Wednesday, December 4, 2013

Hidup Ini Hanya Sementara.....

Al fatihah dan takziah kepada ahli keluarga Pengarah opis mama...Tuan Haji Hashim Daud atas pemergian beliau pada 04/12/2013 (Rabu) lebih kurang jam 2pagi...mama pun dapat baru lepas thumb print kat opis (canggih x?)...kerani opis mama bgtau..mula2 dengar cm x percaya jer..cos br lepas 3 minggu mama terserempak ngan beliau...selalunya mama bagi salam n senyum...keadaan beliau membataskan beliau membalas salam dan senyum (seperti dulu2)...sebenarnya beliau baru disahkan menghidapi penyakit barah mulut....lebih kurang 6bln lepas...tetiba kan....dugaan Allah nak bagi sekelip mata..doakan semoga roh beliau aman di sisi PenciptaNya...aminnn
Terdetik pula nak google tentang penyakit barah mulut...utk info bersama kan...ini hasil dr mr google...
BARAH MULUT
sumber : Harian Metro; Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/11
sumber : http://ubatsaya2u.blogspot.com
Barah mulut adalah penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Lebih 90 peratus kes barah mulut membabitkan lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai karsinoma sel skuama.
Menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung & Tekak (ENT) Pusat Perubatan Tropicana, Dr Balachandran Appoo, barah mulut disebabkan ketumbuhan tisu tidak normal di dalam kawasan mulut serta boleh merebak dengan pelbagai cara yang mengakibatkan gangguan untuk makan, sukar untuk menelan yang akhirnya seseorang itu mati akibat badan kekurangan air dan kelaparan.
“Di Malaysia, kaum India antara yang paling ramai menghidap barah mulut, diikuti Orang Asli, Melayu dan Cina. Jangan ambil ringan barah mulut kerana ia mampu membawa maut jikalau lambat mendapatkan rawatan.
“Biasanya, umur 40 tahun ke atas berisiko mendapat barah ini. Meskipun barah mulut penyakit membunuh, ia boleh dirawat pada peringkat awal,” katanya sewaktu ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.
Tanda barah mulut
Sakit yang berlanjutan Luka yang besar hingga makan saraf
Susah mengunyah
Susah membuka mulut
Susah bertutur
Mulut berdarah
Ketumbuhan dalam mulut (susah telan pepejal, air liur)
Bengkak pada rahang, leher lebih tiga minggu
Tiada selera makan dan berat badan menurun
Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan
Ulser mulut tidak sembuh lebih tiga minggu
Punca barah mulut
Merokok
Pengambilan alkohol
Mengunyah sirih bersama tembakau dan pinang
Pendedahan di tempat kerja yang membabitkan bahan kimia
Genetik
Cara mengurangkan risiko barah mulut
Buat pemeriksaan berkala di klinik
Lakukan pemeriksaan barah sendiri
Tidak mengambil atau mengunyah tembakau
Tidak merokok
Tidak minum minuman alkohol
Kurangkan pendedahan kepada sinaran matahari
Rawatan
1. Pembedahan
Pembedahan biasanya membabitkan pembuangan kanser dan sebahagian tisu yang sihat di sekelilingnya. Ini kerana barah adalah penyakit yang mikroskopik iaitu ada sel kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Ada kemungkinan sel kecil tidak dapat dilihat di sekitar sempadan kanser itu. Pembedahan turut membabitkan sel yang sihat ini turut membuang nodul limfa pada bahagian leher yang dijangkiti kanser.
Rawatan pembedahan biasanya dilakukan untuk merawat kanser yang berada pada tahap awal dan sederhana dengan pembuktian tiada sel kanser merebak ke bahagian organ lain.
Bagaimanapun, bagi jenis kanser yang merebak jauh pada kawasan lain tubuh, penggunaan radioterapi digunakan selepas pembedahan. Ini bertujuan mematikan sel kanser yang dikhuatiri masih tertinggal.
2. Radioterapi
Penggunaan radioterapi akan dilakukan jika kanser terlalu besar menyebabkan pembedahan sukar dilakukan. Kaedah ini juga membantu mengecutkan kanser. Bagaimanapun, radioterapi mempunyai banyak kesan sampingan yang harus dijalani oleh pesakit.
Contohnya, jika kanser pada bahagian lidah itu kecil (kurang 1.5 sentimeter), ia boleh dirawat dengan radioterapi tanpa pembedahan.
Istimewanya radioterapi ini, ia tidak menyebabkan seseorang kehilangan anggota (lidah) dan fungsinya. Bagaimanapun, rawatan radioterapi tidak memberi apa-apa kesan pada kanser tulang, biasanya ia hanya dapat dibuang dengan kaedah pembedahan.
3. Kemoterapi
Kaedah menggunakan ubat-ubatan dalam tubuh ini dilakukan jika kanser sudah merebak ke organ lain seperti paru-paru dan hati, atau serentak dengan radioterapi.
Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah
fakta dari www.sihatselalu.com.my
sumber : http://ubatsaya2u.blogspot.com
Terkejut gak mama ngan info nie...bahaya tau kowang...x silap mama kebanyakan dari kita pernah kena mata ikan kan? istilah kesihatannyer ulser mulut..tompokan putih dalam mulut..golongan yang mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya ialah wanita yang mengandung & datang haid..selalunya ia akan pulih sendiri dan kalo berulang pun x serius dan x berjangkit...tetiba zasss teringat betapa sakitnya kalo kena mata ikan nie...huhuuuu..nak kunyah makanan pun sakit sebab rasa perit dan lagi sakit bila makanan terkena luka ulser tu...menitis2 air mata....x makan kang lapo plak...tahan je la....
tapi kowang harus segera bertindak jika ulser mulut masih x sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari 3 minggu, kita mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda2 awal menghidap barah mulut. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu. Terkejut juga mama dengan fakta ni...semoga apa yang berlaku jadi iktibar buat kita bersama sebab kadangkala kita sering alpa dengan perkara remeh temeh..jika dibiarkan berlarutan menjadi sesuatu yang tidak bisa dihalang..bukan hendak menolak kehendak Illahi tetapi mencegah itu lebih baik dari mengubati kan...jika dh berusaha tp tetap jua ujian mendatang..itu tandanya Allah sayang kita....

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete