Monday, June 13, 2011

Cara2 Disiplin/Tangani Kenakalan Anak Kecil.

oleh Ibubapa Cemerlang pada pada 13hb Mei 2011 pukul 11.08 ptg

Nakal, cergas, lincah dan tidak boleh duduk diam antara sifat semula jadi kanak-kanak,namun DISIPLIN perlu untuk pembentukan keperibadian anak itu. Ibu bapa perlu tegas untuk melaksanakan disiplin, namun bukan bererti seperti seorang komandan memberi perintah kepada anak buahya.

Kenakalan anak sebenarnya boleh menjadi petanda mereka memerlukan perhatian ibu bapa, tetapi kelakuan dan kerenah anak kerap menyebabkan ibu bapa hilang sabar serta mungkin jadi ringan tangan untuk menghentikan kelakuan anak yang dianggap nakal itu.

Denda memang boleh menghentikan kenakalan, tetapi perlu ada batasannya kerana ia biasanya mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini kerana anak mungkin menunjukkan reaksi emosi negatif, melawan atau mengelak berinteraksi dengan ibu bapa.



cara2 disiplin



1. Membuat peraturan di rumah. Peraturan ini perlu dipatuhi semua orang, termasuk ibu bapa.



2. Jika ibu tengah marah, kira sampai 20 dan tarik nafas panjang-panjang atau jauhkan diri daripada anak selama lima minit untuk meredakan kemarahan. Elakkan menengking anak kerana ia juga termasuk dalam perlakuan agresif dan boleh menyebabkan perasaan anak tersinggung. Anak akan belajar bahawa dia juga boleh menengking orang lain (termasuk ibu bapanya) apabila marah.



3. Jika anak melakukan kesalahan, beritahu kesalahannya dan cara betul supaya kesalahan sama tidak diulang.Jangan sekali-kali memukul anak dalam keadaan marah. Ketika marah, kita mempunyai tenaga kuat dan pukulan anda mungkin melukakan si kecil. Memukul anak ketika marah secara tidak langsung memberitahu bahawa mereka juga boleh melakukan perkara sama kepada kawan apabila marah.



4. Beri masa untuk anak berubah. Jangan harapkan anak berubah sekelip mata. Jika anak nakal, Keluarkan dia daripada aktiviti keluarga untuk tempoh tertentu. Kaedah ini boleh dilakukan bagi kanak-kanak berumur antara empat hingga sembilan tahun. Bagi kanak-kanak lebih besar (10 tahun ke atas) mereka boleh dibawa berbincang.



konsep time out



Terangkan time out tu apa,[ kena letak kat satu sudut atau org panggil 'naughty corner']. kalau anak tak pergi jugak ke naughty corner, ibu atau bapa perlu angkat anak itu kesana. Tempoh time out bergantung kepada umur anak, 3 min unt 3 thn, 4 min unt 4 thn dan seterusnya. Naughty corner boleh dibuat seperti sudut sunyi atau pun kerusi yg di letak jauh sedikit dari tempat kita duduk menghala ke dinding.

Konsep time out ni boleh dilaksanakan pada anak kecil sehingga 6 - 7 thn. Anak yang dah besar, umur 8 tahun keatas, biasanya kalau time out, disuruh masuk dlm bilik serta di larang menonton tv dan bercomputer.

Pakar psikologi berpendapat, kelakuan anak adalah cermin kepada kelakuan ibu bapanya. Jika anak mula menunjukkan perlakuan negatif, jangan cepat menghukum mereka, sebaliknya kaji tindak tanduk anda sebagai ibu bapa dan bagaimana ia mempengaruhi tingkah laku anak.



Walau apapun bentuk disiplin yang kita lakukan, kesederhanan amat diperlukan. Pakar psikologi berpendapat, kelakuan anak adalah cermin kepada kelakuan ibu bapanya. Jika anak mula menunjukkan perlakuan negatif, jangan cepat menghukum mereka, sebaliknya kaji tindak tanduk anda sebagai ibu bapa dan bagaimana ia mempengaruhi tingkah laku anak. Menurut Penyelidik Pusat Kanak-kanak, Dr Gina Green, berkata cara terbaik untuk mengurangkan kenakalan ialah dengan ibubapa sendiri mempamerkan tingkah laku positif.

No comments:

Post a Comment