Monday, October 22, 2012

Isu Penyusuan Susu Ibu Melebihi 2 tahun...

Baru2 nie kecoh tentang isu penyusuan lebih dari 2 tahun. Hari tu timbul isu sbb dalam program Soal Wanita (tv Alhijrah) cakap tak boleh menyusu lebih dari 2 tahun, sedangkan ramai yg buat extended breastfeeding nie. Sebenarnya dah byk penjelasan psl ni. Nak senang faham, takde tempoh minimum atau maksimum dlm penyusuan, TAPI yang PALING IDEAL atau OPTIMUM adalah 2 TAHUN PENUH. Moga jelas. Ini JAWAPAN DARI Syed Shahridzan, Senior Exec, TV AlHijrah. Credit to fathinz @nur fathinatul huda n KakLong Nuzula atas post nie di FB beliau... Assalamu'alaikum wrbt.... Para penonton Soal Wanita yang dirahmati Allah, Izinkan saya perkenalkan diri, saya seperti nama yg tertera pada FB, merupakan Eksekutif Kanan Penyelidikan Program dan Pembangunan Kandungan merangkap individu yang bertanggungjawab dalam menentukan halatuju kandungan rancangan TV AH mengikut etika "Shariah Compliance". Saya dimaklumkan oleh Puan Penerbit 'Soal Wanita' tentang salah faham dan sedikit kekecohan yang berlaku dalam ‘thread’ ini. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan pendirian TV AH terutamanya pihak penerbitan 'soal wanita' terhadap isu ini. Saya telah meneliti kenyataan salah seorang hos Soal Wanita iaitu Puan Noor Layla mengenai hukum penyusuan anak melebihi umur dua tahun samaada di dalam rancangan soal wanita atau ‘thread’ ini BUKANLAH pendirian atau pegangan TV AH, di mana kenyataannya seoalah-olah Islam telah menetapkan tempoh susuan bagi bayi adalah tidak boleh melebihi dua tahun. Saya secara peribadi melihat hujah yang digunakan, disimpulkan secara literal tanpa merujuk kepada ahli-ahli tafsir al-Quran dan fatwa ulama yg muktabar. Untuk pengetahuan para penonton yang budiman sekelian, ayat suci tersebut tidak memberi maksud penghadan tempoh maksimun bagi penyusuan anak, malah al-Quran menjelaskan tempoh yang paling paling sesuai dan ideal untuk kebaikan bayi. Tafsiran sebegini dinyatakan oleh kumpulan ulama-ulama al-Azhar di dalam kitab tafsir ‘Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-Quran al-Karim’ dalam mentafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah: وعلى الأمهات أن يقمن بإرضاع أولادهن مدة عامين تامين مراعاة لمصلحة الطفل “Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga kemaslahatan bayi”. Jelas sekali pentafsiran dari para ulama al-Azhar sama sekali tidak menyatakan bahawa ayat suci tersebut menghadkan tempoh penyusuan anak. Tafsiran ini disokong oleh, al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ‘Tafsir al-Quran al-Karim’: هذا إرشاد من الله تعالى للوالدات أن يرضعن أولادهن كمال الرضاعة ، وهي سنتان ‘Ini adalah petunjuk Allah SWT supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka dengan penyusuan yang sempurna iaitu tempoh dua tahun’. Pentafsiran Ibnu Kathir jelas tidak menzahirkan bahawa tempoh dua tahun bukanlah tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal. Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa: وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ " ‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’ Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak. Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. (Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329). Apakah hukum menyuskan anak lebih dari dua tahun? Menurut Imam al-Qurtubi di dalam karangan agungnya iaitu al-Jami’ li Ahkam al-Quran: والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين ‘Penyusuan yang kurang dari dua tahun atau lebih bergantung kepada situasi yang tidak memudaratkan bayi dan bergantung kepada kerelaan kedua ibu bapa’. Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitab Tuhfatul Maudud fi Ahkam al-Maulud: ويجوز أن تستمر الأم في إرضاعه بعد الحولين إلى نصف الحول الثالث أو أكثره ‘Seseorang ibu boleh terus menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun kepada 2 tahun kepada setengah daripada tahun ke tiga atau lebih dari itu.’ Menurut fatwa kerajaan Arab Saudi: إذا علم أن الرضاعة حق للرضيع ومصلحته ، وأنه لا يجوز فطامه قبل السنتين إذا أضر به ، فإنه يجوز للأم أن تستمر على إرضاع ولدها بعد السنتين إذا كان لمصلحته ودفع الضرر عنه ‘Jika diketahui bahawa penyusuan ibu itu adalah hak bayi dan kebaikannya, maka tidak sepatutnya bayi disusukan kurang daripada dua tahun, dibolehkan seseorang ibu menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun jika ia mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan.’ Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaili seorang pakar fiqh perbandingan yang tersohor di dunia melakar pendapatnya di dalam ‘al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu’: فإن استمر الرضاع بعد الحولين لضعف الطفل ، فلا مانع منه للحاجة ‘Jika penyusuan bayi berterusan lebih dari dua tahun disebabkan keadaan bayi yang lemah(kurang sihat), maka ia tidak menjadi halangan atas keperluan hajat’. Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, maka jelaslah bahawa hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak. Manakala ayat-ayat suci yang menyentuh tempoh penyusuan iaitu dua tahun, bukanlah bermakna tempoh maksimun seseorang ibu menyusukan anaknya, malah ia memberi maksud tempoh yang ideal untuk kebaikan si anak. Wallahu A'lam.
Yo la ...mama nie lom wean off sampai skang..almost 3y 8mths tau...pernah cuba macam2 tapi lom berjaya..so skang maleh dah..biar stop sendiri..cuma bila Airiel menyusu lama sangat mama stopkan..alasan udah sakit..paham juga dia..almaklumle bukan byk sgt bekalan yg hadooo...tapi masih Allah permudahkan...alhamdulullah... Info nie utk pengetahuan semua...perlu sentiasa ingat penyusuan susu ibu itu adalah yg terbaik..nak merasai kenikmatannya perlu banyak pengorbanan dan perlu tabah serta cekal...kemanisannya Subahanaallah....tiada alasan untuk say NO 2 BF anak2 permata hati kita....

Thursday, October 18, 2012

Terapi pertuturan di Klinik Audiologi UKM

Lama juga x mencoret kat blog kesayangan nie....almaklum le x de cite nak share...Mama like usual sibuk ngan anak2, suami n 8tviti..beskal le apa lagi...agak bersawang juga...tgh dok pikio2 nk cite pasal apa nie...maybe sebab peram terlalu lama..theee Jom lar mama cite pasal perkembangan terkini lil Airiel...utk makluman, terapi Airiel terkini mama n papa bawa ke Klinik Audiologi UKM Jln Temerloh, KL (KAUKM) ...kes ST kat HS yg abis kontrak...so far Airiel dh g 3 kali sessi ST...sesi nie dikendalikan oleh student dan dipantau oleh pensyarah....memang la kalo boleh nak yg pakar tapi syukur je la ngan apa yg ada... Mama juga nak share caner boleh dapat spot kat Klinik Audiologi nie...lepas dpt surat rujukan dari HS, mama n papa g Klinik Audiologi utk dapatkan date...so 1st terapi Airiel pada 24/09/2012...pada hari kejadian, pagi2 tu Airiel dah bangun tido..terus mandi cos nampak cm dia excited...alasan nak g skool...dia memang suka...maybe dia ingat jumpa Cikgu Mas...suka sgt dia ngan CM...baik n pandai ambik ati dia le katakan....
Perasan x besday Airiel x betoi...adessss Sampai je KAUKM, mama tunjuk kat Airiel bangunan klinik yg banyak gambar...nak naikkan mood dia la...so yg mama dapat tahu nama student tu Ms Chan..supervisor by Ms Yazmin..dimaklumkan sesi terapi Airiel pada setiap hari Isnin..Airiel like usual lorr..1st time jumpa org x dikenali compom malu...port?menyorok belakang mama...Ms Chan ada gak ajak dia borak tapi Airiel x de respond...lepas mendaftar kat kaunter, kami dibawa ke bangunan lain di mana sesi terapi dijalankan...sepanjang perjalanan tu Airiel diam ajer...hope mood dia ok....
Masuk je bilik tu, sebab 1st time datang kena jawab soalan berkaitan...mean 1st sesi n 2nd banyak utk pemantauan sebelum terapi dijalankan...Airiel diberi permainan..huhuu..suka la dia....2nd time datang pada 01/10/2012..masa nie Airiel menunjukkan mood kurang baik...sebab dia seolah2 dipaksa menyebut...Airiel fokus dia utk bermain..yang mama perhatikan, maybe sebab student so lebih nak ikut buku..compare cari cara nak selesa ngan Airiel...tu pun jenuh kena reward ngan 8tviti memancing ikan...masa nie juga kami jumpa dgn Ms Yazmin...ada la borak2 sket ttg Airiel...sebab Airiel ikut arahan ST reward stiker...lepas tu xmo balik sebab nak bw set mainan ikan tu balik...adesssss...mama pujuk lepas tu beli lorr...syukur dia nak...dalam muka kelat lorr 3rd sessi plak..Airiel buat hal...jenuh gak pujuk suruh buat 8tviti...selain tu ST ajak berckp...sepatah pun x kuar kecuali menyebut gambar kat flash card..kali nie Airiel diberi reward mengisi benda bulat dalam bekas...mula2 reward tu x dibuat..cos ST sibuk suruh dia menyebut...mama yg beria2 ckp reward tu...ermmm...cam ne ek?..air muka ST tu dh berubah cm tahan marah n sabar sebab Airiel refuse...maybe sebab dia student...tah la....lepas bg reward ada gak la Airiel beri kerjasama...yg sadis sket kali nie..Airiel tantrum...maybe dia stress n kali nie turut menunjukkan perasaan x suka ngan ST tu....4th sesi x tahu caner cos total sesi 10...
Papa ada gak bincang ngan mama tentang perkembangan Airiel kat KAUKM...x de perkara positif sebab Airiel xmo beri kerjasama...lom decide nak stop or abiskan sesi tu...ada gak tanya pendapat family AM...feedback dr sana...maybe sebab student so x tau cara yg terbaik...ada gak yg suggest tukar ST...tah la...skang nie ST dok minta mama audio bila Airiel bercakap sebab sepanjang sesi Airiel xmo menyembang...adesss, payah lor sebab Airiel nie bukan mudah nak rekod dia cakap ala2 santai...ada gak email kat ST tu tapi suruh plak jgn ada bunyi2 esp dr tv...caner tu...nty la mama usaha lagi... Btw Airiel sekarang nie makin banyak bercakap...ada yg kami faham ada juga yg kami perlu dia ulang...kurang jelas apa dia cakap...yg nyata Airiel suka bertanya berleretan...cthnya..burung apa tu...merak (mama)..merak tu apa (airiel)...jenuh nak pikir jawapan yg relevan sampai kami x tau nak jawab apa....apakah ada sinar yang Airiel semakin petah? Yang pasti bila main permainan..x de la nak dgr bunyi2...just pergerakan jer...TRain?Wajib dibeli...jenuh dh g pasar malam...compom dia rembat toys yg sama...dh rosak tayar pun boleh main...Airiel oh Airiel....

