Sunday, March 13, 2011

Ce cite...

PAGI-PAGI

Subuh2 tadi papa dh kuar g mengayuh ngan member beskal dia kat Tg Malim, Perak..so mama pun buat la aktiviti mengemas umah...mcm dibuatnye..almaklumlah lama x kemas 100%..selalunya ala kadar je...sebab x sempat buat bekpes..mama order McD tru delivery for bekpes..apa lagi suka la Aiman...pkl 11 lbh br la mamat Mcd sampai..lapo giler tapi mama order 10.45pg..kui2..igt nk masak tapi maleh le plak..

So far ok gak McD tu..mama order Big Bekpes..for me n Aiman..Airiel punya hotcake je..tupun x abis..susah betoi skunk lil ones nie nak makan..x tau ngape..lepas bekpes, mama kemas dapur plak...x lupa basuh baju skool Aiman..maklumlah kena berus manual..kalo msk mesin compom x bape bersih sebab tang kaki ngan kolar tengkuk kotor tahap gaban...

Pukul 3 lebih papa balik dr mengayuh..mama dh tired sangat..so lelap mata jap..nk cas energy sebelum ronda Sogo...papa janji nk bw sebab ganti balik time dia g beskal..ala owg ada beskal baru..menyampah...rega beskal pun 2k++..ade ke patut..saja la mama tanya soklan cepu emas..pilih beskal@mama..jeng2..mesti le mama..kalo idak mama bakar beskal papa..kui3

@SOGO

Punya la ramai manusia kat sogo ari nie..mama cadang nk cuci mata je..tapi bila dh naik floor kids..kena la beli baju anak2..lama dh x berganti..cian depa..x lupa gak mama beli cadar utk bungkus tilam yang togel..almaklumlah br angkut katil ngan sofa from our sweet home @saujana putra...



My hasil



For Airiel


TIKA MALAM MENJELMA

Malam plak papa bawa g makan ayam penyet kat Bolton, Batu Caves...1st time makan..erm sedap gak..mama order set ayam penyet, bakso n air vanilla..papa tambah sup ekor air cm biasa le kopi...tapi yg x tahan sambal dia pedas sangat...thee..bakso mmg sedap gile..air vanilla siap ada cm sagu tapi x tau apa sebenarnya...Sebelum menu datang, mama snap le gambo..gn hp je..




My asben n Aiman



Me n my lil Airiel



Air dh datang...Peluk sket



Our order 2nite

Bila kenyang mata pun dh mengantuk...balik umah rehat then zzzzzzzzz.thee

Friday, March 11, 2011

Setelah 2thn ++ bf



Ari nie mama ambik keputusan utk simpan n kemas semua botol2 susu yang dh 2thn dok atas fridge 2..mana tau blh guna utk next family member..tah bl..heee

Thursday, March 10, 2011

Info From Kosmo 11 Mac 2011

Usah malu mengepam susu badan

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


MENYUSU badan kini sudah kembali sebagai trend malah, ramai ibu muda pada masa kini tanpa mengeluh tetap akan mencari sudut privasi bagi menyusukan anak walaupun di pusat beli-belah, kedai makan mahupun dalam majlis keramaian.

Jika tidak diberi menyusu terus dari payu dara, lambakan jenama dan jenis pam susu badan manual mahupun elektrik menjadikan wanita yang berkerjaya juga mampu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka.

Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja tanpa diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.

Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.

Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.

Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.

Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.

“Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.

Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.

Kelengkapan pam


Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.

Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.

Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.

“Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.

“Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.

Kelebihan susu badan

Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.

Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.

Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh.

Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.

“Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.

“Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.

“Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.

“Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.

“Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.

SUSU badan yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan antara tiga hingga enam bulan.

Pengalaman sendiri

Berkongsi pengalaman sebagai wanita yang bergelar ibu, Farah juga menginginkan yang terbaik buat tiga orang buah hatinya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 3, dan Putera Shafik Adrian, 4 bulan.

Isteri kepada seorang jurutera, Saiful Azwan Rasidi itu sedar perkara asas yang terbaik untuk anak-anaknya sejurus selepas dilahirkan adalah dengan memberi susu ibu secara eksklusif.

Lulusan bidang Mikrobiologi dari Universiti Teknologi Mara itu sanggup meninggalkan jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta selepas dia melahirkan anak sulungnya.

“Saya akui dulu semasa anak sulung, saya kurang pengalaman dan persediaan. Malah, ketika anak saya berumur 8 bulan, saya diberikan rezeki untuk mengandungkan anak kedua pula, ketika itulah saya berhenti memberi susu badan kepada anak sulung kerana mendengar cakap orang yang lebih tua.

“Ada yang kata tidak elok untuk kesihatan bayi yang dikandung kerana bimbang, khasiat makanan ibu yang sepatutnya diambil bayi dalam kandungan, ‘dicuri’ anak yang sedang menyusu,” katanya yang berjaya melengkapkan kursus penyusuan yang melayakkannya bergelar kaunselor laktasi dari Pusat Perubatan Universiti Malayia (PPUM).

Enggan mengulangi kesilapan pertama, Farah memilih menyusu secara eksklusif bagi anak kedua dan ketiganya.

“Ia adalah nikmat tak ternilai bagi seorang ibu, malah sokongan daripada orang tersayang iaitu suami amat saya hargai,” katanya yang ternyata puas kerana dapat menyusukan anak-anaknya tanpa susu formula.

Dengan kesedaran yang ada, Farah bertekad menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi barangan bayi dan gajet lengkap untuk penyusuan susu ibu yang diberi nama Sarakids.

Sarakids kini mempunyai lima cawangan utama seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura dan Korea.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarakids, boleh ke laman web www.sarakids.com atau ke kedai di alamat 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Tuesday, March 8, 2011

Perlukah noktah sampai di sini?

Hari ini mama selamat terima parcel from duniasusuibu...mama order badge, sticker, keychain n dapat free gift magnet fridge..suka hati sangat..even dh kira otai n x tau sampai bila boleh bertahan...perasaan meluap2 nk bergaya dgn aksesori BF masih menebal..sekurang2nya bila nampak aksesori 2..mama akan ingat zaman perjuangan mama BF till 2y..

10q so much kat mom@KIM's..sb dpt ramai kenalan kat sana...siap mama shopping2 online..lom terlambat utk rembat BF punya things...kat KIM's mama kenal kak Nik..1st beli baju t-shirt tulis BF...kaler oren lagi..cik abg x refuse bila mama tepek kat kete dia...theee...pas 2 ari nie dpt plak sticker BF nanti tepek lagi..cuma mama blh tepek cermin belakang je la cos belah depan kawasan jajahan asben..

X sabar plak nanti nak order t-shirt n sticker KIM's yang syima design..tq dear..moga bertambah meriah susu syim...mmg mama dapat banyak pengalaman@tips plus kwn melalui KIM's nie..maklumlah kat opis mama nie..mama yg tegar lagi mengepam even dh lepas 2 thn..dl ada kwn mengepam..lepas dia preggy 2nd baby dh stop pumping..then dpt kwn pam br tapi x sama waktu pam..kadang2 selisih..so masa pam mama baca la bahan bacaan..x kisah la paper thn lepas @ magazine 10 thn lepas...

Sedar2 susu dh lepas 4oz..alhamdulillah..cuma after 2y nie mama dh kurangkan sesi pam dr 2 kali ke 1 kali je...sb mama rasa journey mama dh sukses..cuma skunk nie melayan rutin mama yg belum boleh lekang lagi..apa lagi mengusung beg pam n mengepam...rindu n sayu nak berhenti..x tau bila nk stop nie..

Memang ada mom yg BF till 3y++ but mama tengah berkecamuk buat fikiran..nk wean off sendiri atau mama yg cari ikhtiar utk wean...sebab kadang2 mama geram sangat bila Airiel BF...maklumlah orang dh besar..bukan cm baby dulu...that's why mama cm nk wean kan tapi x sampai ati plak..tah bila dapat wean...

