Thursday, January 19, 2012

Akhirnya Ku Tahu.....Lil Airiel

Tanggal 17/01/2012 segalanya terjawab..Temujanji Airiel di Unit Mekar Hosp Selayang membolehkan mama n papa memahami apa yang berlaku pada lil hero mama..Dr pakar beritahu mama bahawa Mohamad Airiel Hafiqie bin Mohd Iswadi 2thn 11 bln Expressive Speech Disorder with Mild Autistic Traits..subhanaallah..berilah mama kekuatan..memang x salah naluri seorg mama jika terasa ada sesuatu..

MAma x tau s/ada mama perlu menangis, sebak, sedih..mama n papa look each other n speechless..tapi bila direnung wajah anak kecil kami..mama n papa perlu redha dan berusaha sebaik mungkin..Airiel perlu mengikuti Speech Therapy (ST) n Occupational Therapy (OT)..memang menguji betul sebab mulai 2012, Hosp Selayang (HS)dh x de ST so mama kena g spital lain..Dr suruh pilih spital mana n papa choose Hosp Sg Buloh (HSB)..

Dr beritahu juga keadaan Airiel x sekritikal mana..masih boleh dibantu janji kami ikut n bantu dia..Insyaallah, kami akan usaha...So far Airiel kena buat Hearing Test (HT) n alhamdulillah HS ada n appointment 27/2/2012..Mama n papa g spital HSB utk dptkan date ST n nurse boleh bagi paling awal 11/7/2012..x pe la janji dapat date n appointment utk HS utk OT pd 10/4/2012..jumpa pakar HS 8/8/2012..this 31/1/2012 pun ada appointment ngan Peadtrik HS..tahun nie hari mama full dgn appointment Hospital..Demi Airiel mama sanggup..Ya Allah permudahkan urusan mama..

Jika diperhatikan Airiel sama spt kanak2 lain cuma dia berat nak bercakap..dia boleh bercakap tapi malas nak bercakap..mcm Dr ckp Airiel agak terbelakang sket berbanding kanak2 seusia dia yg dh boleh ckp byk..mungkin pada org lain perkara itu biasa tapi mama tetap nak bantu Airiel..Dari segi tingkah laku, Airiel seorg yang lasak n kadangkala ganas..Dr maklumkan itu berpunca daripada sikap Airiel yg x pandai ekspresikan perasaan dia..so dia akan sakitkan org lain ataupun diri sendiri..

Kami sudah biasa dibaling barang kadangkala tanpa sebab..mama n abg Aiman acapkali digigit n feveret of course mama..Mula2 dulu mama marah juga tapi bila dh tahu mama belajar bersabar dan tenangkan Airiel..cm baru2 nie dia mengamuk mcm histeria bila mama ajak balik lps main kete @Kiddos tesco..ms depan kakak Kiddos tu dia ok jer..OTW g kete, dia start mengamuk sakan..sampai penat mama tgk..mcm2 mama buat..pujuk, peluk dia, ckp n offer feveret dia tetapi semua dia tolak..sampai 1 tahap dia keletihan..kesian mama tengok...

Nanti mama sambung berkongsi kisah yea....

MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISORDER)

ULANGKAJI: Autisme
by KELAB ANAK AUTISME on Monday, 16 January 2012 at 14:58

Disediakan oleh Pn. Ainol Azmi bt. Lazim ( Penolong Kanan Pendidikan Khas ) dan Cik Siti Maisarah Bt. Zainal ( AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)



MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISORDER)

DEFINISI

Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:

“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.



FAKTOR-FAKTOR AUTISME

Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU).



Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003).



Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.



Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).



CIRI-CIRI AUTISME

Jamila K.A. Mohamed (2005), telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme dan dibahagikan kepada enam bidang iaitu:



i. Komunikasi

Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:

• Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.

• Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak

mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.

• Jarang menggunakan bahasa.

• Sukar diajak bercakap.

• Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.

• Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.

• Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.

• Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.

• Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.



ii. Interaksi Sosial

Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem:

• Suka bersendirian.

• Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada

memandang orang lain.

• Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.

• Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.



iii. Gangguan Deria

Diantara ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:

• Sensitif pada sentuhan.

• Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.

• Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.

• Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.



iv. Pola Bermain

Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:

• Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya.

• Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun

melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang

dipegangnya.

• Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.

• Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana

sahaja.



v. Tingkah Laku

Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:

• Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.

• Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang

seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-

nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.

• Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).

• Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang

reaksi.



vi. Emosi

Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. Diantaranya ialah:

• Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa

terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada

melakukan sesuatu yang diingininya.

• Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu.

• Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.

• Adakalanya mencederakan dirinya sendiri.

• Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.



PERKHIDMATAN INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME

Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik.



Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Diantara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah pendidikan terancang.



Kanak–kanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan ibubapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku. Dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa.

Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga.

Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran.

Sunday, January 8, 2012

Himpunan aktiviti Hujung Tahun 2011

Mama tepek sket2 dulu yer...nie la 8tviti mama ngan kiddos..2011..Jom usha yer..

19 Nov 2011 Sesi bersama Doraemon @ Sogo Kl



Hasil kreativiti Abg Aiman n Airiel..ce teka mn satu Aiman punya...


Winner : Airiel HAfiqie...(mama yg tolong buat..mare abg aiman)




Balik naik komuter gak...enjoy..

Nanti mama sambung lagi yea...tungguuuu

Lembaran 2012

Ya Allah, dh bersawang blog mama..almaklum le hujung tahun 2011 memang bz tahap melampau..dengan prestasi dlm HRMIS yg mama rasa siput lagi lajuuuu..ngan kes SBPA nyer..opsyen umo 60thn ler..alhamdulillah berjaya atasi semuanyer..

Perihal anak2..Abg Aiman 2012 udah msk Tahun 2..syukur masih di kelas yang sama 2 Emas..SRA pun sama 2 Ibnu Sina..peksa ujung tahun SK Abg Aiman dapat no 13..mana x nyer 1 paper markah 100% pun x menyinggah..no 1-12 semua hadoo..but syukur bukan mudah seorg budak lelaki nak konsisten..hasil usaha mama yg mcm cikgu besau..kui3..

SRA Abg Aiman dpt markah 80.9 utk keseluruhan..so dpt stay kelas Ibnu Sina..aim mama 2012 utk mantapkan pembelajaran teruna yang makin akal pelbagai nie...makin banyak alasan..start gak kdg2 bila tanya pandai selindung (bohong) esp bila dia buat something yg mmg mama akan marah..subhanaallah..Tahun 2012, Abg Aiman dh x transit umah BS..x best katanya..so lps abis SK dia balik umah, makan, mandi n bersiap g SRA..alhamdulillah semua lancar..just mama pantau cm tu je

Lil Airiel plak...semakin bijak berkata2 even susah nak dengar dia bersuara..suara emas le katakan..but 1 day masa mama tgh iron baju skool Abg Aiman, dengar Airiel sebut huruf K, U, M dll ngan jelas..subhanaallah...sebab terlalu fokus keaktifan dia, mama lupa nak fokus pada pengajaran ABC..mmg ada ajar tapi x cm Abg Aiman dulu..makin manja n x tau bila nak wean off nie..mama cadang nak lakukan bila umo Airiel genap 3thn..

Pembukaan tahun 2012, mama layan UPSI Rainforest MTB JAmboree @ Tjg Malim, Perak..alhamdulillah dpt ranking no 10 kategori wanita even last batch arrived finish line..1st time mama join jamboree..serik?..x sama sekali..enjoy n thrill..YUP..but asben said just once a year jer..lain kena layan fun ride..risau le tu bini dia ramai peminat...ampunnnn

Kang kita sambung cite...ada koje nak buat...apapun semoga tahun 2012 membuatkan kita wanita, isteri dan mama yang lebih sukses..aminnn

Tuesday, November 15, 2011

Planning for Lil Airiel 2012

Hajat di hati memang dh sibuk aim something 4 Airiel..utk aktiviti dia tahun depan..cadangan nk htr g tuition smart reader expose dia ngan alam belajar tulis2..tapi teringat ngan Abg Aiman yang ms msk smart reader byk homework..ayoooyooo..Airiel?erm cm x yakin je..Aiman ok je boleh dipaksa rela lagi..

Dengan bantuan pakcik Google..ternampak la Alim Kids Playgroup dalam forum cari..terus la cari yang terhampir ngan area penginapan (cess umah gomen le)..usha2 yg terhampir TTDI..alamak dh moved ke Kota Damansara..but masih dlm area gak..http://alimkidsplaygrouptamantun.blogspot.com/

MAma pun sms le owner dia Teacher Fatin..nk tau info le..cm mana playgroup nie..fee cm mana..belajar ape tru sms..thee..tup2 Teacher Fatin terus tepon..pe lagi berbunyi le Galaxy S Plus Mama lagu As Long As u L0Ve me..Teacher Fatin ckp susah le puan nk tulis dlm sms..tepon senang..sowi teacher mama budget bill..thee..jgn mare

So far Playgroup nie every Saturday for 1 Hour..hv 8 lessons for each module n pay RM 200..around RM25/lesson..pergh mama writting in English le..thee..basically memang guna English method..cuma dia more excitement..ada craft activity, story telling, learn ABC etc...quite santai le..sound interesting..lagi best mama boleh dok sama masa playgroup nie..join sekali ngan Airiel..kesukaan nie..thee...jgn interprem lebey sudahhhh...

So far mama aim utk develope sosial skill Airiel n learning..but ada peluang business gak..uisk ke situ plak..bukan apa..memang problem kat house area mama susah bebeno nak cari aktiviti cm nie..almaklum le dikelilingi ngan kawasan elite even mama x tergolong..so mana tahu nie satu peluang (ada rezeki terpijak ke...)boleh buka satu playgroup..insyaallah..

Mama request ngan Teacher Fatin utk join Module 1..so alhamdulillah next year 2012 ada start bulan Jan..so decide nk register Airiel..hope dia enjoy..memang parents kena ada sekali dlm kelas..so mama ok aje..ada gak aktiviti every weekend...pape nt mama update yea..x sabo nie...

Thursday, November 3, 2011

Rezeki lagi...

Nie berita x disangka..hasil like page MCSS..nama naik utk cabutan bertuah..

Chrysalis Nurul
Untuk sesi Cabutan yang pertama di MamaChrysalis ShakleeStore [MCSS]...
5 yang bertuaH adalaH.....
1) Ashrani Firuz
2) Liza Ayu
3) Hunny Ida
... 4) Ummi Nazifah Mohamad
5) Rizal Hashim

*sila PM saya untuk tuntut HadiaH anda.TQ...bagi yang lain...tunggu..ada 15 lagi nama akan naik..:-)

Monday, October 31, 2011

Weekend sebelum November 2011 menjengah

Minggu lepas 17 - 21 hb Okt 2011 minggu periksa Abg Aiman..periksa Akhir tahun..mama doakan yang terbaik ye sayang..meskipun dia demam for the 1st day..ermm..SRA start 31/10-8/11/2011..mmg minggu periksa nie..

29/10 ari tu mama follow abg Aiman gotong royong kat SK Kiaramas..the one n only mama yg dtg utk student kelas dia..theee..x pe le..demi anak mama follow aje..papa plak x dpt ikut (ermm memang suke le dia) sebab jaga boboi boy kecik..Airiel..so around 8.15am mama ngan abg Aiman sampai skool dia..x ramai mama tgk ...bdk2 pun ada seciput je..so far cikgu kelas aiman ckp parents jarang nk involved..sabo ye cikgu..oleh kerana gotong royong sempena 1Murid 1 Pokok..maka aktiviti mama tanam pokok...


