Monday, June 13, 2011

Cara2 Disiplin Anak Yang Harus Dielakan.

oleh Ibubapa Cemerlang pada pada 09hb Mei 2011 pukul 3.05 ptg

Seringkali ibubapa beranggapan bahawa anaknya memiliki masalah disekolah kerana anaknya memang nakal. Namun sebenarnya, jarang sekali ada anak yang ingin menjadi nakal atau membuat masalah jika tidak disebabkan oleh hal lain terlebih dahulu. Hal-hal biasa berasal dari berbagai pihak: guru, teman, pelajaran, dan ibubapa sendiri. Sementara faktor-faktor yang lain tidak mampu kita kendalikan, faktor yang terakhir - kita sendiri sebagai ibubapa - adalah yang paling berpengaruh dan kita dapat melakukan sesuatu untuk mengubahnya. Banyak kes di mana anak mencari atau membuat masalah di sekolahnya kerana kurangnya perhatian dan penghargaan dari ibubapa.



Cara2 disiplin yang patut dielakan :



Menerapkan disiplin yang keras.

Nilai prestasi yang mereka capai di sekolah, lalu menerapkan disiplin yang tegas agar anak dapat ‘dipantau' kegiatan belajarnya dan memperoleh keputusan yang baik.

Membebani anak dengan kelas2 yang tidak mereka inginkan.

Ibubapa tidak puas atas apa yang dicapai oleh anak, lalu menambahkan berbagai kelas mata pelajaran dan kelas seni seperti piano, balet/ tari, les gambar, dan lain-lain. Mereka berharap dengan memberikan anak mereka berbagai macam kelas tersebut, anak mereka akan lebih pandai, tanpa menyadari betapa berat beban yang ditanggung anak-anak dalam mengerjakan semuanya itu.


Membanding-bandingkan anaknya dengan anak lain.


Ibubapa melakukan ini dengan harapan anaknya akan bersemangat untuk menjadi lebih baik, tanpa menyedari bahawa hati anak terluka kerana merasa tidak diinginkan.

Berfokus pada kesalahan anak.

Hal ini biasa disebabkan kerana ibubapa memiliki harapan bahawa anaknya akan selalu menjadi anak yang baik, yang sempurna, sehingga kesalahan kecil anak membuat ibubapa menjadi marah.

Membuatkan keputusan untuk anak walaupun mereka sudah mampu memilih.

Dengan melakukan hal ini ibubapa menunjukkan rasa tidak percaya bahawa anak mampu membuat keputusan, dan tidak melatih anak untuk bertanggung jawab atas pilihannya sendiri. Anak akan merasa bahawa suaranya tidak penting untuk didengar, dan haknya sebagai individu dihadkan.

Tidak mengucapkan penghargaan.

Ketika anak melakukan sesuatu yang baik, ibubapa menganggap bahawa hal itu harus atau sudah sewajarnya dilakukan anak, sehingga tidak ada pujian untuk anak.



[Ibubapa Cemerlang]

2 comments:

  1. Interesting points highlighted in what you think is the best way to bring up a child. There is also a debate going on the same topic over here https://www.facebook.com/FrisoGrowingUpTogether?sk=app_14167664298, worth checking out :)

    ReplyDelete
  2. tq Jenny..yesterday watching Sazzy Falak talk about Miracle@Friso...

    ReplyDelete