Tinta Untuk GA-Dilla Jalil
Kelahiran terdahulu membuatkan mama bertambah bersedia menunggu detik kelahiran..Bahkan mama menjarakkan kehamilan baru selama 5 tahun bagi membolehkan mama bersedia menerima kehadiran permata hati..Bahkan Doktor menjangkakan mama bisa melahirkan secara normal..Alhamdulillah sebab kelahiran Mohd Aiman Haimal dahulu melalui pembedahan...
Jika diikut tarikh jangkaan, mama bakal melahirkan permata hati kedua pada 21hb Februari 2009..namun tanggal 14 Februari bermula dari waktu subuh mama mula terasa kontraksi dan turun tanda..Kali ini mama turun tanda air tak sama macam tanda anak pertama iaitu darah..bahkan papa sempat pergi bermain badminton pada waktu pagi dan pulang tengahari..itupun setelah dimarahi oleh kawan-kawannya kerana membiarkan mama yang sudah turun tanda di rumah..
Yang agak menggelikan hati, sakit mama datang sekejap-sekejap sahaja..mama masih boleh menyediakan sarapan untuk Aiman, mengemas rumah, melipat kain, menyidai kain..cuma mama terasa air melekit turun dengan banyak meskipun telah menukar kain batik banyak kali..tak silap mama air tu melekit semacam je...Mama segera telefon adik mama untuk menjaga Aiman sepanjang mama pergi ke Hospital Selayang nanti..sementara itu, mama titipkan Aiman di rumah pengasuh sementara menunggu adik datang..
Selepas papa pulang dari bermain badminton, mama bersiap sedia nak pergi ke Hospital..sebelum sampai, mama sempat minta papa singgah belikan cendol..minum puas-puas dalam kereta..sampai sahaja di hospital mama terus ke dewan bersalin..sebenarnya mama dah biasa sampai sebab selalu datang untuk ambil darah 4 kali/hari..bila jururawat tanya sakit berapa lama, mama bagitau baru je...almaklumlah takut kena marah sebab lengah-lengah pergi..Sebenarnya bila difikirkan mama membahayakan diri dan kandungan kerana bleh menyebabkan baby lemas..
Mama tak mahu pergi awal sangat sebab confirm kena seluk bagai..x suka..dah pernah merasai sengsara diseluk lebih 10 orang...bila masuk dalam, Doktor bertugas laksanakan tugas la..menyeluk..sabar je la..baru buka 4cm..tapi selepas disoal siasat oleh Doktor, mama memang ada masalah ketika bersalin maka dengan segera Doktor semak semula sejarah perubatan..Alhamdulillah masih ada rekod 5 tahun lepas...
Berdasarkan rekod perubatan mama, mama dinasihatkan agar melahirkan secara pembedahan juga kerana tulang pelvis mama sempit walaupun bukaan 10cm kelak..sudah semestinya kelahiran secara normal tidak akan berjaya..Doktor menyatakan jika berjaya mungkin bayi akan mengalami patah tulang bahu kerana paksaan ketika proses kelahiran...Ya Allah..selamatkanlah kami...
Setelah berbincang dengan papa, mama menandatangani borang keizinan untuk menjalani pembedahan...Sekali lagi mama melalui proses yang sama..Semoga kelahiran kali ini yang juga melalui pembedahan dipermudahkan oleh Allah..Tepat jam 4.59 petang, 14 Februari 2009 (Sabtu) permata hati yang mama nantikan selamat menghirup udara dengan izin Allah dengan berat 3.84kg..alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..
Memang kelahiran kali ini berbeza dari dahulu kerana dahulu mama menanggung kesakitan lebih 24jam..dibiarkan dahulu bersalin normal..bukaan 10cm dan pelbagai kaedah digunakan untuk membantu kelahiran namun gagal..cuma mama tidak sempat melalui kesakitan dibantu bukaan dibawah jika tidak dua-dua mama sakit...tidak luput dari ingatan trauma kelahiran dahulu..namun kenangan indah mama bagi kelahiran kali ini, selepas sedar dari bius, mama berjaya menyusukan permata hati dengan titisan susu ibu yang pertama..Perasaan gembira hingga menitiskan air mata..Syukur ya Allah..
Oleh kerana ini kali kedua mama menjalani proses kelahiran melalui pembedahan maka mama sudah tahu sedikit sebanyak kesakitan yang bakal ditanggung dan bagaimana nak menguruskan diri serta anak..Namun ucapan terima kasih tak terhingga buat suami yang menjaga mama sepenuhnya tanpa bantuan sesiapa..Bahkan luka mama terbuka sedikit kerana pergerakan yang tidak teratur..namun kenangan sewaktu bersalin tetap tersemat di sanubari mama..Kelahiran Mohamad Airiel Hafiqie menjadikan mama seorang ibu yang berjaya menyusukan anak dengan Susu Ibu sehingga 2 tahun malah masih meneruskan penyusuan hingga kini..
alahai..bukaan terbuka tu yg buat dilla rasa nak pengsan!!adoiii sakitnye!!
ReplyDeletedilla contraction 14jam, heheee
br dpt komen..thee..cm ida bukaan je 10cm tapi x dpt tru pun...syukur kalo idak dua2 kena jahit..sengsara..
ReplyDelete