X sempat nak snap bagai sebab main tanah ari nie..yg kelako nyer kasut mama putus..theee...kuat bebeno koje yong..siap suruh papa anto selipar baru (antonyer sandal) kalo x berkaki ayam nt..haaaa..cikgu ingat mama saje berkaki ayam rupanya bila dickp kasut putus senyum cikgu..siap offer nak pinjam selipar ke?..lebih kurang 15 pokok buah2an yang kami tanam..Abg Aiman mare sebab x dpt tanam pokok..ayoyo sayang dpt tolong ambik tanah pun dh ok kan..theee..memang dia ambik peluang menimba air dlm lubang..kebetulan mlm td hujan..sabo je la..

Abis around 10.30am so rehat n skool sediakan makanan..biasa le makanan murid2..nasi lemak 2.0 ngan sirap plus teh..Abg Aiman nie bab makan memang kuat..x cukup 1 nasi lemak..ingat gak dia kat Adik kat umah tu..siap nak tapau bawa balik..uiskk malu2..mama pujuk2 suruh letak balik..haaaa...nasib baik diletakknye..


Oleh kerana kerja menanam dh siap, cikgu Amilin ckp dh boleh beransur balik..pe lagi..tepon papa suruh ambik..balik umah mandi manda..tido cas battery..penat ler..sampai pkl bpe tido tah le..satu family plak tu..thee..Mlm plak g NSK sebab nak beli bahan nak masak..almaklum le anak mama dh khatam Iqra'..alhamdulillah..as he request pulut kuning plus gulai ayam...

Hasil tangan mama plus papa..

Maybe ada yg kata just khatam Iqra' je..tapi for me niat nak jamu kawan2 dia n bg support..hope Abg Aiman dpt khatam Quran before UPSR mean Tahun 5..boleh sunat sekali..macam2 mama nak buat..nk buat majlis sikit plus ada bunga telur n pelamin..almaklum le..kalo ada budgetnyer..insyaallah..

Lupa nak tepek..akhirnya tamat riwayat jam Polo mama yang dh pakai almost 6 years..x boleh baiki dah so kena le rembat jam baru..mesti under RM500..alhamdulillah dpt duit menanggung kerja..rupanya nak beli jam baru..syukur x yah kuar duit simpanan..setelah diusha (selalunya papa yg pilih jam sebab taste mama kureng sket) yehaaaa..nie jam nyer..ESPRIT n below 500..ok la tu..theee


Semalam 31/10/2011 Abg Aiman bgtau mama dh tahu keputusan periksa SK dia..so far results subjek mama dh tahu..alhamdulillah semua A kecuali Seni (tangan keras cm mama)n Bahasa Cina..Abg Aiman ckp no 13 dari 30..syukur la sayang..mama faham budak2 lelaki nie nak dpt top 10 agak payah..tapi x pe..janji usaha (puas mama bebel masa belajar)..so far dia ckp stay kat kelas Emas gak..skang dia dok kelas 1 Emas tahun depan 2 Emas..teruskan usaha yea sayang..dulu masa tgh tahun dia dpt no 19..ada peningkatan..ada rezeki mama bw aiman jalan2..

Memang melentur anak lelaki x sama ngan anak pompuan..kawan mama yg anak dia pompuan sekelas ngan Abg Aiman no 6 dlm 1 Emas n SRA no 1 dlm kelas..budak pompuan nie rajin sket x dinafikan (mama pun rajin pe dulu - top 10) cuma bila nak futher study x de rezeki..kalo dulu kat poli ada anugerah dekan (ms mama x de) compom tiap2 semester dapat (eknyer)..n anugerah diraja pun sama..tapi ye la..rezeki dh ditentukan Allah..even mama dpt sambung integrasi tanpa menunggu lama tapi kewangan x mengizinkan..namun Allah bagi mama murah rezeki dpt keje...syukur..

x pe la..namun bila tgk kawan2 batch mama jadi lecturer, jadi penolong jurutera, jurutera..rasa gak rendah diri..mama nie juruteknik aje..YA Allah, jauhkan sifat x elok dr diri ini..syukur dengan nikmat-Mu..amin..