Monday, June 13, 2011

Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak

oleh Ibubapa Cemerlang pada pada 10hb Jun 2011 pukul 3.46 ptg

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.



Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya.

Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.



Ada beberapa tip yang boleh ibu bapa berusaha mengatasi masalah ini :



1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kali kah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja ibu bapa pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan ibu bapa tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya ibu bapa sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan ibubapanya sekiranya ibu bapa pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, ibu bapa boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (mknan kegemarannya dsb) jika ibu bapa dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan ibu bapa mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali ibu bapa berinteraksi dengan anak. Boleh juga ibu bapa cuba berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya : usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan ibu bapa kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang ibu bapa mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Ibu bapa Islam juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.



Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga ibu bapa lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanya lah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapa lah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.







[Ibubapa Cemerlang]

di adaptasi dari blog penyuburan islam upsi.

Wednesday, June 8, 2011

Power Pumping

Apa itu Power Pumping? Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan be...kalan susu ibu. Siapa yang perlukan Power Pumping? 1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu 2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan 3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc. Macam mana nak buat Power Pumping? Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam. Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni. Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya? MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin. Credit to Nurul Huda Mohd Salleh (Moms Support group) for creating this document ya.

Tuesday, June 7, 2011

Almost 1 month Stop Pumping

Syukur alhamdulillah, mama berjaya lalui fasa berhenti mengepam dengan sebaik mungkin..cuma terasa x de sesi mengepam n mengendong gadget..terasa banyak sangat masa sampai bosan..yang terasa sangat kalo g menjelajah x risau nak balik cepat nak mengepam..

Mama masih DF ngan lil Airiel..kadang2 terasa rimas sangat cos asyik menyusu je..dh la hasil x semeriah dulu..perit rasanya..baru beberapa hari mama bancuh FM before lil Airiel masuk tido malam..tgk dia lena compare sebelum nie..asyik merengek je..maybe bekalan dh menyusut..ye la umo pun dh bertambah..bekalan pun x seberapa..tapi ketagihan belom berjaya dikurangkan..pantang mama rehat compom selak n menyusu..

X kira la mama tgh dok kat komputer ker..dok kat sofa ke...sabo je la..x la menyusu lama..dapat sekejap pun jadi sebelum teruskan sesi bermain ngan Abg Aiman..apapun mama syukur sebab sukses BF lil Airiel..x tau sepenuhnya atau cam mana..yang pasti mama bangga dengan usaha mama...memang jadi kenangan terindah untuk diimbau bila saat mama memerlukannya...cess bahasa jiwang plak mama yea..

Buat mama lain, kenangan BF nie memang indah sangat..x sama cm kalo kita dapat barang kemas, handbag baru atau papepn..tapi definisi setiap wanita berbeza namun jika anda diberi peluang untuk menjadi seorang ibu, rebutlah peluang untuk menyusukan permata hati kalian..jika sekali langkah tersasar bukan bermakna selamanya sesat jalan..yang pasti cari sebanyak mana ilmu untuk menjayakan hasrat murni anda...

Macam mama..bukannya establish sangat..tapi mama bersyukur sebab diberi peluang untuk merasai kemanisan BF..mama pernah lalui saat getir, sindiran namun tetap ada manis dan kegembiraan yang mana membuatkan mama bertambah tabah untuk BF..buat moms di Kumpulan Ibu-Ibu Menyusukan (KIM's)..10q atas segala info di sana..buat kawan2 yang sudi jenguk blog mama..tenkiu gak..

Buat my asben yang menyokong usaha ku selama ini tq walaupun sebelum tu mcm meragui perjuanganku..buat Aiman mama minta maaf sebab x BF selama Airiel..Namun dirimu tetap menjadi kesayangan mama kerana hadirmu menyemarakkan cinta mama dan papa...Kenangan sepanjang membesarkan mu menjadikan kami parents yang lebih baik..Buat Airiel, semoga setiap titis susu mama yang mengisi perut kecilmu membuatkanmu menjadi anak yang menghormati mama n papa, anak yang cemerlang dunia akhirat, menyayangi kami..Mama sayang kedua-dua anak mama..x lupa sayang Papa juga..Muahhssssss

Monday, June 6, 2011

Ulang tahun pernikahan kami ke 8


Tanggal 5 Jun hadir lagi..syukur je hadrat Illahi atas kebahagiaan mahligai yang telah kami paksikan atas nama cinta dengan ikatan pernikahan..Pelbagai suka duka telah kami lalui sepanjang pernikahan ini..bohong jika dikatakan kami tidak pernah melalui zaman2 kesedihan..almaklumlah rambut sama hitam hati lain2..even tido sebantal..thee

Jika diimbas kembali, empunya diri yang menyunting mama tidak pernah mama lihat di sekolah..actually jejaka nie senior mama kat SMT Seri Iskandar, Bota, Perak..cuma jejaka nie course Elektrik Vokasional..puas mama remind mana satu le empunya diri..x pernah ketahuan...cm ari 2 jumpa balik senior2 mama kat Tiara Beach Resort PD sempena 2nd Reunion mama kenal gak rupa depa..tapi jejaka sorang nie mmg x pernah cam n terserempak..

Bila diimbas balik cam mana jejaka nie kenan ngan mama..katanya usha dr tangga dekat kelas PKA1..memang dr tangga 2 straight nampak gadis comel yang terpinggir 2..(mama le 2..)x pernah dpt sekepala ngan bdk2 lelaki kelas mama bahkan dicop sombong..almaklumlah mama nie asal Convent TI..memang mama nie tomboy tapi kat skool ayu2 g2..wakaka..mmg bdk kelas mama sorang pun x bley masyuk ngan mama..lagipun mama speaking english terbaikkk...selalu gak rujuk ngan cikgu kalo ada benda x paham..maybe depa x suka kot..cm mama suka nak menonjol diri...mmg zaman 2 mama x de memori terindah dlm kelas..

Berbalik kepada jejaka nie..rupanya usha mama dr tangga, bengkel, kantin..x lupa bila selisih..mama jalan x dongak atas..tengok lantai..nasib baik x langgar org..thee..last day bf jejaka nie exam SPMV..dtg kelas bawa bunga dari bengkel (ambik katanya)..bagi mama..but mama still x perasan cos masa 2 ramai sangat senior keliling meja mama..lagi menyampah bdk2 lelaki PKA1 sebab minah poyo nie senior kerumun..salah seorang 2 terselit le jejaka nie..

Sepanjang exam, dia rajin call mama dr public phone tepi surau 2..dengar suara tapi rupa x kenal..ada gak dihantar picture jejaka nie..tapi mama still x ingat..memang dah tertulis jodoh mama tetap dengan jejaka hitam manis nie..datang la yang encem macam mana..si dia tetap menjadi pilihan..ada sesuatu yang menarik tentang si dia yang tiada pada orang lain..sepanjang persahabatan kami, dia jujur n x hipokrit bahkan hanya mama sahaja teman di kalangan ladies..mmg kalo ditengok stail nyer bukan jenis peramah..pendiam ya amat but atlit...i like...

Tanggal 5 jun 2003 kami bergelar suami isteri hingga kini..kehadiran 2 hero yang encem n bijak menyemarakkan mahligai kami..tatkala badai melanda kami melaluinya dengan berhemah..tidak menunding jari pada kesalahan sesiapa namun cuba cari penyelesaian yang terbaik..kadngkala ego menguasai diri dan mama perlu mempertahankan kebenaran..namun syukur padamu Ya Allah kerana masih ada sinar untuk kami mempertahankan mahligai ini..

Sempena ulang tahun perkahwinan kami ke 8, kami raikan bersama anak2..aktiviti tahun ini..karaoke 3 jam di Red Box, Sogo..makan aiskrim Baskin Robin di Midvalley (almost 3 thn tunggu br dapat)..n bekpes @ Mcd...even pada sesetengah org too simple tapi mama enjoy n syukur masih diberi kesempatan untuk bergelar isteri MOHD ISWADI BIN MOHD YUSSOF..sesungguhnya mendapat isteri yang mencabar macam mama bukannya mudah..perlu banyak bersabar kerana x tau sampai bila mama begini..x pernah reti bahasa..theeee

LOVE U SO MUCH..doakan mahligai kami berkekalan hingga hujung nyawa dan diberkati selalu...

OUCHHHH!! BAYIKU MENGGIGIT...

Ramai ibu mengadu sering digigit bayi ketika menyusu dan hampir berputus asa utk meneruskan penyusuan eksklusif. bayi terutamanya yg baru sahaja memiliki gigi pertama cenderung menggigit puting ibunya ketika menyusu.Hal sedemikian dilakukannya bg mengurangkan rasa gatal dibhgn gusi. Bercerai susu bknlah jln penyelesaiannya.Jgn krn masalah kecil,kit...a tergamak memutuskan bekalan zat makanan yg penting utk pertumbuhan dan perkembangan otak simanja.



Reaksi ibu mestila sentiasa tenang.jika ibu menjerit atau menolak bayi ketika mengigit,dia mungkin akan merajuk dan tidak mahu menyusu lagi.Ini boleh menjadi penyebab dia bercerai susu selain menimbulkan trauma emosi kpdnya.

1. Alihkan bayi drpd payudara secara perlahan-lahan sambil berkata "jgnlah gigit mama sayang" atau "ibu sakitla".Walaupun ketika itu kita mungkin naik angin.
2. Lekapkan muka bayi kearah payudara.Ini merupakan salah satu cara.Kaedah begini secara automatik akan menyesakkannya.jika anda kerap melakukan langkah ini,lama kelamaan bayi akan faham jika dia menggigit dia akan dia akan mengalami perkara ini.
3. Ulangi langkah pertama dan kedua sekerap mungkin bg mbolehkan bayi faham dgn mesej yg ingin kita sampaikan.jika dia berterusan menangis,masukkan jari masukkan jari kelengkeng ibu bg membolehkannya menghisap jari ibu sblm menyuskannya sekali lagi.
4. Seharusnya diawal sesi penyusuan ibu sendiri perlu mengelakkan diri drpd gigitan bayi.Ini dpt dilakukan dgn mengenal pasti penyebab bayi menggigit.Adakah ia berlaku krn dia kecewakrn tidak memperolehi susu yg diingininya.
5. Diakhir penyusuan,sekali lagi dpt mengelak diri drpd digigit dgn mengetahui samada dia suka mengigit apabila sudah mengantuk krn kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas drpd mulutnya. Jadi,ibu perlu peka dan menghentikan penyusuan dr kebiasaanya.Namun,pastikan dia benar-benar sudah kenyang!
6. Pelajari cara dan gaya bayi menghisap. jika dia masih kecil fahamila,bahawa dia masih dlm proses pembelajaran utk menyusu dgn betul.Sebetulnya ibu sendiri perlu mberikan keselesaan kpdnya ketika menyusu.Betulkan posisi ketika menyusu.
7. Periksa dan teliti corak pernafasannya.Jika bayi anda selsema atau hidungnya tersumbat keadaan ini memberi kesan kpd cara dia menghisap dan boleh menyebabkannya menggigit.
8. Berikan bayi sesuatu yg boleh digigitnya sebelum dan diantara waktu menyusu.gunakan teether,mainan beku ataupun tuala kecil yg telah dibekukan.Kesemuanya sgt bagus utk digunakan sbg alternatif mengelakkan diri drpd terus digigit bayi.Alat-alat ini dpt memenuhi keperluannya yg ingin menyunyah sesuatu bg menghilangkan kegatalan gusinya.

Credit 2 Masmarissa...minta izin tepek..

Gejala tersedak susu

Gejala tersedak susu di kalangan bayi" kongsi untuk peringan kepada diri sendiri dan rakan rakan.... KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilapor...kan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak. Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian. Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. "Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. "Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan. "Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka. "Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia," jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini. Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul. "Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas. "Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi. "Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur," katanya. Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru. Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia. Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah. "Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa. "Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu. "Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang," katanya. Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi. Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian. "Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak. "Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama," katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba. Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan. Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap. "Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas. "Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi," katanya. Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air. Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan. Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan. Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka. Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak: > Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai. > Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak. > Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak. > Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan. > Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu. > Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring. > Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur. > Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci. > Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain. > Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya. > Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma. DI SAMPING TIU CUBALAH MENYUSUKAN BAYI ANDA SEPENUHNYA HINGGA 2 TAHUN YE..susu ibu adalah yang terbaik insya ALLAHLihat seterusnya..

Credit 2 Oleh: Nurul Hana Mohamed Khairi (minta izin tepek)..tq

Wednesday, June 1, 2011

Naluri seorang mama

Semalam 01 Jun 2011 hati mama x keruan..makan x bape nak..mood pun x ceria..mama ingatkan sebab lama sangat cuti ataupun bosan..rupa2nya ada benda x elok berlaku..Ya Allah memang benar bahawasa naluri ibu memang kuat jika ada berlaku sesuatu ke atas anaknya..

Namun mama x pedulikan keresahan tersebut..saat menjemput Abg Aiman n lil Airiel..my BS bgtau something happen kat lil Airiel tadi..sudah..suspen nie..mama tengok lil Airiel ok je..ceria n bersemangat cm selalu..Rupa2nyer tadi lil Airiel terbelit tali gitar mainan kat leher..Subhanaallah..Lindungi anak ku...

BS bgtau dia pun x perasan bila lil Airiel main gitar 2 sebab bf that BS bgtau lil Airiel tido then masa BS nak kemas2 mainan dekat lil Airiel memang ada gitar..bila nak kemas rupa2nyer tali penyangkut gitar dah terbelit kat leher lil Airiel..x tau dh bape lama..kondisi Airiel plak masih tido..BS try utk longgarkan lilitan tapi x berjaya..x lama mencuba alhamdulillah terbuka lilitan namun leher lil Airiel merah sebab lelasan tali yang kuat...

Lil Airiel plak masih tido even dh jadi cm 2..syukur x lemas sebab tercekik..alhamdulillah..BS minta maaf atas kejadian tersebut..mama terkedu n terkejut..x tau nak ckp apa..x kan nak marah gila2..cuma mama mohon BS perhatikan Airiel lebih sket cos dia memang lasak..pada hemat mama, Airiel yang sauk tali kat leher maybe x dpt buka balik dia terus sambung tido..ngantuk sangat le tu..

Syukur Ya Allah atas peluang nie..moga lepas nie mama mahupun BS lebih berhati2 n dijauhkan dari sebarang bencana..Moga peristiwa ini jadi pengajaran buat semua..