Monday, October 22, 2012
Isu Penyusuan Susu Ibu Melebihi 2 tahun...
Baru2 nie kecoh tentang isu penyusuan lebih dari 2 tahun. Hari tu timbul isu sbb dalam program Soal Wanita (tv Alhijrah) cakap tak boleh menyusu lebih dari 2 tahun, sedangkan ramai yg buat extended breastfeeding nie. Sebenarnya dah byk penjelasan psl ni. Nak senang faham, takde tempoh minimum atau maksimum dlm penyusuan, TAPI yang PALING IDEAL atau OPTIMUM adalah 2 TAHUN PENUH. Moga jelas.
Ini JAWAPAN DARI Syed Shahridzan, Senior Exec, TV AlHijrah. Credit to fathinz @nur fathinatul huda n KakLong Nuzula atas post nie di FB beliau...
Assalamu'alaikum wrbt....
Para penonton Soal Wanita yang dirahmati Allah,
Izinkan saya perkenalkan diri, saya seperti nama yg tertera pada FB, merupakan Eksekutif Kanan Penyelidikan Program dan Pembangunan Kandungan merangkap individu yang bertanggungjawab dalam menentukan halatuju kandungan rancangan TV AH mengikut etika "Shariah Compliance".
Saya dimaklumkan oleh Puan Penerbit 'Soal Wanita' tentang salah faham dan sedikit kekecohan yang berlaku dalam ‘thread’ ini. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan pendirian TV AH terutamanya pihak penerbitan 'soal wanita' terhadap isu ini.
Saya telah meneliti kenyataan salah seorang hos Soal Wanita iaitu Puan Noor Layla mengenai hukum penyusuan anak melebihi umur dua tahun samaada di dalam rancangan soal wanita atau ‘thread’ ini BUKANLAH pendirian atau pegangan TV AH, di mana kenyataannya seoalah-olah Islam telah menetapkan tempoh susuan bagi bayi adalah tidak boleh melebihi dua tahun.
Saya secara peribadi melihat hujah yang digunakan, disimpulkan secara literal tanpa merujuk kepada ahli-ahli tafsir al-Quran dan fatwa ulama yg muktabar.
Untuk pengetahuan para penonton yang budiman sekelian, ayat suci tersebut tidak memberi maksud penghadan tempoh maksimun bagi penyusuan anak, malah al-Quran menjelaskan tempoh yang paling paling sesuai dan ideal untuk kebaikan bayi.
Tafsiran sebegini dinyatakan oleh kumpulan ulama-ulama al-Azhar di dalam kitab tafsir ‘Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-Quran al-Karim’ dalam mentafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah:
وعلى الأمهات أن يقمن بإرضاع أولادهن مدة عامين تامين مراعاة لمصلحة الطفل
“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga kemaslahatan bayi”.
Jelas sekali pentafsiran dari para ulama al-Azhar sama sekali tidak menyatakan bahawa ayat suci tersebut menghadkan tempoh penyusuan anak.
Tafsiran ini disokong oleh, al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ‘Tafsir al-Quran al-Karim’:
هذا إرشاد من الله تعالى للوالدات أن يرضعن أولادهن كمال الرضاعة ، وهي سنتان
‘Ini adalah petunjuk Allah SWT supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka dengan penyusuan yang sempurna iaitu tempoh dua tahun’.
Pentafsiran Ibnu Kathir jelas tidak menzahirkan bahawa tempoh dua tahun bukanlah tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal.
Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa:
وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ "
‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’
Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak.
Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. (Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329).
Apakah hukum menyuskan anak lebih dari dua tahun?
Menurut Imam al-Qurtubi di dalam karangan agungnya iaitu al-Jami’ li Ahkam al-Quran:
والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين
‘Penyusuan yang kurang dari dua tahun atau lebih bergantung kepada situasi yang tidak memudaratkan bayi dan bergantung kepada kerelaan kedua ibu bapa’.
Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitab Tuhfatul Maudud fi Ahkam al-Maulud:
ويجوز أن تستمر الأم في إرضاعه بعد الحولين إلى نصف الحول الثالث أو أكثره
‘Seseorang ibu boleh terus menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun kepada 2 tahun kepada setengah daripada tahun ke tiga atau lebih dari itu.’
Menurut fatwa kerajaan Arab Saudi:
إذا علم أن الرضاعة حق للرضيع ومصلحته ، وأنه لا يجوز فطامه قبل السنتين إذا أضر به ، فإنه يجوز للأم أن تستمر على إرضاع ولدها بعد السنتين إذا كان لمصلحته ودفع الضرر عنه
‘Jika diketahui bahawa penyusuan ibu itu adalah hak bayi dan kebaikannya, maka tidak sepatutnya bayi disusukan kurang daripada dua tahun, dibolehkan seseorang ibu menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun jika ia mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan.’
Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaili seorang pakar fiqh perbandingan yang tersohor di dunia melakar pendapatnya di dalam ‘al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu’:
فإن استمر الرضاع بعد الحولين لضعف الطفل ، فلا مانع منه للحاجة
‘Jika penyusuan bayi berterusan lebih dari dua tahun disebabkan keadaan bayi yang lemah(kurang sihat), maka ia tidak menjadi halangan atas keperluan hajat’.
Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, maka jelaslah bahawa hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak. Manakala ayat-ayat suci yang menyentuh tempoh penyusuan iaitu dua tahun, bukanlah bermakna tempoh maksimun seseorang ibu menyusukan anaknya, malah ia memberi maksud tempoh yang ideal untuk kebaikan si anak.
Wallahu A'lam.
Yo la ...mama nie lom wean off sampai skang..almost 3y 8mths tau...pernah cuba macam2 tapi lom berjaya..so skang maleh dah..biar stop sendiri..cuma bila Airiel menyusu lama sangat mama stopkan..alasan udah sakit..paham juga dia..almaklumle bukan byk sgt bekalan yg hadooo...tapi masih Allah permudahkan...alhamdulullah...
Info nie utk pengetahuan semua...perlu sentiasa ingat penyusuan susu ibu itu adalah yg terbaik..nak merasai kenikmatannya perlu banyak pengorbanan dan perlu tabah serta cekal...kemanisannya Subahanaallah....tiada alasan untuk say NO 2 BF anak2 permata hati kita....
Thursday, October 18, 2012
Terapi pertuturan di Klinik Audiologi UKM
Lama juga x mencoret kat blog kesayangan nie....almaklum le x de cite nak share...Mama like usual sibuk ngan anak2, suami n 8tviti..beskal le apa lagi...agak bersawang juga...tgh dok pikio2 nk cite pasal apa nie...maybe sebab peram terlalu lama..theee
Jom lar mama cite pasal perkembangan terkini lil Airiel...utk makluman, terapi Airiel terkini mama n papa bawa ke Klinik Audiologi UKM Jln Temerloh, KL (KAUKM) ...kes ST kat HS yg abis kontrak...so far Airiel dh g 3 kali sessi ST...sesi nie dikendalikan oleh student dan dipantau oleh pensyarah....memang la kalo boleh nak yg pakar tapi syukur je la ngan apa yg ada...
Mama juga nak share caner boleh dapat spot kat Klinik Audiologi nie...lepas dpt surat rujukan dari HS, mama n papa g Klinik Audiologi utk dapatkan date...so 1st terapi Airiel pada 24/09/2012...pada hari kejadian, pagi2 tu Airiel dah bangun tido..terus mandi cos nampak cm dia excited...alasan nak g skool...dia memang suka...maybe dia ingat jumpa Cikgu Mas...suka sgt dia ngan CM...baik n pandai ambik ati dia le katakan....