Saturday, September 8, 2012

My born Day September

Setahun sekali...kikikiii...tu bila mana born day itu tiba...tahun nie mama celebrate ngan kek kawan sponsor (redeem kek menang contest E-car tahun lepaih)..syukur valid lagiks..tenkiu vogeh ibu...kali nie mama nak snap outdoor so papa layan je la request besday gegel....theee..tenkiu gak kat ayah yg sudi sponsor Satay Samuri...mak yg sudi jaga anak2 masa mama n papa buat kayuhan besday....jom lar kita usha besday mama....

Sunday, August 19, 2012

Syawal 1433H

Alhamdulillah...kali nie kehadiran Syawal bagi mama sekeluarga tiada insiden hati terluka (cewahhh)...kali nie kami sepakat utk raya di BSP dolu..malam menjelang raya di umah mak mama...malam raya 1 di rumah abah di Perak...malam raya ke 2 umah MIL di Batu Gajah...adilkan...semua umah kami ziarah n tido semalaman... So far strategi nie memenuhi hati mama...3 umah kena g...tapi 2 umah tu just dok umah je la cos x de lokasi nak g beraya (umah mak ngan abah)...anak2 kami bawa g beraya belah umah MIL..sebab sedara mara mr asben ramai di sana...Kami gerak dr BSP petang raya 1 so jalan x berapa jem..cuma agak sesak di Slim River menghala ke utara..so mr asben decide ikut jalan dalam...alhamdulillah lengang....just nk share pix raya tahun nie..theme ijooo (x sekayu lerr sebab nak pelbagai sket janji sekaler)....
Lil Airiel masih ngan tantrumnyer sepanjang g beraya...xtually Airiel nie jangan ada org dok provok dia..compom dia mengamuk...kalo dia sensorang or dibiarkan main toys dia...x la dia dok kacau sepupu2 dia...like usual yg suka menyakat Abg Aiman...dia nie bila balik kg MIL mula la tunjuk belang sebab sepupu ramai....syukur mama je dpt pujuk Airiel...jenuh gak pujuk elok2...alhamdulillah mama dh dpt taktik nak pujuk dia..even kesabaran tahap gaban diperlukan..mudahkan owg dok ckp anak kita banyak ragam/lasak tapi depa x tau anak kita tu cam mana...btw mama x kisah pun sebab mama cayunk anak mama.....

Thursday, August 16, 2012

Kami sujud syukur pada Mu....

Tanggal 16 Ogos 2012 (Khamis)...setelah sekian lama (x silap mama last jumpa Dr di Unit Mekar pada Februari 2012 lepas)...melalui pemerhatian Dr, beliau maklumkan Airiel tiada Autisme seperti yg didiagnose sebelum ini..yang ketara kelasakan n speech delay even dh ada perkembangan positif...alhamdulillah.....so terapi utk OT ngan CM akan diteruskan cos mmg nampak banyak perkembangan dari segi motor pergerakan (telah boleh pegang pensil dgn baik, buat bentuk2..cuma fokus tu payah sket..mudah buhsan n nk bt banyak menda)...utk ST plak CA dh abis kontrak bulan Dec 2012..utk slot ngan beliau pun dh x hadoo..full house till end of this year..maybe 2013 ada...so Dr sarankan kami g ST kat Jalan Temerloh, KL..Pusat Terapi UKM...n Dr dh maklumkan semua student...x kisah lorr..janji ada sesi ST...
Mama nk ucapkan tqvm kat warga AM esp kat yeop Samsul, Kak Mumtazah dll yang banyak memberi ilmu yang tidak ternilai...tanpa kalian kami akan terumbang ambing...even Airiel bukan Autisme namun mama tetap bersama AM kerana di sana ilmu yang tiada di mana2....buat sahabat mama Lynn Niena tqvm sebab perkenalkan mama ngan AM...hanya kita yang ada anak syurga ini tahu sejauhmana tahap kesabaran kita menangani anak2 pengarang jantung ini... Mama masih perlu menangani tantrum Airiel...emosi dia mudah terusik esp ada yang provokasi dia...maybe depa suka hati lihat Airiel mengamuk dan mula jilat2 or gigit2...siap gelak2 lagi..bila Airiel x berhenti mula la bising2..subhanaallah..syukur mama berjaya pujuk n slow down tantrum dia...jenuh juga..tapi alhamdulillah mama dh tau caranye....kami tetap cayunk Airiel Hafiqie..doa mama tetap utk anak2 mama...
Moga apa yg mama share kat blog nie dapat memberi secebis pengetahuan kat teman2 ttg AUTISME...jangan ambil mudah jika ada kita ada kelainan...dari segi pertuturan, tingkahlaku...memang payah nak terima hakikat jika anak kita x senormal anak org lain tapi demi anak tabahkan hati..ramai ibu bapa yang sudi berkongsi bahu membantu kita....demi masa depan anak2 kita teruskan berjuang....
Wajah2 yang mendamaikan jiwa kami sekeluarga...bila mana Airiel tantrum mmg Allah je yang tahu...bila dia dalam keadaan yang baik..sejuk hati...hilang semua kemarahan..memang dia anak yang manja, penuh kelasakan, cepat merajuk, sensitif, teliti..namun dia penyejuk hati...bila mana Airiel sebut "BAIK MAMA"....so suwittt..x lupa anak mama yang semakin membesar..Abg Aiman...penuh helah dan kenakalan...dah namanya anak lelaki...

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan 1433

Ya Allah...lupa lorr mama nak coret sesuatu utk Ramadhan tahun nie...luperrr sesangat lerrr...almaklum le memori udah hampir penuh (ke faktor umo...hihiiii)...btw lom terlewat nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH POSA DI BULAN RAMADHAN 1433 buat semua yang beragama Islam...Ampun maaf sekiranya ada kesilapan..moga ibadah kita diberkati...alhamdulillah juga, tahun nie mama berkesempatan g sembahyang terawih..tahun sebelum x sebab payah nak kawal lil Airiel nie...so far dapat g 2 Masjid sekitar Kay el...Masjid Wilayah Kl n Masjid Saidina Abu Bakar kat Bkt Damansara...cuma hari skool mama x ikut...nak pantau kerja sekolah anak..just mr asben je g...
Semoga amalan kita diterima Illahi....
Pose spesel dari mama n Airiel utk semua...hihiii...nie ms g berbuka kat Homst TTDI...Chinese food...

Saturday, July 21, 2012

Tragedi berdarah berulang lagi

Masih ingat x tragedi tahun 2011? Jika terlupa meh mama flash back balik...cukup je umo lil Airiel 2 thn, perlu bergegas ke spital Pusrawi kerana luka berdarah di kening sebelah kanan..gara2 terjatuh dalam bilik air...sedeyyyyy
Kali nie berlaku sekali lagi...bukan di bilik air tapi di pintu bilik Abg Aiman plak...frenz tahu kan Airiel nie cergas n lasak...so pada pagi 1st day umat Islam berpose tahun nie..dia buat larian Olimpik dalam umah mama yang sekangkang kera tu...Sayang, Olimpik belum mula lagi...lps tu jgn buat dlm umah..lari kat padang nan luas mata memandang...namun takdir Illahi kita x boleh nak elak...Lebih kurang jam 9.15am..Airiel lari dr bilik utama menuju ke arah mama yg sedang berdiri berhadapan pintu masuk bilik Abg Aiman...terus langgar mama n kesan hentaman (kuat kot) dia melantun ke bingkai pintu...mula2 mama ingat x jadi pape sebab dia x menangis pon (like usual la)...tetiba mama tgk dia tekup kepala...adusssss..apa sudah jadi...ada aliran hangat darah mengalir deras dari celah jari dia.... Waaaaaa (tapi nape mama x nangis pun?)..terkedu, panik...terus mama jauhkan tangan dia dari kepala n usha...subhanaallah...tu dia...luka yg agak dalam...betoi2 sebelah kiri kepala Airiel....mama terus tadah aliran darah n menjerit panggil papa...papa plak like usual tenang (sebab kalo dua2 panik pe cite)....mama minta ambik kan lampin kain nak tekup luka berdarah tu (Airiel suka sebut ayat nie - LUKA BERDARAH)...huhuuuu..betoi2 plak.....Kami terus g Pusrawi Jln Tun Razak...sampai je around 9.45am terus register n tggu giliran sambil tekap luka Airiel..mama nie takut darah so akak kepinauan juga le...tapi sebab anak mama tahankan...alhamdulillah jumpa Dr wanita..sangat lemah lembut...mama kena la interview by Dr cm ne boleh jadi...bila cite n inform Airiel Autisme baru Dr paham nape dia x reaksi bila perkara nie berlaku (x menangis2 kesakitan..rileks ajer cm x de pape)..just bila tanya ckp sakit....rupa2nyer Dr pun ada anak special..Dsyleksia...syukur dpt Dr yg memahami...
Bila mana mama tya s/ada luka Airiel just perlu gam or jahit..Dr ckp kena jahit sebab dalam n kena otot...sabo3...sedey + sebak dlm ati...terasa bersalah sgt...sebab mama berdiri situ halang laluan Airiel jadi cm nie..(mama perlu redha kan)...perkara dh berlaku x boleh nk dikesali..doakan yang terbaik.....moga dijauhkan malapetaka lain...aminnn.....Sesi rawatan di mulakan..mula2 Dr just bersihkan luka Airiel..mmg compom dalam..lps tu Dr arahkan misi bedung Airiel sebab compom dia meronta tahap melampau bila nak cucuk ubat bius...hihiiii...dah macam baby plak mama tgk..teringat ms Airiel baby bedung cm tu...suwitttt..iskkkk...siap bedung Dr teruskan rawatan dgn cucuk ubat bius kat Airiel..time nie mama x dpt nak usha sebab x sampai ati (sakit woooo)..compom Airiel menangis...kalo bole mama nak peluk dia tapi x dpt sebab misi pegang kiri kanan..mama usap kaki Airiel je...moga dia tahu mama setia di sisi... Kejap je dia nangis...mmg tabah n kuat hero mama nie..alhamdulillah... So skang kerja menjahit dimulakan...alhamdulillah juga berjalan dgn lancar..Dr n misi selalu pujuk2 n puji Airiel...ckp dia baik, kuat semangat..baca bismillah selalu...mama tgk berselirat benang jahitan...sebakkkk...cian anak mama...lps tu Dr kemaskan ikatan n letak bandage (udah ala2 riben mama tgk..kelako pun hadooo..heippp..jgn usik Airiel kang dia mengamuk)...settle aje mama dukung Airiel kuar dr bilik rawatan...Tq Dr n misi..mmg kami suka g Pusrawi..mmg la kena bayar sebab swasta tapi layanan n rawatan puas hati...
Hari Isnin 23/07/2012 ada appointment utk check wound s/ada dh kering or kena jangkitan...alhamdulillah, luka kering n tiada yg membimbangkan even wiken td dia secara x sengaja siram air kat kepala..apa lagi bising la mama n cepat2 keringkan...so next appointment this wiken 28/07/2012 utk buka jahitan...(nape mama x request benang yg reput sendiri ek..x terpikir pun)...
Doakan ye frenz...dijauhkan dari tragedi cm nie berulang...mama nie dh cm kering je air mata..x tau dh perasaan cm mana..nk nangis pun x kuar air mata...Mmg anak mama yang sowang nie hero n bersemangat waja...cuma sebagai mama, sedih tu x dpt nak ucap...selalu doakan yang baik2 utk anak2...mama sayang kamu Airiel Hafiqie...x lupa juga teruna mama yang encem n bijak Aiman Haimal..plus papa Wadi Bg....

Saturday, July 14, 2012

Kembara Teganu Kite

Baru2 nie mama diberi kesempatan untuk ke Teganu..14 Julai - 16 Julai 2012...FOC ditanggung oleh opis...ikut ati xmo g sebab x pernah pisah lama ngan lil Airiel..almaklum le diakan BF lagikss (lom wean off tau)...tapi teringgin nak g Teganu (x pernah g tau)....hihiii..xtually mama g sebab urusan seri paduka baginda sambil cuci2 mata...moh kita usha pix mama...jgn jeles tauuu...btw kalo ada rezeki mama nak g lagi..kali nie ngan family plak...makanan dia marbeles....bayu laut..beshhhh....
welkam 2 teganu...kebetulan plak nampak bas gambo tu..pe lagi snap le..hihiii...btw ma usha teganu x le sibuk sgt..masih under control..kemajuan pun hokey...perjalanan mama mengambil masa almost 8 hour...perghhhh paling lama n jauh tau mama g...hiksss..tapi perjalanan sejauh 300km++ (ye ke) tu x terasa sb kengkawan dlm avanza tu kelako belaka...sepanjang perjalanan tu mama x sepicit pun zzzz...rugi wooo..nak usha tempat owg...lepas tol gombak msk tol karak...lps tu msk tol jabor..lalu la tepi laut (bak kata asben - suruh budak opis ikut dalam tepi laut - baru beshhhh)....umah2 kg n ada gak yg umah batu...adat la kan......ari nie mmg kami target nak JJCM...hiiiiii...sebelum mempinaukan diri...nape?tungguuuuuu
Sata Aziz Satar @ Kemaman..mmg beshhh...nie masa 1st day mama sampai...mmg sedappp...dok pikio nak tapau utk mr asben..tapi ms balik nak tapau dh abis plak...adoyaiii..btw mama sempat repeat makan..tapau je x dpt...x rugi makan sini...yummy...Rm 5/10 sata...ok la tue...terasa isi ikannyerrr...
Hirup bayu laut china selatan kat pantai batu buruk.....mmg kuat betoi angin dia...tapi beshhh...sejuk jer..kwn mama ckp (bdk teganu) x bley mandi sini sebab muka bumi yang ala2 jurang...erkkk..bahaya2...so far mama tgk ramai dok piknik n santai2 bentang tikar tepi laut..manyak besh yerrr...ada org naik kuda..(mama x naik sebab x de budget)...usha je la...x lama kat sini tapi sempat la posing sakan (frenz tau kan feveret mama - posing timeeee)....btw mama nie jenis x suka mandi laut..dok tepi laut hokey ler..sebabnyerr...senang sunburn n x suka mandi laut ermmm kena mandi 2x sebab nty badan melekit...x sukerrrr..kalo naik bot keliling pulau?i loikeeeee...
Dh sampai Teganu..mesti cari ICT...tapi nie UCT n SCT...boleh la sebab port yg marbeles tu dh abissss....waaaaaa..mama belasah je la...lenkali kena g awal port sedap tu..hihiiiii
Nk order Air Gelas Besar Durian Belanda (x hado plakkkk) so order la karoot susu (gelas sedan (G-Hilang - teganu slang kowt)..ngan laksam...erkkk kuah dia kaler merah x sama cm kay el...kaler putih..rasa? sedappppp (mmg suke laksam nie)....hihiiii
Asben ckp g Teganu kalo x makan Nasi dagang kira journey x complete..so pekena la..nape ciput ekkk....x sm cm kay el...btw rega murah gilerrrr...RM 2.50 jerr...beras pulut plak tu...makan sikit udah penuh tangki mama yg ciput nie (ye ker)...theeee
2nd day Masjid Kristal...kembara ke Teganu kena g Masjid Kristal nie...mmg cantik..just pose n usha masjid..x luas mana..cuma cantik lorrr..tu mama snap mmg cantikkan...mana yg cantik?mama or masjid...theeee....masa mama g tu dh tengahari @ panas..terasa sgt..maybe sebab tepi laut so bahang dia lain sketttt...kebetulan masa g tu ada event Sultan Teganu kat area situ..(x nampak pun Tuanku tu...)Taman Tamadun mama x msk sebab x masuk list...maybe next time..kena bayo tauuuu...hihiiii
Dh g Teganu kena la singgah Pasar Payang...tapi mama x borong pape sebab g pun tengah bulan..kena jimat cermat kan...lgpun mama x brp gemar sutera (payah nak jaga), papa pun baju batik kureng...so beli t-shirt utk hero2 mama (tulis teganu gambo penyu)...jadi le...ada gak buah tangan utk anak2...utk asben just beli sata..n kepok leko...
