Tuesday, September 27, 2011

Lagi Info

from http://www.cdc.gov/ncbddd/autism/signs.html

Mama jumpa info nie yg dilink oleh kak Syahida..so mama tepek kat sini..so mama nk tanda yang mana ada pada Airiel :

Unusual Interests and Behaviors

Many people with an ASD have unusual interest or behaviors.

Examples of unusual interests and behaviors related to ASDs:

* Lines up toys or other objects
* Plays with toys the same way every time
* Likes parts of objects (e.g., wheels)
* Is very organized
* Gets upset by minor changes
* Has obsessive interests
* Has to follow certain routines
* Flaps hands, rocks body, or spins self in circles

Repetitive motions are actions repeated over and over again. They can involve one part of the body or the entire body or even an object or toy. For instance, people with an ASD might spend a lot of time repeatedly flapping their arms or rocking from side to side. They might repeatedly turn a light on and off or spin the wheels of a toy car. These types of activities are known as self-stimulation or “stimming.”

People with an ASD often thrive on routine. A change in the normal pattern of the day—like a stop on the way home from school—can be very upsetting to people with an ASD. They might “lose control” and have a “melt down” or tantrum, especially if in a strange place.

Some people with an ASD also may develop routines that might seem unusual or unnecessary. For example, a person might try to look in every window he or she walks by a building or might always want to watch a video from beginning to end, including the previews and the credits. Not being allowed to do these types of routines might cause severe frustration and tantrums.

Other Symptoms

Some people with an ASD have other symptoms. These might include:

* Hyperactivity (very active)
* Impulsivity (acting without thinking)
* Short attention span
* Aggression
* Causing self injury
* Temper tantrums
* Unusual eating and sleeping habits
* Unusual mood or emotional reactions
* Lack of fear or more fear than expected
* Unusual reactions to the way things sound, smell, taste, look, or feel selalunya bunyi blender..

People with an ASD might have unusual responses to touch, smell, sounds, sights, and taste, and feel. For example, they might over- or under-react to pain or to a loud noise. They might have abnormal eating habits. For instance, some people with an ASD limit their diet to only a few foods. Others might eat nonfood items like dirt or rocks (this is called pica). They might also have issues like chronic constipation or diarrhea.

People with an ASD might have odd sleeping habits. They also might have abnormal moods or emotional reactions. For instance, they might laugh or cry at unusual times or show no emotional response at times you would expect one. In addition, they might not be afraid of dangerous things, and they could be fearful of harmless objects or events.

Autisme

Info ini dari http://mutiarakata-ikaa.blogspot.com..utk info bersama

Autism Spektrum Disorder. Kenapa dipanggil spektrum? Ini kerana penyakit ini sangat banyak variasinya. Dari yang paling teruk ciri-cirinya hinggalah yang paling sedikit ciri-cirinya.

Diagnosis diberikan oleh pakar psikologi atau doktor psikiatri. Mereka akan buat penilaian khusus, melihat ciri-ciri yang menunjukkan simptom autism.

Antara simptom yang sering dilihat bagi kanak-kanak autism ialah:

1) Tak boleh bercakap / sangat sedikit percakapannya.

2) Masalah untuk bergaul. Suka bersendirian, bermenung, dan tak nak pandang orang lain.

3) Bermain dengan ganjil. Suka pusing tayar kereta mainan lama-lama, suka susun benda panjang-panjang dan pantang diusik, suka melihat kipas atau tombol pintu.

4) Cakap satu perkataan / frasa berulang-ulang. Contohnya "makan, makan, makan...."

5) Mempunyai gangguan sensori - sama ada sentuhan (sensitif apabila disentuh), pendengaran (tak tahan bunyi bising), penglihatan (tak boleh tengok benda bergerak laju) dan sebagainya.

5) Mengulang perkataan yang kita sebutkan kepadanya. Contohnya jika ibu berkata, 'Apa ni?' dia akan jawab, 'apa ni, apa ni, apa ni...'.

Kanak-kanak begini mestilah segera dibawa ke hospital. Beberapa perkhidmatan di hospital boleh membantu seperti:

* Terapi Pertuturan
* Terapi Cara kerja
* Psikiatri

Terapi pertuturan amat penting untuk membantu kanak-kanak autism berkomunikasi. Terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu komunikasi seperti:
- Verbal (pertuturan)
- Gaya isyarat sambil bercakap.
- Menunjukkan gambar

Pegawai Terapi Pertuturan akan membuat penilaian menyeluruh dan melihat potensi kanak-kanak untuk berkomunikasi.

Terdapat beberapa cara pengajaran yang sering dilihat membantu kanak-kanak autism.
1) Pengajaran secara terus.
2) Pengajaran berdasarkan aktiviti
3) Pengajaran berdasarkan persekitaran

Akhirnya temujanji dengan Pakar Paed Hospital Selayang

Jika reader masih ingat, mama pernah post tentang kerisauan berkenaan perilaku lil Airiel..tentang tantrum dia yang bagi mama melampau..so tanggal 27/09/2011 jam 9.00 am Airiel dibuat penilaian oleh Dr..sebelum itu, Airiel ditimbang berat dan diukur ketinggian..yang sedih misi tu boleh cakap 'Anak pun nie x hyper pun..mama pun tanya 'mengapa?hyper cm mana?''Hyper tu puan x reti dok diam, usik semua barang'..adakah misi tu x nampak perilaku Airiel di luar td? X dok diam n menyusur bawah semua bangku? Ye la maybe dia pakar..


Airiel @ Hospital Selayang

Airiel memang begitu..memang pada mulanya di suatu tempat dia akan tinjau dulu.kira cm survey le..n warming up..bukan terus2 terjah..sebab selalu dia akan ikut flow..lepas dia rasa selamat n selesa..baru lah dia memulakan aktiviti..compom x blh dok diam 1 tempat even sekejap..x pe lah kita dengar apa Dr nk ckp dulu..Airiel dapat no 1103..sementara menunggu, sempat juga dia minta susu..haus le tu round n sapu lantai..so mama g la nursing room..dalam tu ada 2 moms..sorang tgh BF anak (rasanya below 6mths) n sowang tgh tidokan anak..dh dok selesa..Airiel menyusu..bayangkan boy umo 2thn 7 bln menyusu..bukannya blh dok diam..tonggeng sana sini

Nasib baik menyusu duduk..theeee..so far mom yg BF tu mama tgk cm perhatikan mama aje..almaklumlah boboi boy besar masih BF..bangga ada tau dik..thee..lepas settle menyusu lil Airiel dok sibuk nak kuar..sabo le sayang..usah bising..ada baby nk tido..so mama laju le kuar..X lama nombor Airiel dipanggil..Mcm2 gelagat Airiel..kasut sebelah xmo pakai la..jalan pas tu duduk la..sabo je la..last2 mama bawa juga masuk sambil pakai sebelah je kasut..Papa yg bawa sebelah lagi..

Masuk dalam bilik pemeriksaan, nampak seorang Dr berbangsa Cina..manis je mukanya..Dr ckp lama sikit nak periksa..kena buat penilaian..kena jawab soalan..mcm2 le dia tanya..ada yang Yes ada yg No..lepas tu Dr suruh Airiel susun blok..tapi sebelum tu, Dr perhatikan perilaku Airiel..Airiel cam biasa menyusun melintang (straight)..so dia tanya samada memang Airiel menyusun cm tu..betoi ckp mama dan dia feveret menyusun barang n kemas elok2..

Mula2 Dr Airiel susun blok ikut sample yg Dr buat..so far dia follow..suruh susun tinggi2, bertingkat n bentuk L..yang kelako time bentuk L..punya le bijak anak mama nie..dia tambah je 1 kiub kat susunan L Dr tapi side yang lain..alahai..shortcut namanya tu..lepas tu Dr suruh Airiel sebut nama haiwan, benda, abjad, nombor dan kaler dalam buku kanak2..Airiel cam biasa la..ada dlm BM ada dalam BI..ada sebut CAT, ada sebut JAM..so far most of the objek dia dpt sebut..siap sebut abjad A lagi..cuma no mula2 betoi 1,2,3 pas tu jadi 7..theeee

Dr suruh gak dia letak kiub atas buku..alhamdulillah dia ikut arahan..suruh tunjuk mana monkey (tergantung kat dinding) n tiger (atas meja)laju dia tunjuk...then Dr buat pemeriksaan badan..ok katanya..birthmark? mama jawab x de..so far dia bagi full cooperation..dh lama, baru dia buat peel..keluar bilik..rupanya sblm msk dia dh usha playground kat tepi bilik tu..tapi x dpt g sebab berkunci so dia request le nak g sn..mama x tau apa jadi sebab mama dlm bilik Dr..

Dr bgtau mama perilaku Airiel yang mama rasa hyper tu sebenarnya tidak terlalu kritikal..kira cm normal cuma aktif n lasak jer..belum kategori hyperaktif..but Airiel ada mild autisme..AUTISME? apa tu? so mama minta Dr explain dan menurut Dr keadaan Airiel x kritikal..dia cuma suka susun objek secara melintang dan kadangkala tantrum dia ada mild autisme iaitu suka gigit..Airiel katanya boleh bercakap even x banyak patah perkataan sebab memang Airiel jenis x banyak mulut cam mama...tapi dia bercakap n kalo nak minta sesuatu dia akan sebut n tunjuk..

So appointment akan datang pada 31/01/2012..lama kan..maybe x kritikal n ramai lagi yg lebih perlukan perhatian..x pe janji ada follow up..bukan mudah mama nak terima jika benar Airiel ada masalah..bukan sebab x redha tapi takut mama x berusaha membantu dia..biar mama cari jalan untuk membantu, jika masih boleh dibantu dan Airiel sukses Alhamdulillah..mama x mo biarkan anak mama hanyut tanpa bantuan dan perhatian sewajarnya..

Balik sahaja opis, mama terus ke google untuk cari sebanyak mana info ttg Autisme..alhamdulillah..mama terjumpa blog nie http://warkahdarimama.blogspot.com...milik kak Syahida..anak beliau Abil mengalami Autisme..di sini beliau berkongsi pengalaman, cabaran, cara mengatasi bahkan info yang banyak memberi mama panduan..terima kasih kak atas kewujudan blog akak..jika dilihat ada sedikit yang sedang mama hadapi esp tantrum Airiel..akan mama cuba praktikkan utk Airiel..

Jika benar mama diuji begini..mama perlu tabah dan sentiasa kena aktif..pinjam ayat kak Syahida..anak yang aktif..mama perlu jadi aktif juga..theee

Monday, September 19, 2011

Jamuan raya opis 2011

Lokasi : Opis mama

Tarikh : 15hb September 2011 (Khamis)

Raya!!!!!!!!..akhirnya opis mama berjaya adakan jamuan raya..meraikan jiran2 sebangunan dan kawasan sekitar..x lupa kakitangan ler..mama tahun nie dapat task jaga dessert..mean pastikan stok mencukupi n cari penderma..alhamdulillah ada yg sudi potluck..mekacih kak zan hassan, kak zan nazir, kak yam n kak lela..serta semua yg sudi meriahkan stall dessert..mama plak tumpang sekaki le..buat kek choc moist mama..

So layan pics nie n x lupa mama karok ari tu...layan sekejap..thee


Sessi memotong agar2 with kak zan hassan


Mama n friends


mama n norita


Snap pic with our DG n staff opis

Sunday, September 18, 2011

Makan time...

X plan pun nk open house..so yg ni x blh dikira open house kot sebab ciput je..kira cm mini makan2..menu nyer setelah dibincang ngan mr asben..yg termampu dibuat..laksa penang ngan nasi impit plus kuah kacang n serunding..dessert mama buat agar2 santan..buah tembikai..air jus mangga..nama pun acara makan2 aje..

Date yang dipilih 17hn September dan masa dari jam 2 pm - 5pm..tapi boleh aje extend ikut kehadiran tetamu..jemputan x ramai..sekadar nak berbual2 n makan2..mama pun order le cake besday..1st time order n kena pickup sendiri di Putrajaya..nak redeem cake ngan kawan x dapat sebab dia tgh mabuk2..preggy 2nd n 3rd..dpt kembar le..

So far jemputan yang sudi hadir..my frenz from Convent TI..Rainani..x jumpa since 1995..then kawan asben Mr Wan..x lama tu my family arrived..then kawan asben Mr Amirku n family..ada gak Kak Nooridawati (jiran dekat aje), JAi n family, Diella n sepupu, jiran sebelah, kawan Asben Mr Loi, My Syawal n family..alhamdulillah semua berjalan ngan lancar..ada gak yg x dpt hadir..x pe maybe next time

So far Abg Aiman n Lil Airiel tetamu bagi duit raya gak..mekacih aunty n uncle..nanti mama masuk dlm akaun anak2 mama yea..tahun nie duit raya anak2 rm160/org..syukur ye sayang mama..buat my asben tq sebab sudi masak2 utk tetamu kita..memang terbaikk...pada tetamu yang hadir..maaf jika ada layanan n masakan kurang memuaskan..jangan serik jengah teratak mama yea..



Bekpes McD le pagi Jumaat...


My cake..order from fara @ putrajaya


with Rainani 1st guest yg sampai


with Diella yang semakin lawa


Acara potong cake with Abg Aiman n Airiel


Present from my sweet sis..

Tuesday, September 13, 2011

2 thn 7 bulan

Alhamdulillah mama syukur ke hadrat Illahi kerana hingga saat ini mama bisa menyusukan Airiel dengan susu badan meskipun hampir 4 bulan mama berhenti mengepam..masih rindu aktiviti rutin tapi x pe la..janji Airiel nak menyusu badan dh syukur..

Sebab dh reject EBM so sepanjang di rumah pengasuh Airiel minum susu formula..namun bila ngan mama..boleh dikira bape kali minta minum susu botol..selalunya cap gantung le..x tau le banyak lagi@x..x merasa nak penuh cam dulu..bila Airiel tengah menyusu cm biasa mama suruh dia buka mulut nak tgk ada ke x...subhanaallah, masih ada..kalo dipicit mercik kuar...even mama dah stop mengepam...

Airiel plak skang dh x bape lama nak menyusu..maybe sebab kenyang even x makan pape..makan macam2 le tu..kalo feveret banyak makan even nasi ngan kicap aje..sabo je la..bercakap pun dah semakin jelas..mulut pun dah cakap macam2 cuma ngan family je la..kalo org luar sepatah nak dengar pun susah..ada berlian dalam mulut kot..actually ikut peel papa yang berat mulut..kalo ikut mama cm bateri x abis2..thee..kelasakan still ada..27hb nie appointment kat paed selayang..harap x de apa2..cuma mama nak kepastian tahap kelasakan Airiel aje..

So far tahun nie, mama tgk majoriti yang bersalin dpt anak pompuan..jeles ler plak..rugi pun ada..tapi nak melalui zaman hamil semula tu belum cukup stamina lagi..cm best le plak rileks sket..ada ke cm tu..pemalas betoi mama...theee

13hb Sept ari tu mama bawa Abg Aiman g KK Tang Lin..tetiba badan naik ruam2 ngan gatal2..kecian ma tengok..maybe sebab makan kerang kot..mama hari sabtu msk kuewtiaw kerang..kawan nak dtg katanya..tapi x dtg..pe lagi Abg Aiman makan le puas2..tapi naik gatal hari Ahad..time mama sekeluarga g jogging kat TTDI..tergaru2 mama tengok..Isnin g skool badan gatal..kesian anak mama..

Nasib baik minggu nie SK sekolah Isnin je..sebab hari lain Tahun 1,2,3 cuti..SRA je abg Aiman kena g..tp semalam g klinik x g le dia..follow mama pergi opis..bagi le peluang..LAgi satu cite mama nak share pasal FB..dah lama abg Aiman request nak akaun FB so akhirnya mama setuju buatkan tapi usernama n password compom mama tahu..alang2 buat abg Aiman..buatkan sekali Airiel punya..kelako betoi..mana le reti Airiel FB nie..theee

Esok 15hb opis mama buat jamuan hari raya..mama kena jadi ketua himpunkan dessert..nasib baik ada yg sudi nak sponsor..tukang potong aje le mama...theee..

Monday, September 5, 2011

@Zoo Negara 5 Syawal...

Seperti yang mama janjikan ngan abg Aiman..kalo berjaya posa 30hari..mama bawa g zoo even dh banyak kali dia g sana..x pe..nk bawa Airiel yang x pernah g gak..apa lagi teruja la si kecik mama..mama2x..elephant/tiger/fish..alahai...layan je la

Kami tiba around 11am, so x dpt tgk 1st Animal Show..x pe le..mama bawa g pusing tengok haiwan je la..mula2 teruja langkah Airiel..1st time le katakan..lelama energy susut..xmo jalan dah..sabo je la..so papa decide naik tram plak..tiket adult rm20 child x silap rm 9..Airiel free..Boleh tahan la org dalam zoo tapi masih awal lagi..masa mama datang parking x bape penuh lagi..boleh le pilih parking cuma yg dekat dh full..

TAg mama lil Airiel nak pakai...sabo je la..so masa msk tangan Airiel le kena scan..bulat mata dia masa tengok haiwan..mama plak lapo sebab td bekpes biskut raya je..alahai..nasib baik ada air mineral..jadi le..skang nie Airiel dh jarang nak NIP..selalunya BF dalam kete aje..maybe dh cerdik..namun kalo haus sangat n gian datang NIP gak le..so sepanjang dlm zoo dia x minta pun..minum air je banyak..penat jelajah le tu..

Menjelang tengahari perut dh kuar irama keroncong..mama ingat nak makan chicken tapi papa request nak makan nasi..layan je la..almost RM50 gak makan..x pe..makan jgn x makan..nasib baik nasi goreng dia sedap..berbaloi le..settle makan papa ckp sakit kepala le plak..sabo je la..so x dpt le tengok Animal Show jam 3 pm..cian Aiman..sowi ye sayang..next ada rezeki kita dtg lagi..

Airiel plak dh x ambik port sebab dia dh penat n mengantuk....peel dia x suka pakai kasut..so jalan le x pakai kasut..sebab jalan panas, mama kesian plak so dukung le..jenuh..sampai kete je..tgk parking full..dalam perjalanan nk balik, Airiel dh terhoyong hayang..layan mata ngantuk..tgh dok duduk blh lelap mata..penat bebeno tu..Abg Aiman pun sama le..msk kete tido..kalo kat umah..x de makna nyer..susah nak suruh tido..

PApepun enjoy ari nie..bawa anak jenjalan..Esok nak g umah mak di Shah Alam beraya..dh bising tu..lepas cik asben training mengayuh beskal le gayanyer...almaklumler, awal bulan 10 asben join jamboree ECC kat Melaka..turn mama 16 Oct OCBC Bike @ DAtaran Merdeka..kena training gak nie..kalo x mengah..raya dh makan sakan nie..badan cm naik je..x blh jadi...

So Isnin start keje..insyaallah mama nak posa ganti plus sunat ler..dh 2 thn posa penuh 30hari...tahun nie bocor le plak..theee..Yang pasti dalam kesedihan ada kegembiraan buat mama..Syukur Ya Allah..


Airiel yang x reti takut


Pose kat Akuarium...ikan besau tu..


Mama, Airiel n mr Elephant


Hero mama yang penakut, Abg Aiman..


Best mama...Airiel2x..Abg Aiman..muka control encem


Pose lagi

Belek2 tengok nampak chubby le plak dlm pic..sebab outfit@sebab diri sendiri..waaaaa..kena slim balik nie...rugi2...

Alhamdulillah selamat mama lalui...



Akhirnya pertembungan pendapat tentang syawal hampir setiap tahun telah mama akhirinya dengan kesabaran..mama beralah demi anak..mula2 dikhabarkan 2 Syawal akan kembali ke ibu kota..namun akhirnya kembali ke rumah pada 4 Syawal..redha sajelah..malas nak dipanjangkan cerita..biarlah anak2 gembira..

PAgi Syawal, mama teruja n gembira tengok kaletah anak2 mama pakai baju Melayu..tahun nie theme biru..mula2 hijau tv9..last minute cik asben tukar..x pe la..hajat nak g solat raya, pepagi Airiel dh mengamuk so x dpt le join..untuk elak pertembungan mama dok luar sambil sapu sampah n perhatikan Airiel...lamanye cik asben balik..lom balik solat raya jiran belakang umah dh menjengah..mama masih di luar, x ambik tahu..MIL ada dalam so pandai2 le..takut x kena kang ada yg berbunyi..


Abg Aiman ngan sepupu


Airiel berbaju melayu

x lama asben balik..almaklum le tugasan biasa belikan ais batu..tunggu gak bila nak salam raya..cm biasa kelam kabut, x teratur..tengok je la..but mama, asben ngan anak2 dok elok2 dalam bilik salam raya..mama memang dh minta cik asben buat cm tu lepas thn ke 2 kami kawin..pelik tgk family MIL punya susunan yg x sama ngan family mama..selalu family mama akan makan sama2 n salam sebelum abah n adik2 g solat raya..yang nie terbalik..so mama xmo ikut...

BAb nie memang tiap2 tahun syahdu..almaklumle..mama nie kan isteri yang selalu x dengar kata..banyak dosa tu..tapi harus difikirkan sebab apa..bukan sebab x jaga makan pakai asben n anak2..curang@apa..sebab tooootttttt...memang mama x blh terima sampai skang bila nak ke sana...berat hati n takut menanti apa yg berlaku..namun itu namanya dugaan berumahtangga..yang kena selalu bersabar..family yang kami bina jauh lagi perjalanannya..yang menyayat hati tu x tau bertahan sampai bila...

Sesi salam raya berlaku pantas tetapi hambar..mama cm biasa ayat standard..x de la syahdu bagai..lega rasanya..boleh le langkah nie beraya kuar..cepat le..destinasi cm biasa le..umah mak n bapak sedara belah asben..ikut aje le...sampai ke petang n seperti dijangkakan, panggilan pulau tanya bila nak balik tetap ada..alahai....2nd raya mama dh mohon papa bawa mama balik kg mama kejap..nak jumpa family belah mama..jadi le even x lama..siap ada pesanan penaja balik semula ke umah MIL..ermmm

Apa yang terjadi sepanjang Syawal kali ini, mama mohon ke hadrat Illahi akan dijauhkan dari dilakukan oleh mama..namun kali ini, mama lebih tenang meskipun ada tercuit rasa..biarkanlah...senyuman di bibir anak2 lebih menggembirakan hati berbanding kata2 menyayat hati...Sempat juga kali ini mama ziarah atuk, opah dan bapa saudara di kg..x lupa abah yang setahun sekali mama jumpa..maafkan mama yea semua..


Akhirnya dapat kumpulkan semua even adik mama x de...

Terasa kemeriahan beraya di samping keluarga sendiri..almaklumlah ibu bapa mama bercerai..jadi hampir 3thn mama x dpt kumpul cm selalu...rindu sesangat..namun ketentuan Allah mama x dapat nak halang..maybe ada hikmah di sebalik semuanya...namun balik kg MIL kali nie mama bijak sedikit..kehantuan bertambah..kah2..janji hati x sakit..apa yg tersirat di hati MIL terpulang la..lahiriah mungkin x terluah namun dari segi gaya compom dpt agak..mama x bisa membohongi diri..8thn mama tanggung..tapi biarlah...cm yg mak mama pesan hormatilah dia sbg org tua kalo x blh sayang dia..oraite le tu..

Lil Airiel balik kg asyik main pasir...sabo je la..Abg Aiman plak berkepit ngan sepupu dia..pun sabo je la..nasib baik cik asben x jauh ke mana2 even ada gak merayap kuar lama..eeee, geram...tapi like usual, mama jauhkan dr berdua ngan MIL..baik layan anak main pasir..compom le banyak duit sekupang nanti..theee...

Alhamdulillah, cik asben ari2 bawa mama kuar g beraya so x lama ada di rumah..sebab kesian, mama siapkan gak isi balang2 kuih ngan biskut raya, susun gelas ngan cik asben buat air..mama bukannya kejam sgt...masih boleh sabo..lepas 2 mama sekeluarga g la beraya..

4 raya...Sempat gak bawa anak2 merasa mandi laut kat Teluk Batik..1st time anak2 g..mama x bape suka laut..sebab kena mandi semula n sun burn...cm le putih bebeno ek..theee..apapun mama merasa gak ronda naik bot ngan SIL n BIL plus anak buah asben..Aiman n Airiel pun join sekaki..jadi le sebab x merendam badan..so mlm tido umah SIL kat Manjung..Jumaat singgah jap pekan Lumut, membeli ole2..baju sehelai utk adik tersayang (direquest)..baju mama n anak2..papa xmo...x lupa makanan2 laut tu..puas makan...


Puas ek sayang...


Amboi anak mama..kena tanam...


7thn baru dapat mandi laut..


@MArina Island, New jetty to Pangkor


Lepas ronda naik bot


Ambik side pose gak..thee


Ngan anak sedara asben


Mekacih kerana masih sudi menerima mama seadanya..

Perjalanan kembali ke KL alhamdulillah selamat..jalan pun x bape jem..sempat gak singgah Sekinchan..jengah baby gegel..wife kwn asben br bersalin..apa lagi, mama promote le BF..so far ma tgk dia BF anak cuma x buat stok so mama sarankan dia pum buat ebm..dia nak gak slim cam mama (ehhh, mama slim ek)...so mama ckp kena BF..theee..asben dia nak wife dia slim cm Lisa Surihani..ada ke patut..apapun mama ada bg tips utk jayakan BF..siap pesan kalo nak tanya pape sms je..tapi from asben dia ke asben mama le....mama doakan dia BF anak dia..terbaik g2..nikmatnya Allah je yang tahu...

Sampai sekarang mama masih rindu nak mengepam..cuma dapat extend BF je..alhamdulillah...Yang penting both of us enjoy!!!!..