Perasan x besday Airiel x betoi...adessss
Sampai je KAUKM, mama tunjuk kat Airiel bangunan klinik yg banyak gambar...nak naikkan mood dia la...so yg mama dapat tahu nama student tu Ms Chan..supervisor by Ms Yazmin..dimaklumkan sesi terapi Airiel pada setiap hari Isnin..Airiel like usual lorr..1st time jumpa org x dikenali compom malu...port?menyorok belakang mama...Ms Chan ada gak ajak dia borak tapi Airiel x de respond...lepas mendaftar kat kaunter, kami dibawa ke bangunan lain di mana sesi terapi dijalankan...sepanjang perjalanan tu Airiel diam ajer...hope mood dia ok....
Masuk je bilik tu, sebab 1st time datang kena jawab soalan berkaitan...mean 1st sesi n 2nd banyak utk pemantauan sebelum terapi dijalankan...Airiel diberi permainan..huhuu..suka la dia....2nd time datang pada 01/10/2012..masa nie Airiel menunjukkan mood kurang baik...sebab dia seolah2 dipaksa menyebut...Airiel fokus dia utk bermain..yang mama perhatikan, maybe sebab student so lebih nak ikut buku..compare cari cara nak selesa ngan Airiel...tu pun jenuh kena reward ngan 8tviti memancing ikan...masa nie juga kami jumpa dgn Ms Yazmin...ada la borak2 sket ttg Airiel...sebab Airiel ikut arahan ST reward stiker...lepas tu xmo balik sebab nak bw set mainan ikan tu balik...adesssss...mama pujuk lepas tu beli lorr...syukur dia nak...dalam muka kelat lorr
3rd sessi plak..Airiel buat hal...jenuh gak pujuk suruh buat 8tviti...selain tu ST ajak berckp...sepatah pun x kuar kecuali menyebut gambar kat flash card..kali nie Airiel diberi reward mengisi benda bulat dalam bekas...mula2 reward tu x dibuat..cos ST sibuk suruh dia menyebut...mama yg beria2 ckp reward tu...ermmm...cam ne ek?..air muka ST tu dh berubah cm tahan marah n sabar sebab Airiel refuse...maybe sebab dia student...tah la....lepas bg reward ada gak la Airiel beri kerjasama...yg sadis sket kali nie..Airiel tantrum...maybe dia stress n kali nie turut menunjukkan perasaan x suka ngan ST tu....4th sesi x tahu caner cos total sesi 10...
Papa ada gak bincang ngan mama tentang perkembangan Airiel kat KAUKM...x de perkara positif sebab Airiel xmo beri kerjasama...lom decide nak stop or abiskan sesi tu...ada gak tanya pendapat family AM...feedback dr sana...maybe sebab student so x tau cara yg terbaik...ada gak yg suggest tukar ST...tah la...skang nie ST dok minta mama audio bila Airiel bercakap sebab sepanjang sesi Airiel xmo menyembang...adesss, payah lor sebab Airiel nie bukan mudah nak rekod dia cakap ala2 santai...ada gak email kat ST tu tapi suruh plak jgn ada bunyi2 esp dr tv...caner tu...nty la mama usaha lagi...
Btw Airiel sekarang nie makin banyak bercakap...ada yg kami faham ada juga yg kami perlu dia ulang...kurang jelas apa dia cakap...yg nyata Airiel suka bertanya berleretan...cthnya..burung apa tu...merak (mama)..merak tu apa (airiel)...jenuh nak pikir jawapan yg relevan sampai kami x tau nak jawab apa....apakah ada sinar yang Airiel semakin petah? Yang pasti bila main permainan..x de la nak dgr bunyi2...just pergerakan jer...TRain?Wajib dibeli...jenuh dh g pasar malam...compom dia rembat toys yg sama...dh rosak tayar pun boleh main...Airiel oh Airiel....
Subscribe to:
Posts (Atom)