Sekadar meluah apa yang dah mama lalui 1 minggu lepas..terima berita yang agak menggusarkan melibatkan lil Airiel..hati seorang ibu terus rasa sebak..mama segera mencari cara penyelesaian untuk elakkan perkara yang tidak elok berlarutan..Ceritanya begini...
Atas dasar percaya pada seorang rakan yang dikenali atas dasar teman lama dan satu sekolah mama diberitakan bahawa lil Airiel menghidap ADHD...Terkesima mama dengar..seperti yang pernah mama tepek info, ADHD membuatkan kanak2 jadi hyperaktif..namun lil Airiel x la seteruk itu..just kategori kanak2 lasak jer..mama segera bgtau my asben n setelah difikirkan kami decide bawa lil Airiel jumpa kawan mama utk diubati..
Pada tarikh dan waktu yang dijanjikan mama sekeluarga pergi ke lokasi tersebut..memang x jauh dr umah kami..dengan hati berdebar2 kami ke premis yang dinyatakan..terasa pelik menyelinap di hati..tiada sebarang signage perihal premis tersebut..berkali2 bertanya kesahihan..setelah seketika kami masuk dan kelihatan member mama sedang memberi kuliah di hadapan segelintir orang..kami disapa oleh isteri beliau (?)..terus diajak ke bilik belakang..
Proses pengubatan bermula..just lengan mama disentuh dan diberitahu masalah yang berlaku...terperanjat, terkejut, sedih bercampur baur..mata mama n papa bertentangan..seteruk itu masalah yang menimpa anak kami? Hal2 yang melibatkan unsur2 yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera bahkan berpunca dr keluarga mama..sebak n sedih..kami diminta buat solat hajat, mandikan lil Airiel selama 3 hari berturut2 untuk membuang pancaran negatif..
Yang agak mengejutkan kami diminta menjelaskan SEDEKAH sebanyak RM250.00..semahal itu? Kami hanya diberikan sebotol minyak zaitun yang dikatakan mengandungi aura positif..semudah itu dan perlu update perkembangan lil Airiel 2 hari sekali tru sms agar pancaran dapat dilakukan..otak mama ligat berfikir kesahihan keterangan tersebut...Yang jadi kemusykilan papa dengan mudah bayar RM250 sedangkan selalunya dia jenis x mudah kuar duit tanpa sebab munasabah..pelik kan seolah2 kena pukau..BAhkan kami diberi 1 resit bukti pembayaran utk tujuan pengecualian cukai? Bahkan rawatan secara pancaran akan dilakukan oleh isteri teman selama sebulan dan rawatan susulan selepas itu...
Selepas rawatan kami pulang ke rumah dengan hati penuh persoalan..nampak perubahan emosi papa..mungkin papa salahkan family mama atas apa yang berlaku..Subhanallah..Mama tenung wajah mulus lil Airiel yang masih menyusu mama dengan rasa sebak di dada...MAsing2 diam seribu bahasa mencari jalan keluar..
MAma perlu kepastian dr mak tanpa lengah..setelah berfikir masak2 mama bertanya dengan mak perihal masalah tersebut..setelah diceritakan apa yang menimpa lil Airiel..bahkan kaedah perubatan yang kami pergi..mak x marah bahkan mengakui bahawa memang benar kami ada (?) but dia just pelindung keturunan bukan mengganggu..mak mama segera nasihatkan mama agar x guna minyak yang digunakan kerana takut ada anasir lain..minyak tersebut perlu diminum oleh lil Airiel..
1hb Mei 2011, mama sekeluarga bersama mak n ayah segera ke rumah datuk sedara mama di Sementa, Kapar untuk pengesahan kesahihan maklumat tersebut..Datuk mama bgtau semuanya bukan berpunca dr family mama..benda nie dr luar mengganggu lil Airiel..bahkan menasihati mama agar x mudah percaya ngan pengubatan yang x diterima akal..alhamdulillah katanya mama belum sampai tahap ditipu hingga hilang ke semuanya..jangan lihat org bertudung labuh, memakai alim x berniat serong..bukan serkap jarang tapi bila difikirkan sampai hati mama diperlakukan begini..
Alhamdulillah, lil Airiel segera datuk mama pulihkan..azan dan iqamat dan beberapa kaedah yang mama boleh terima..bahkan minyak tersebut perlu mama serah kpd datuk seberapa segera..papa g labuan 2 - 5 Mei so lepas 2 br mama g jumpa atuk balik..
Pengajaran yang mama perolehi..rujuk dulu orang tua sebelum buat tindakan yang kadangkala menyebabkan kita ditipu..jangan mudah percaya ngan kata2 org yang kita rasa kenal sebab manusia rambut hitam tapi hati Allah je yang tahu..Doakan semua ye kawan2 lil Airiel sihat sepenuhnya dr gangguan tersebut...Apapun berlaku mama, papa n Abg Aiman tetap sayang lil Airiel..dengan izin Allah semua akan selesai...Insyaallah....
No comments:
Post a Comment