Experience kwn mama, dia sapu sirap x jalan..baru2 nie sapu minyak yg berangin tapi jenis yg boleh dimakan...so far my click ckp berhasil..cuma sayu tengok muka anak yg renung cik B...siap gentel2 lagi nk hilangkan gian...sebelah malam kadang2 anak dia BF secara x sedar tapi dh berkurang...adakah mama sanggup buat cm 2...tgk Airiel ngan lirikan mata yang sayu? X kuat rasanya...Ada gak yg suggest bakawali...isk x sanggup plak tgk Airiel muntah nanti sb bakawali 2 pahit sangat..

Ternyata naluri mama masih ingin merasai bahagia BF namun satu ketika nanti perlu jua bercerai susu...adakah mama dh bersedia?

Thursday, March 3, 2011

Ragam Airiel Yang Gelisahkan Hati Mama

Ya Allah..skunk nie mama agak stress nk hadapi ragam Airiel..semenjak melepasi umo 2thn nie ragam dia makin menjadi2..papa pun x tau dh nk buat apa..bila orang tengok tv dia boleh tutup..mama x bape kisah lagi..yg selalu naik angin Abg Aiman la..mana x dia sedap tengok slot feveret ngan muka selamba Airiel tutup..mengamuk la..papa pun terkena gak..udah la gila sukan..tgh sedap tgk badminton match Chong Wei kena tutup tv..kalo mama saja2 pose dpn tv pun dia suruh tepi...

Ari nie, time papa change diaper..boleh dia melalak sb xmo..pas 2 melalak cm kena pukul sedangkan sentuh pun tidak..subuh2 dh bergema umah mama..x tau la mengapa dia buat peel cm tu..adakah dia penat@saja buat perangai? Mama nie dh ada 2 hero..masa Aiman dulu..Ya Allah mudahnya nk bela dia..jenis penurut dan x mengamuk..kalo x dapat toys sekalipun dia x melalak..diam je..itu contoh bila bw berjalan..kalo kat umah elok je..x la mama selalu mengurut dada ngan ragam dia..

Bila ada Airiel nie..semuanya 100% berubah..mmg la lain anak lain ragamnya..tapi hero lagi satu nie terlalu aktif ngan lasak..dia bukan hyperaktif cuma lasak mengalahkan Aiman..dlm tempoh umo dia 2 thn, kening berparut..bibir pecah..erm mcm2 la..kalo marah boleh gigit mama..sabo je la..yang pelik 2 ragam dia yg belum mama fahami..adakah sebab dia xclusive BF? bonding 2 erat sangat..

Pantang la nampak kelibat mama...asyik menempek je la..x boleh nk gerak langsung..x dpt BF pun x pe janji menempek..tapi bila time dia mengamuk..cm la mama pukul dia..kdg2 kesabaran 2 hilang gak..sedas gak kena tapi mama x suka nk pukul anak2..so far mama jenis tegur dulu..kalo dh melampau br rotan..Airiel memang takut ngan rotan..bila suruh pakai diaper without point kat rotan yg tergantung compom dia menari2 bila dipanggil utk baring..kalo mama ambik rotan cepat je baring..x suka la buat cm 2..

Lom lagi bab memanjat pemisah dapur n living hall..skunk dia dh terer nk panjat cuma lom lepas je lagi..Ya Allah, sabar je lah..kalo tortoise Abg Aiman compom kena usik selalu..dh la air dia cepat berbau..boleh kocak2 ngan tangan plak Airiel...tang panjat grill ari 2 dh sampai part atas sekali..udah la mama dok tingkat 12 from 15..grill 2 menghadap balkoni..seriau je..takut tersilap langkah turun jatuh ke bawah...dia mmg suka port 2 sebab nk tengok komuter yang lalu...

Adakah mama tersilap didikan @ asuhan? Adakah mama terlalu strict? Ya Allah, berilah mama petunjuk dalam mendidik dan membesarkan anak2..berilah mama kesabaran...

Sunday, February 27, 2011

Hari terakhir Februari 2011

Weekend banyak pekara berlaku..yang menyentap jiwa mama..kening Airiel sekali lagi terluka..eksiden plak kat playground kuarters...mmg terdetik kat hati tgk jongkang jongkit yg dh rosak 2..kalo la terkena anak aku..rupa2nye lepas terdetik je Airiel kena..Ya Allah..berdarah ps 2 kena parut luka hari 2...mmg budak 2 x sengaja..mama yang cuai..sebab x sempat kejar Airiel yang lari laju cm roket..

Mama terus telefon papa bgtau..ingat nk bw g Pusrawi tapi cian plak papa niaga..papepn papa otw balik tapi sangkut sb jem..mama inform papa x yah la balik cos mama blh handle..luka dia x dalam..so mama tekap luka bg stop bleeding..sapu ngan manjakani..alhamdulillah stop bleeding..x lupa mama sapu gak ngan gamat plus eye gel yg pernah mama guna time luka czer terbuka dl..sayu mama tengok Airiel..

Aiman plak terkedu cos Airiel terluka sebab nk g dekat dia yg tgh main jongkang jongkit..geram pun ada sb dia x mo tgk adik langsung..sibuk main..tapi bila pikir balik Aiman bukannya boleh pikul tanggungjawab..sebab dia lom matang...so weekend nie quite sad...

Rentetan Airiel luka siang tadi belah malam dia merenggek je..menyusu x henti2..aduhai mengapa plak nie..adakah dia sedang menahan sakit? Mama belek seluruh badan nie.. x de pape..suhu pun x panas..sampai pukul 5 pagi mama x tido..papa yg baru balik meniaga jam 11.30 mlm pun sama..temankan mama layan rengekan Airiel...mama tau papa pun x sedap ati..

Dari dalam bilik mama bawa Airiel kat ruang tamu..siap pasang channel kartun..dia tgk sambil menyusu..lelap sekejap merenggek balik..Ya Allah, tabahkan hati mama melayan anak...Mama pun x sedar bila terlelap..sb bila terjaga tengok2 Airiel tido elok..so kami anak beranak tido kat ruang tamu..tah bila Aiman merangkak keluar..mama pun x sedar..

Ari ahad, mama ada reunion All Fab Convent Gurls kat umah Nani di Tmn Bkt Sentosa, Gombak..jam 12.00 - 3.00 ptg..siap beli baju ngan tudung baru lagi..uisk lama x jumpa depa since 1995..bf that mama g umah mak kat Shah Alam cos mak ngan my sis x sihat...demam..bila dh sampai sn x sampai hati plak nk jengah je sb mak pun x larat..so x jadi la g reunion 2..sowi gurls..lain kali mama try attend k..

Hari ini, Aiman mula exam..Penggal pertama SK ngan SRA..mama n papa doakan Aiman dapat buat yang terbaik..yang penting baca Bismillah, baca arahan, jawab dan semak semula..insyaallah BOLEH..so kira nie minggu exam buat Aiman..

Wednesday, February 23, 2011

Pertanyaan tentang implikasi MAB to BF mom..

MAMA:
salam doc.sy masih lagi bf anak yg berumur 2thn lebih.sy nk tya doc tentang kesan sy mkn kacip fatimah kerana ada pendapat beritahu ia x sesuai utk bf mom.sb kacip fatimah detox tru our milk..sy mkn maajun anggun bistari MAB yg ada bahan nie..utk family planning cos xmo mkn noriday terlalu lama.TQ

DR NADRAH ARIFIN :
AsSalam. Maaf sbb lmbt reply sbb saya terlepas pandang msg u.
Anyway, nothing wrong to take noriday walaupun utk tempoh lama yg melebihi 5 tahun. :)
Tentang kandungan kacip fatimah, sebenarnya takde kajian yg memang terbukti secara saintifik yg boleh dipegang sbg asas kukuh utk mengatakan ia memberi kesan kepada bayi melalui breastmilk. Lagipun, sebenarnya payudara bukan organ utk menyahtoksin, ia hanya semata2 utk menghasilkan susu. Badan kita menyahtoksin melalui buah pinggang dan hati, dan bahan2 ini dibuang dari badan melalui peluh, air kencing, najis...bukan melalui breastmilk. Namun, sesetengah bahan yg dimakan oleh ibu boleh juga dialirkan melalui breastmilk (tapi bukan sebagai bahan kumuh). Kita biasanya mengelakkan apa2 bahan yg dirasakan bahaya kpd bayi yg menyusu.