dia ada ADHD..so mama tanya lebih lanjut ler..mama tepek info from out chat..

‎Hunny Ida juz go thru blog tu..yup almost true what she mentioned,actually my son early stage ada minor dyslexsia gak .dyslexsia/Adhd sbb tulisan terbalik tu tanda2 dyslexsia..tapi temporary je, he recovered slowly,infact I buat research r...upa-rupanya Georege Bush,Tom Cruise dan ramai lagi artis dan orang2 berjaya di barat bekas pesakit Dyslexsia..Infact Albert Einstein pun ada ciri-ciri ADHD..cuma di malaysia kesedaran lambat sampai padahal di barat pusat dyslexsia/adhd dah lama wujud dan pendekatan awal menangani masalah kanak2 dapat diatasi lebih awal berbanding kita yang baru dalam10tahun ni diberi pendedahan dan perhatian..anak saya dimasukkan ke kelas pen khas pada tahun 2, itupun antara sek-sek yang terawal mengwujudkan Kelas Khas untuk pen khas.1 kelebihan pada kanak2 hyper-active, u kena cari kekuatan dan kecenderungan mrk.biasanya mereka akan fokus dan bersungguh2 dengan benda yg mereka minat..so kalau nak suruh dia duduk diam kena cari apa yang dia minat asalkan bukan yang membahayakan sudahlah..based on my experience dulu.. they love sweets, minuman bergula,makanan bergula, dan gula..believe it or not?I lahir dia 'caesarian' 4.5kg..memang Dr cakap anak u ni besar..macam umur 3 bulan lahir..big size ikut my hubby..tapi bila dia dah pijak kaki dan kenal 'berdiri and berjalan' dia susut dan susut dan susut because of hyper..mata pun lebam..tak cukup rehat nak bergerak je..tidur bila penat je...bila membesar makan pun susah,dia sibuk nak main je..kena paksa makan baru makan, I pelik budak ni mana datang energy dia makan tak selera.U kena avoid makanan dan minuman manis coz memang mrk akan dapat energy dari gula..anak I pernah buat air ribena,oren sendiri dia letak kordial tu pekat manis dia suka manis2..ada kes sampai I tak beli kordial drink and sorok dari dia..dia makan gula pasir macam nasi plak..ratah mcm tu plak..he needs energy (subconsious mind) yg suggest..gula for energy..avoid perabot yang berobjek tajam dan merbahaya pada mrk..always observe sementara nak membesar ni..Insyaalah u will go through all this with smile.

So dia category hyper tapi speech not a problem..Insyaalah boleh jadi excellent and intelligent kids..too early to tell...boleh try get Dr's advise.but I advise u kalau Dr suruh anak u amik medication to reduce hyper dia..better avoid..coz all drugs..kalau homeopati should be ok..waulahhualam..

Tq semua...atas info nie..

Monday, July 18, 2011

Cite tentang mama..

Lately mama nie ada hobi baru..on9 shopping...sabo je la..cm mana nak berhenti nie ek?selalunya mama beli benda yang mama x jumpa kat sogo, jln tar@masjid jamek...contohnya inner syria, baju thomas Airiel yg mama rasa murah compare luar..x lupa gak beli MAB n DR11..

Actually mama malas nak merayap kuar..mesti lagi banyak mama shopping..kalo le papa tau..compom kena sound tapi nak buat cm mana..semua benda yg mama n anak2 guna..

So far mama bersyukur order dengan orang yang betoi..kira barang sampai dengan selamat ikut apa yg mama order..sebab takut gak..ada kes yang tipu2 nie..but kena hati2 ler..terbaru plak 29hb nie sogo sale for member's..1 building 2..alahai..bila dicalculate..memang jimat giler..kalo price biasa baju anak2 dpt sepasang je plus suar..time nie dapat 2 pasang complete suar n kasut..

Kawan2 opis ramai yg ambik cuti..mama lom tahu lagi nak cuti@x..kalo g time rehat, compom sesak tahap gaban..kalo nak senang menyoping, kena datang awal Bismillah..kira tukang buka sogo ler..ingat time posa maleh nak menjelajah..nanti lagi banyak borongnyer...theee

Tahun nie, mama x dapat le posa penuh cm 2thn berturut2 yg lepas..cik P dah menjengah..itupun sebab makan MAB...kalo stick ngan Noriday compom lom peyed lagi nih...tapi mama idak preggy yea..theee..tahun nie insyaallah Abg Aiman moga boleh posa penuh cm sebelumnya...

Cite tentang posa nie, Abg Aiman belajar posa umo dia 5 tahun..x silap masa 2 dia x posa penuh 30 hari..bukan sebab x bangun sahur..sebab g tadika tgk org makan..dia pun tumpang sekaki..masa 2 dok tadika kat JKR Jln Salahuddin, KL..Taska Tasneem..masa umo 6 thn, x silap mama dia x posa 2@3 hari..tu pun masa mula2 posa..bukan juga sebab x tahan lapo..n tengok org makan..nie alasan org bijak..sakit perut n x sahur..sabo je la..

Time nie kat Tadika Kemas KPWKM Jln Dato' Onn, KL..since that mama pesan kat cikgu dia telefon mama dulu kalo betoi dia nak buka posa..selalu buka posa 1/2 day..lepas nie harap Abg Aiman dapat posa penuh 30 hari..anak mama bijak n kuat kan...plus encem lagi..thee

Untuk experience mengepam masa bulan posa x de le tahun nie..mcm 2 thn lepas, alhamdulillah masa awal hari posa je yg sort sket then meriah sakan..syukur2..even x mengepam, mama terasa cm masih mengepam sebab lil Airiel DF kan..thee...compom hero mama yg kecik x posa...ngamuk le dia kalo posa...

Lagi 1 minggu lebih kita nak posa kan...alhamdulillah..suka bila datang Ramadhan nie..

Setelah sekian lama...

17hb Julai 2011, mama sekali lagi g berurut setelah sekian lama..rasanya kalo dikira baru 2x mama berurut sejak lepas besalin Airiel..sebab masa pantang mama x berurut pun..takut..thee..nie urut pun sebab badan dh sakit2..main futsal punya pasal ler..almaklum le mak2...

Lepas urut sedapnyer badan..cm selalu part perut compom xmo masih takut lagi..cuma mama minta kakak urut 2 urutkan bahagian cik B..mama bagitau mama masih BF..mana le tau boleh kasi meriah sket even dh x mengepam..so far alhamdulillah setiap kali Airiel menyusu x rasa perit n x kisah bape lama dia nak bergantung...

Pas 2 hari Isnin masuk keje pun badan x sakit2..yang sakit ibu jari yg injured 2 je la..thee..ramai kat opis mama nie g Bandung makan angin..masing2 x bawa anak..thee..mama teringin gak nak g tapi bila pikio hero2 x sesuai bawa, mama x jadi le g..sian n sedey plak kalo tinggalkan anak2..

Insyaallah, kalo ada rezeki mama bawa anak2 sekali jika makan angin..destinasi lom tahu..ada gak kawan baru balik Hong Kong..cm best jer..depa semua g time promotion murah Air Asia tahun lepas..so kena rajin2 jenguk kalo nak dpt murah..theee

Sunday, July 17, 2011

Minggu Sukan 13-17 Julai 2011

Lama gak mama x mencoret kat blog nie..almaklum le, nak cite ttg BF mama skang just DF je..masih terasa ada kekosongan even almost 3 mths x mengepam...windduuuuuu...but mama harus kuat n terima hakikat Allah masih izinkan mama untuk BF...Alhamdulillah..

Actually minggu lepas mama bz berstamina..nak tau acara apa mama masuk? FUTSAL...main x le pandai sangat tapi semangat 2 mantap...theee..mama player untuk wakili Jabatan ke sukan peringkat Kementerian..atas tiket 2 dapat le g training bersama2 dgn player yang lain..position mama.. DEFEND..almaklum le, mama nak jadi striker dh x bape sesuai..badan dah berat n lari x laju..kui3...

Team mama nie biasa2 je..semua mak2 yang dh beranak pinak..ada sowang je bunga yang lom kawin..our star le..stamina mantap n teror main..tapi mama n geng yang lain pun terbaik gak...(mode up diri sendiri)...so far dalam grouping kami dapat Naib johan..lawan 5 team..so suku Akhir lawan team JPS..nie Naib juara bertahan gak nie..apapun team mama tetap bagi asakan namun mana la nak buat..depa train 3 bulan before game..kami 1 minggu before game..x setaraf..dapat le Naib Johan Group B..kena face ngan johan group A..

Mama yang beraksi di bahagian DEFEND kena asak je la..lebam sana-sini..berdebuk je bunyi tapi x jatuh banyak cm nangka busuk..kui3..mana nak tahan, team lawan badan semua tough..badan cm boy..Semi final lawan Johan Group A..team FRIM yang juara bertahan...lagipun depa training sepanjang tahun, ada court sendiri n coach gak..mana la team mama nak tandingi..x silap kena belasah 4-0..x pe..janji mama dh defend sebaik mungkin..theee

Final utk 3rd n 4th place lawan JPSM..game nie mama x main..bagi peluang kat DEFEND lain..almaklum le dh straight main Defend..grouping x bolos sebiji pun..bila final 4 br bolos..sabo2..memang rezeki kami no 4..bolos tipis kat 2nd half 1-0..apapun team mama masih bersyukur cos compare 2thn sebelum peringkat grouping dh kalah..kira ada peningkatan le..

Sebalik semua nie..pasti ada yg injured..Our great keeper Kak Kay patah tangan time final..2nd half plak 2..sabo ye kak..tq atas semangat n perjuangan akak..sayang akak n sabo yea atas eksiden 2..cm mama plak injured kat ibu jari kaki..almaklumlah, x pandai main tapi semangat waja..pada mama adat la kalo sakit..nama pun sukan...yang pasti mama x serik...nak main lagi..

Buat semua player JAS @ Yuyu, Rose, Fara, Ah, Paan, Ita, Ema, Kak Kay, Putri n mama..tahniah atas semangat n kerjasama kalian..Jika ada rezeki kita perform team 2013..Buat my asben, tq sebab layan karenah mama nie..angkut ke sana ke mari untuk training n game day..sanggup jaga lil Airiel yang x boleh berenggang ngan mama..

Time training Airiel yang main dlm court..sabo je la hero mama yang lasak nie..Memang klon papa dia..Abg Aiman plak xmo skip waktu mengaji..sanggup x ikut n stay umah sowang2...memang Abg Aiman pandai berdikari..PApe pun..mama sayang SEMUA...

Wednesday, July 6, 2011

Perihal Hero2 Mama..

2-3 hari nie, mama dapat idea untuk mengusik lil Airiel..tapi x tau le tujuan utama untuk mengusik atau wean off..bila lil Airiel nak menyusu mama ckp sakit kat cik B..dia belum menghisap pun..baru buka mulut..terus tutup n selak sebelah lagi..pun mama cakap sakit sambil tunjuk kat cik B..

'Sakit ye mama?'..Yea2x..(mama jawab)..dalam hati gelak2..mulanya dia buat muka seposen n terus tutup gak..selang beberapa minit datang lagi n start proses yang sama n jawapan mama pun sama..mula la melalak...sebab dh 2x kena reject..sebab kesian mama bagi le juga...aduhai cam mana nak wean off nie..lom ada tanda wean off..lil Airiel dah 2 tahun 5 bulan...

Kadang2 mama offer susu tru botol..so skang dia terima je..syaratnya mama jangan bersenang lenang baring2 kat sofa sambil tengok tv..kira buat2 bz compom dia akan minta susu..'Mama nak susu'..'Airiel nak susu botol ke?'..angguk2..sebab kadang2 dia main2 je..kejap cakap nak kejap x nak..bila dh buat xmo..sabo je la..so far kalo dia menyusu Airiel akan ambil bantal n baring depan tv..Syahdunye sebab kalo dulu mama yang akan menyusukan Airiel...tersentap rasanya..tapi mama harus terima hakikat satu hari dia pasti cerai susu ngan mama..

Sesetengah ibu memberi pendapat jika anak melebihi 2 tahun boleh galakkan dia makan makanan yang seimbang n berzat compare bagi FM..tapi Airiel jenis nak minum susu gak even bagi air masak n makanan..cam mana mama nak stop dia susu FM?Especially bila di rumah BS..pada mama, selama 2 tahun lebih Airiel minum susu mama jadi itu lebih dari mencukupi maka x salah kini mama bagi FM dan kadang2 mama bagi susu berperisa..

Setiap ibu ada persepsi sendiri..terpulanglah apa jua pilihan kita..sebab Abg Aiman yang besar 2 pun masih minum FM..untuk tumbesaran..selain itu, Abg Aiman minum susu sebelum pergi sekolah yang mama mix gak ngan Shaklee Meal..then Abg Aiman ambik Lecithin..so far ada nampak perubahan..Abg Aiman kurang penat compare before..sebelum tido malam, Abg Aiman makan Omega n B-Complex..Tapi Abg Aiman nie suka makan..kira tolak kayu n batu je..sabo je la anak mama sorang nie..badan tetap slim je...

Berbalik kepada Airiel..agak memilih makanan especially di rumah..bila dok umah BS semua makan...kalo di rumah, chicken/ikan/udang feveret..kalo sotong compom reject..sayur plak feveret brokoli, carrot, putik jagung...yang lain kena reject gak..memang susah nak bagi dia makan..syukur lil Airiel BF so apa yang mama makan masuk perut dia..FM plak kat umah boleh dikira bape kali..sama cm umah BS..x la dia terlalu bergantung kpd FM..just BF tido di rumah BS @pun time dia request (haus kot) even Airiel jenis kuat minum air kosong..

So far mama just pelan2x cerai susu..bukan apa, kadang2 rasa perit dh cik B..adakah susu makin kurang?bila mama minta Airiel buka mulut time menyusu tengok ada susu kuar..jenis Airiel suka tukar2 x blh dok lama..Papa pun dh geleng2 kepala tgk gelagat Airiel..so far papa lom berbunyi suruh Airiel wean off..cuma kadang2 mama cakap ngan Airiel..umo 3 tahun kena tido ngan Abg Aiman..sebab Airiel dah besar..nak sekolah..kena berdikari..jawapannya GELENGAN le...alahai

Tuesday, July 5, 2011

CIUM ANAK DAPAT PAHALA

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan... Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi." Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu." Wallahualam

copy from Jepun Gayong..tq

Penyimpanan N Pengendalian EBM

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang bet...ul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan

- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!


* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan


credit 2:

http://irrfiqa.blogspot.com/
http://www.momschoice.com.my/blog
http://whenmayend.blogspot.com/