Xtually nie xtviti sampingan..kebetulan ada plak selit program candat sotong kat Pulau Kapas..dlm kepala nie dok pikio nak g ke idak...almaklum le mama nie di darat pun pinau2..laut tah le..compom juga...tapi kalo x g..tah bila plak merasa..pas tu yg penting sekali FOC lorrrr...so decide g juga n terima je la akibat men'join'kan diri mencandat sotong di lautan lepas nie...Laut China Selatan tue...hihiii...btw mmg pengalaman yg sungguh berharga...ada manis, pahit (sebab muntah monggek)..yg besh zzzzzzz (dibuai gelombang laut china selatan plus angin bayu yang beshhhh) udah cm tido dalam buai jer...nak tya mama dpt candat sotong bape ekor?....hihiii...compom seko pun x de..cuma nampak je sotong tu dalam air...tapi kengkawan 1 bot baik ati..tetap bagi mama 3 ekor sotong utk souvenier...cewahhhhhh
Nie la resort yang mama menginap (semalaman jerrr)..yg lain dok loging umah mak kawan opis kat Losong tu (mekacih pokcik n mokcik Syahir)...ramah sangat...so far makanan kat hotel nie dikategorikan sedap gak le...cuma dpt makan lunch check in, minum petang, dinner n bekpes...sebab x lama menginapkan..tu swimming pool pun x sempat mama berendam sebab letih lorrrr...nk rehat..lgpun malam nk g candat sotong plus maleh nak angkut baju2 basah...berat beg mama...btw kali nie mama kira simple jer g jalan jauh..just 1 beg jer..hihiii...beg telekung n beg sandang x kira tau...mmg jimat cermat n rancang sebaik mungkin...(yo la tueeee)...condition hotel pun selesa..boleh la cos rega pun x mahal sgt RM 92++/nite plus bekpes...maybe bole dtg lagi nie...yg suka resort nie dekat ngan laut (batu buruk) tapi 2nd day x sempat nk menyelusuri pantai sebab kesuntukan masa...xtiviti tu 1st day dh buat even snap pix jerrrr...jadi leeee
Xtually nie xtviti sampingan..kebetulan ada plak selit program candat sotong kat Pulau Kapas..dlm kepala nie dok pikio nak g ke idak...almaklum le mama nie di darat pun pinau2..laut tah le..compom juga...tapi kalo x g..tah bila plak merasa..pas tu yg penting sekali FOC lorrrr...so decide g juga n terima je la akibat men'join'kan diri mencandat sotong di lautan lepas nie...Laut China Selatan tue...hihiii...btw mmg pengalaman yg sungguh berharga...ada manis, pahit (sebab muntah monggek)..yg besh zzzzzzz (dibuai gelombang laut china selatan plus angin bayu yang beshhhh) udah cm tido dalam buai jer...
xmo nak tya mama dpt candat sotong bape ekor?....hihiii...compom seko pun x de..cuma nampak je sotong tu dalam air...tapi kengkawan 1 bot baik ati..tetap bagi mama 3 ekor sotong utk souvenier...cewahhhhhh...balik kang kasi goreng tepung magik...yummyyy
Jeng3...nie la hasil goreng tepungnyer...amacam?terliur x?mmg guna tepung magik nie senang ya amat..x yah nak celup ngan telo bagai (save telo mama..hihiiii)...btw yg comel2 tu mmg ranggup..yg besau tu liat nooo sebab lupa nasihat tekong bot suruh ketuk2 bf goreng..almaklum le dh terliur nak makan..lain semua luperr...alhamdulillah anak2 n asben suke..siap Abg Aiman n Airiel tanya ada lagi x mama..adoyai sayang, nty mama beli sotong kat NSK yer...tapi x sama ngan sotong fresh gilerr nieeee...
Tadaaaa....nie utk mama lerr....puas mama usha start 1st day datang...dok renggek2 kat kawan (org teganu) tanya rega brp...dpt le murah sket RM10 jer...even kecik jadi le kannn...perangai mama yang x pernah berubah sejak azali...hihiiii...insyaallah jika ada rezeki mama akan repeat datang Teganu..datang plak ngan family..ada rezeki lebih bole sampai....cik asben pun setuju..kita masuk dlm plan cuti2 malaysia yer... yang x boleh nak lupa...sebab 1st time dok berjauhan dengan Airiel..masih mengalami masalah bengkak susu..subhanaallah...tetiba masa tu teringat kat anak di rumah...btw mama syukur sebab masih dipermudahkan niat utk menyusukan Airiel...sampai bila wallahualam..biar masa yang tentukan....selagi Airiel mahu dan beliau sendiri yang say ENOUGH MAMA...wink3.... SAYONARA TEGANU...GLAD 2 BE HERE...REALLY HV GREAT MOMENTS....HOPE 2 COME AGAIN NEXT TIME....JOMMMMMMM

