Monday, April 18, 2011

Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)

tq intan azmira sb bagi link nie : http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Akupunktur_Hiperaktif_ADHD.html

Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)

Apakah "Hiperaktif " ADHD dan ADD?

ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi "hyper-active' adalah pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak.

Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan peningkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan dan kegagalan untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Antara simptom perubahan kimia yang sering di hadapi kanak-kanak ialah:

* mata memfokus terlalu cepat,
* badan kerap berpeluh,
* jari kaki dan tangan bergerak-gerak serta lutut meregang menyebabkan mereka kelihatan aktif dan tidak duduk diam.
* Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak bersikap aktif selain pengambilan gula yang berlebihan ialah faktor genetik ibu bapa, cuaca dan alam sekitar.

Antara ciri-ciri kanak-kanak "hyper-active" ialah kurang penumpuan iaitu:

* tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting.
* Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak memberi perhatian dan mengabaikan tugasan yang di berikan serta lebih suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain.
* Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang lebih besar, biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas.

Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mulai kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusan kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan, mengusik rakan dan perangai yang pelik di lakukan.

Apakah tanda-tanda ADHD

Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti:

* di rumah,
* di sekolah dan sebagainya



1. Hiperaktiviti

* Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk.
* Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
* Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok
* Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap
* Banyak bercakap
* Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.

2. Tempoh tumpuan yang singkat

* Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain
* Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas
* Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
* Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)
* Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)
* Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain
* Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.

3. Tingkah laku impulsif

* Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
* Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran
* Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
* Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

ntara langkah yang perlu di ambil untuk mengatasi masalah simptom ini ialah seperti di bawah:

Antara langkah lain yang perlu di ambil ialah :

- Jangan biarkan mereka bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang berusia lebih muda dari mereka.

- Jauhkan senjata atau alatan yang berbahaya dari mereka.

- Mereka perlu di beri lebih perhatian dan di ajar perkara yang perlu dan tidak seawal usia bagi memudahkan mereka membezakan perkara yang perlu dan tidak.

- Perlu menegur dengan cara yang betul dan tidak terus menghukum sekiranya mereka melakukan kesalahan.

- Jangan menyindir atau merendah-rendahkan mereka di hadapan orang lain.

- Penjagaan bahasa semasa bercakap di hadapan mereka adalah penting kerana mereka mudah meniru apa yang kita lakukan.

Lain-lain masalah Attention deficit disorder (ADD)

Attention deficit disorder (ADD) sering berlaku seiring dengan masalah-masalah yang lain. Kanak-kanak mungkin menunjukkan tingkah laku seperti membuat perangai, gangguan ketika tidur. Masalah-masalah tingkah laku yang lain yang berlaku dengan gangguan defisit perhatian (ADD) termasuk:

- menunjukkan kelakuan memberontak, yang kebanyakkannya berlaku pada kanak-kanak (suka bertengkar, menyakiti orang lain).

- Terdapat 25 peratus kanak-kanak melakukan kesalahan seperti menunjukkan sikap tidak baik. Sebagai contoh melakukan kesalahan mencuri, melanggar peraturan dan berbohong.

- Kesukaran dalam pembelajaran tertentu - termasuklah disleksia yang terdapat dalam 25-30 peratus kanak-kanak.

Gangguan-gangguan kerisauan terdapat dalam 30 peratus kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment