From:
transfusion2u
...
View Contact
To: nor hasidawati
Akak ada edit sikit tulisan nor tadi , akak paste kan di sini.Kalau rasa perlu diubah, jangan segan nak beritahu ye.
Terima kasih
Sebagai ibu bekerjaya dan berada di bidang penguatkuasaan sudah pasti saya terlibat dengan operasi malam. Sebagai ibu yang menyusukan anak ia sedikit sebanyak mencabar ketabahan saya .Namun saya telah buktikan walaupun saya bertugas di luar waktu pejabat namun sesi memerah tetap diteruskan.
Operasi malam selalunya bermula jam 6.00 ptg hingga 4.30 pagi.Saya biasanya memerah di R&R Plaza Tol samada di surau bahkan saya pernah mengepam di dalam tandas yang serba kekurangan.
Demi si kecil saya kuatkan semangat kerana tandas plaza tol kurang menyenangkan namun saya tetap meneruskan aktiviti memerah sambil menjaga kebersihan. Alhamdulillah...Semasa memerah susu di surau R&R seringkali saya ditegur oleh para petugas plaza tol bahkan kakitangan agensi lain yang turut sama berada di dalam surau.
Rata-rata memuji ketegaran saya mengepam dan memberi kata-kata semangat. Tiada alasan yang boleh membataskan kita untuk menyusukan anak meskipun kita bekerja di lapangan.
- NOR HASIDAWATI -
bangganya dengan usaha ida..cayalah...
ReplyDeletetq ayu...ida berjaya buktikan even kita keje luar boleh BF..cuma cabaran dia bertambah..pas 2 kita kena kuat semangat..rugi rasanya sebab x BF anak 1st dulu cm 2nd nie...papepun alhamdulillah sb diberi peluang utk BF nie..
ReplyDelete