Thursday, July 5, 2012

Kenali Autisme

Credit to kak Mumtazah from AM...mama copy n paste aje..btw tulisan kecik sgt so mama taip balik yer... ANAK ISTIMEWA KAMI MENGHIDAPI AUTISME AUTISME "Gangguan perkembangan otak yang dikenalpasti berdasarkan interaksi sosial dan komunikasi yang lemah serta tingkahlaku terhad dan berulangan Beliau mempunyai : * masalah deria * sering mencederakan diri * mudah mengamuk * kurang fokus serta * masalah bersosial dan lemah dalam pertuturan. TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI KAMI " #####################################################################################
Even keadaan Airiel belum pasti lagi samaada beliau Autisme atau sebaliknya, namun kami sekeluarga telah mengambil langkah ke hadapan dengan mendapatkan bantuan pakar dari segi OT, ST , HT dan mengutip pengalaman dan info di AM....ciri2 Autisme pada Airiel ada cuma tidak secara menyeluruh...jika diperhatikan, Airiel x mengalami masalah deria yang membimbangkan...dia cuma x suka 8tviti gunting rambut..terasa sakit n menyebabkan dia takut...hampir berjaya atasi bila mana papa mesin sendiri rambut dia...namun cepat2 rushing masuk bilik air... Bab mencederakan diri, masa umo bawah 3thn YES perkara itu berlaku...maybe masa tu dia x bercakap seperti sekarang..meluahkan perasaan dengan gigit diri sendiri..sekarang dh berkurangan semenjak rajin bercakap jika dia berminat la...Mudah mengamuk..ermm masih tegar dalam diri insan bernama AIRIEL HAFIQIE..adakah kerana dia anak kedua?sensitif dan mudah terasa hati? boleh mengamuk berjam lamanya..mula2 dulu mama pujuk2 gak la tapi makin teruk so mama ambil langkah biarkan dia sejuk sendiri..bila mana dia ok dia akan datang sendiri pada mama..yang x tahan suara dia menangis dalam mengamuk ambil masa...dia akan duduk sorang menangis x pula dia baling barang cm dulu2...yang syahdu bila kita usha dia..mata dia meruntun hati mama..rasa nak pujuk tapi tau reaksi dia masa tu... Kurang fokus...jika benda/objek bukan obsesi dia..dia mudah berubah perilaku..cthnya tengah syiok layan tv cite kartun or haiwan dengar tren berbunyi (umah mama dkt ngan komuter) compom dia tinggalkan 8tviti tv n usha train..siap mulut mengomel tren tu panjang or pendek...settle dia akan bgtau dh abis...then sambung tgk tv..cm CM (OT kat HS) bgtau..Airiel suka nak buat banyak benda dlm satu masa...hope dpt perbaiki masalah nie sebab bila belajar nty akan wujud problem..lagi satu dia jenis cepat bosan kalo dok lama mengadap benda bukan obsesi dia...cm ari tu CM bt 8tviti trace garis putus, mmg jenuh la..bukan trace ikut garisan tapi luar garisan...
Masa nie kami sekeluarga speechless, tetiba Airiel tulis huruf G..ada gak dia tulis huruf I, H....keesokan harinya suruh tulis balik dia xmo dah..syukur sempat snap..mmg mama terharu sgt...nie kelebihan anak istimewa mama...
Bila mana Abg Aiman buat homework, selalunya Airiel akan ikut serta..dia x conteng buku Abg Aiman..cuma dia akan berpura2 belajar juga...conteng macam2..kadang2 nie la kerja dia menekap...lukis la konon2 gambar kereta la train la...kadang2 lukis macam2...hihiiiii Masalah sosial plak..so far mama tgk dia suka berkawan..x kira baru kenal/jumpa ke..selalu akan turut serta dalam sst permainan (even kdg2 yg main tu lebih sgt umo ngan dia) slumber je menjoinkan diri..siap ajak borak2,...apa dia borak ngan kawan2 tu mama x tau...selalunya pasal apa yg dia main n kenalkan diri dia..mama nak share Airiel bahasakan diri dia YEYEN even mama betoikan nama dia Airiel or YEYEL (dekat sket kan bunyinyer)...bila kita tanya nama sape..dia akan ckp YEYEN...nama manja kowtt...
Lemah pertuturan...masa umo below 3thn mmg ketara sgt..igt x boleh bercakap..tapi skang nie x tanya pun dia bercerita...tapi mama yg selalu tanya sebab dia jenis berat mulut...tapi bila mood bercakap tu datang..x larat nak layan....sabo3...suka tanya benda berulang2...cite berulang2..esp ttg obsesi dia..alhamdulillah Airiel kenal ABC, sebut ngan jelas n 123 dlm BM/BI...melukis pun bole la..esp pix train...

Wednesday, July 4, 2012

Ujian Pendengaran Airiel Hafiqie

Bismillah...kali nie mama nak share plak temujanji ujian pendengaran Airiel di Hospital Selayang... Tarikh : 04 Julai 2012 Lokasi : Unit ORL, Hospital Selayang Masa : 9.00 am - 12.30 tghari Ujian : Tahap pendengaran Airiel Catatan mama : 8.00 pg - Sampai HS, like usual kami g bekpes dulu...Airiel cm biasa akan cr ribena tapi kali nie cafe HS dh x jual ribena..so dia nak susu segar dlm kotak tu..perisa ASLI 8.30 pg - Beratur kat kaunter pendaftaran..then g unit ORL utk pendaftaran sekali lagi..dpt no 5004 9.00 pg - no 5001 belum juga dipanggil masuk bilik pemeriksaaan...so mama bawa Airiel g playground sebelah tu aje....sebab dulu ms 1st appointment yg x jadi (sebab Airiel demam) Dr pesan suruh dia letih..mlm sblm kena tido lewat sebab ada ujian yg perlukan dia tido... 9.30 pg - satu no giliran pun x panggil..compom Dr x de lagiks...sabo2...mama masih melayan Airiel yang makin ligat di playground...usha je la dr jauh (dlm kawasan playground lagi) sebab dia x suka kena kepit/perhatikan selalu...huhuuuu 9.45 pg - no 5001 br dipanggil...ermmm...hospital gomen..terima je la... 10.00 pg - Airiel dh mula berebut pintu (tercabut dr umah playground tu) ngan sowang budak lain..dr melalut baik mama leraikan..so mama bawa dia msk HS semula..apa lagi..melalak n mengamuk la...marah sgt..mama offer tab pun dia refuse..cium rupanya berbau..xtually almost a week Airiel dh sukses x de diaper..so kali nie mama x pakaikan diaper g HS..banyak kali gak tya nak g toilet ke x...rupa2nya leka main dh terlepas juga...syukur bawa baju spare n diaper so g toilet n tukar... 10.15 pg - no 5004 dipanggil...alhamdulillah..masuk bilik ORL no 2..x silap mama jumpa Dr Ain....mula2 angin juga mama..tanya bilangan patah perkataan yang Airiel boleh sebut..ma ckp le 3-4 patah..rupa2nya bilangan perbendaharaan kata Airiel..salah kami or salah Dr tu..ma tahan sabar...asben ma pun ma tgk cm pelik gak..tapi nak bt cm mana..sabo je la...Dlm bilik tu, Dr Ain check telinga Airiel..so dia ckp Airiel just buat test audio aje..x perlu makan ubat tido sebab dia boleh cakap...tah la mama x berapa paham...nak tya lebih angin Dr tu pun semacam..x friendly langsung..masih sabo3.. 10.30 pg - Tunggu giliran nak bt hearing test (HT)...Airiel dh mula tantrum..nie kes mama cabut bateri laptop kecik dia sebab ada parents tegur Airiel buat bising n anak dia nak tido utk HT..siap suruh kami dok luar...erkkk...hello, anak I pun nak buat HT tau..anak u tu diam je sebab bb..(semua dlm ati sebab 1MAlaysia)..sedih bila dikatakan mama x reti jaga anak..kalau lah mereka tau Airiel tu mcm mana....diam2 ma cabut bateri n Airiel mula punggah barang2 dlm beg ciken little...siap tya mana bateri dia..cian mama tengok..siap dok atas lantai..menirap lagi... 10.45 pg - mama minta izin misi nak tumpang guna bilik sebab nak BF Airiel..gayanya macam nak zzzz tu....mmg compom dia nk tido..lepas dpt BF terus zzzz...lega mama...tgk muka dia tido tu syahdu pun ada..anak mama yang lasak tetapi bijak... 11.00 pg - Misi panggil utk bt HT..hope Airiel tido nyenyak..masuk je bilik kedap tu letak atas katil..ok je..bila staff mula sapu2 krim utk tepek alat udah bangun..Airiel bukan jenis tido straight....so dh bangun dari beradu..staff ORL kasi chance suruh tidokan Airiel semula...mama try tapi Airiel mata dah berkedip2..so x boleh buat ujian ms tido... Nak jimatkan ms staff ORL suruh buat ujian audio je..sama je cm utk tido..boleh la...so Airiel masuk bilik kebuk 1 lagi..nak snap pix ma x berani..hihiii...so kakak Syuhada (baik, sweet sgt) ckp lemah lembut..Airiel pun beri kerjasama..ujian tu perlukan Airiel pakai headset..ma kira Airiel kena pay attention dengar sound kowt..kakak Syuhada ckp kalo dengar bunyi toott (kuat/perlahan) letak objek..kelako pun ada ma tengok... X silap mama ada 2 ujian je kakak tu buat..alhamdulillah Airiel berjaya berikan kerjasama..ada gak dia check telinga Airiel..sebelah kanan ok..belah kiri katanya ada air kat bahagian telinga tengah..rujuk Dr Ain nty..n yang paling mama syukur Airiel x de masalah pendengaran..Normal...Alhamdulillah... 12.00 tgh - Time HT dh abis..problem plak..Airiel xmo kuar bilik kebuk tu...dh tertarik hati ngan toys dalam tu..ada PUZZLE...adoyai...puas la mama pujuk...apa lagi x makan saman le..ma ckp ada rezeki nty mama belikan yer..so Airiel termakan pujukan..mo la kuar..xtually kejap je...x lama lps kuar nak g balik bilik tu..(ms nie tggu jumpa Dr Ain balik)...Airiel siap jadi jaga kat pintu masuk.. Jumpa Dr Ain, dia bgtau Airiel tiada masalah pendengaran..cuma ada air di bahagian tengah telinga..x perlu makan ubat lagi tapi lps sebulan Dr nak check semula..so appointment HT (audio je) pd 07/08/2012 jam 9.00 am... 12.30 tgh - HT Airiel settle n kami bergerak balik tapi singgah dulu NSK sebab nak beli barang dapur..masa nak balik tu terserempak misi kat HS tadi..cam le depa ngan kami...hihiii..mesti ada sebab nie...

Tuesday, July 3, 2012

Berdiskusi berilmiah utk Airiel

HEARING TEST Mama nk tya..jika buat hearing test ada kawan ckp perlu bersihkan telinga anak before buat test..dia ckp beli ubat pembersih tahi telinga kat farmasi..kalo x Dr x boleh buat hearing test..then masa test anak kena tidur ke?ida 1st time nak lalui..tq
Mumtazah Mustajab Tak perlu bersihkan guna apa2 ubat pun. Najib went thru both: yg tak tidor dan yg tidor. Mula2 yg x tidor punya. Masuk bilik almost gelap and kedap udara and dia test his reaction to sound. When Najib did not show any reaction, baru buat y...g tidor punya. Part ni may be agak susah sikit. Luckily for Najib asal bilik tu sejuk dan gelap, dia mudah tidor. The audiologist bagi masa until Najib dah tidor nyenyak baru letak mcm2 wire kat badan, kat kepala, kat tangan. Then do the test. Takes abt 15 minutes test. Immediately keluar result kat printer. My suggestion before going thru the hearing test, let your child main2 or lari2 or do activities yg boleh buat dia penat. Then baru he can sit still or relax in the audio room. If test fail and had to do yg tidor punya, at least nak suruh dia tidor dah lebih senang. REAKSI
cthnya airiel x suka bunyi bising tekup telinga mmg reaksi semulajadi anak2 autistic terhadap bunyi2 'melampau' baginya......contohnya bunyi org Kem.Kesihatan sembur ubat halau nyamuk di kws rumah....
Nor Hayati Mohamad Sulaiman semalam therapist ckp kat saya, kalau anak dah mula minat nak menulis encourage dia tulis apa benda yg dia nak. walaupun kena buat hand-over-hand. contoh dia nak chipsmore suh dia tulis 'chipsmore'.. secara tak langsung dia tau apa nama benda tu, bleh develop motor skill dan satu cara berkomunikasi( bagi anak yg non-verbal). Katanya kena selalu standby notepad yg comei tu dan pen kat every corner of the house. Supaya senang nak capai kalau dia nak tulis apa2. :)
Jika ingin tahu info lanjut ttg Autisme..bole je usha web nie...kebetulan mama terjumpa masa tanya en google...http://legacy.autism.com/families/therapy/visual.htm