Wednesday, July 20, 2011

Luahan hati seorang mama

Pergaulan dengan ramai kenalan menjadikan mama mendapat pelbagai ilmu..semuanya berdasarkan pengalaman dan pandangan pakar..jika diperhatikan secara lahiriah, lil Airiel sama seperti kanak-kanak lain, sempurna..namun ada kelainan dengan perilaku dia yang terlalu lasak..

Cakap2 org sekeling..lasaknya anak awak..cergas sangat...mungkin itu biasa, namun pada mulanya mama rasa tiada kelainan namun bila umur Airiel menginjak 2 tahun, semakin ketara perilaku dia..adakah mama x cukup sabar melayan karenah anak? Atau ada yang x kena? Kelasakan Airiel semakin menjadi2..benarkan dia ada ADHD? Atau ketika ini saat dia bergerak pantas? Selama membesarkan Abg Aiman, semuanya berjalan dengan lancar..Abg Aiman memang senang dijaga..mendengar kata n mudah segalanya..

Kehadiran Airiel merubah segalanya..perhatian mama terbahagi tidak sama rata..Abg Aiman semakin memberontak..adakah kerana mama lebih perhatian kepada Airiel? Abg Aiman sudah pandai memukul adik tanpa dilihat oleh mama..Airiel akan menjerit dan keadaan mula hingar bingar..Adakah mama tidak bergerak dengan pantas? Mengendalikan anak2? Tidak dinafikan anak2 lebih rapat dengan mama berbanding dengan papa..Papa jarang ada di rumah bahkan weekend pun beliau bekerja..walaupun ada di rumah, papa lebih suka memasak berbanding melayan karenah anak2..

Semenjak dua menjak nie, mama lihat papa makin pendiam dan mudah naik angin..terutamanya pabila Abg Aiman dan Airiel bergaduh..adakah kesabaran papa makin kurang? Adakah papa tertekan dengan suasana anak2..Ya Allah, berilah diri ini pedoman...Perlukah mama lepaskan semua tugasan di rumah dengan melayan karenah anak2 dahulu? Memang selalunya, mama akan dakap anak2 setelah pulang bekerja..rindu rasanya berpisah 8 jam..

Telah mama peruntukkan 1/2 jam selepas pulang bekerja untuk bersenda ngan anak2..tapi adakah ia x mencukupi..kadang2 jika kewangan mengizinkan, mama bawa anak2 ke rumah mak di Shah Alam menaiki komuter kerana anak2 enjoy..x pun mama bawa g Sogo..g tempat playskool tkt 7..selalu mama pergi ngan anak2 sahaja sebab Papa kerja..mama x salahkan papa sebab bz mencari rezeki..Namun jika ngan papa, selalu keluar pergi mall aje..tu pun sebab beli barang..bukan utk hiburan anak2..

Mama perlu bawa Airiel jumpa dr kanak2 untuk pastikan samada dia ada ADHD@x..jika ada, mama perlu lakukan sesuatu demi masa depan dia..semoga mama sekeluarga kuat dalam melalui liku2 kehidupan ini..mama yakin Allah sayangkan mama atas semua yang berlaku..di luar mama nampak kuat..di dalam kekuatan hanya anak2...

Demi masa depan anak2, kami perlu berbincang...Ya Allah berilah kami petunjuk dalam membentuk keluarga kami..menjadikan anak2 kami insan yang soleh dan cemerlang dunia akhirat...

2 comments:

  1. sabarlah melayan karenah anak2 ni sementara dia nak membesar.

    ReplyDelete
  2. 2 la Qaseh..maybe akak lom cukup sabar kot..tq yea.

    ReplyDelete