Credit 2 Lynnda Abbas Moms Without Maids..
Hunny Ida ...buang semua negative thoughts, banyakkan istighfar bila nak marah, cakap pada minda U, anak ini adalah ujian dari Allah untuk aku,suami dan anak2 lain menerima dia seadanya dan at the same time sama-sama cari penyelesaian bukan... menyalahkan takdir dan mengeluh kerana tiada manfaat dan it's not gonna work at all..I dah lalui dulu,U know what? I dulu macam u gak bekerja cuma bezanya ada maid tapi bila balik rumah masa tu lah he needs attention and kita dah 8-10hrs bekerja memanglah penat..1-5years memang time ni u kena banyak sabar sikit,slowly hyper dia akan reduce.. please dont compare anak ni dgn anak yg lain..Allah memang bagi setiap anak itu berbeza dgn kelebihan dan kekurangan masing2.U anggaplah ini ujian dan 'homework' dari Allah utk U..percayalah...at the end of the day U will realise u are a knowledgeable mother and with good heart diatas kesabaran u lalui itu pasti ada hadiah yg menanti..kalau Allah tak bagi ujian ini mungkin kita rasa cukup, selesa, sombong dan riak.Nauzubillahminzaliq..sebab bila tgk anak2 kawan yang sempurna dan disiplin membuatkan ibu2 lain memandang sedikit rendah pada anak kita, seolah-olah kita tak pandai mendidik, padahal ADHD kids bukan mcm anak normal..(waulahhualam,bukan semua)Tapi Allah uji kita pasti ada hikmah yg tersembunyi..I dulu pun puas menangis pasal anak kesayangan ini..orang caci,keluarga terdekat ada yang cakap "anak kau ni macam 'hantu'",nakal... Nauzubillahminzaliq,dan mcm2lah...remuk hati bila mendengar kata2 itu..padahal anak yang tak berdosa umur tak sampai pun 5tahun apalah yg dia tahu..nak pergi majlis mana2 I have to make sure my hubby pun ada, if not memang tak terhandle dia yg lasak..pergi wedding orang tup,tup dah ada atas pentas pelamin pengantin..masa kat dewan..kenangan masa dia kecil2 terlalu banyak nak cerita..tapi berkat kesabaran dan Ilmu yang ada I manage to overcome all the obstacles dan banyak berdoa, berfikiran positif...I take actions and plan what's best for him...selebihnya redha dan tawakal pada Allah..Alhamdulillah,bila dia semakin membesar hyper dia semakin menurun dan terkawal..cuma bila kanak-kanak coraknya lain..dia jenis yang tak boleh duduk diam saja, so bila dalam kereta dia akan minta pinjam my hp nak main game..kalau tak dia akan 'bosan'.My hubby introduce dia dgn ps2 at the age of 6years, bukan nak encourage tapi we find it this is 1 way that can make him sat still and stay focus.Memang dah dikenalpasti Computer games,PS2,painting,drawing adalah minat dia makanya kami explore dia kearah itu..so bila dia mengadap aktiviti2 ini..slowly physical movements reducing..so pendekkan cerita..masa sek rendah dia selalu menang anugerah kreatif mewakili pen khas dan anugerah kecemerlangan temapt 1 atau 2 dan berterusan di Tingkatan menengah..I tetap bangga walaupun level pencapaian dia hanya di peringkat pen khas..they still need our support..so give them the best u can..Alhamdulillah semua cacian dan makian orang sewaktu dia kecil tinggal kenangan dan memberi tamparan pada mereka bila mereka sendiri melihat perubahan yang ketara pada dirinya kini dengan izin Allah,berkat usaha,doa,kami,adik2 dan guru-guru yang banyak berjasa tak lupa juga rakan2 karib dia dan jiran2 yang baik dan menyokong..so betapa pentingnya persekitaran yg baik untuk membesarkan anak2..dia kini lebih dikenali sebagai seorang remaja yang 'soft spoken', berakhlak mulia, itulah gambaran dan kata-kata yang dikongsikan ustaz/ustazah,guru/kwn/jiran/saudaramara yang mengenali dia dulu dan kini..di sek agama dan kelas pen khas dia sering dipuji kerana akhlak yg baik dan lembut..pandai menarik perhatian kawan-kawan sebaya dan yang lebih jauh umur darinya senang untuk mendekatinya..dia tidak pernah meletakkan dirinya serba kekurangan atau keterbelakang dari rakan2 yang normal..syukur alhamdulillah kerana rakan2 baiknya dikalangan budak normal dan cemerlang dalam pelajaran..kini saya korban masa dan perhatian untuk membesarkan anak2 didepan mata sendiri setelah 15tahun menggunakan khidmat maid..tapi kini masih lagi menjalankan perniagaan secara online and on job basis project..pemantauan anak remaja lebih memerlukan perhatian berbanding mereka kecil..sebab cabaran dan pengaruh luar tidak dapat dipantau sepenuhnya, makanya I korbankan ini semua untuk anak2 ..nak pastikan solatnya, kelas tahfiz petangnya dan solat berjemaah di surau..itu antara tugasan yang I kena pantau dan tekankan dan bebelkan hari-hari..memandangkan papa dia kerja sibuk dan outstation/overseas selalu makanya Ibu lah yang sangat berperanan dalam mendidik anak-anak..sebab anak2 memang perlukan peringatan lagi-lagi bila mengadap Games & Facebook boleh membuatkan semua orang terlalai termasuklah orang dewasa…so tanggungjawab Ibubapalah mengingatkan..maid tak akan pantau macam kita,dulu I pantau dari my office,maid cuma cakap’ Ok ‘dah cakap dah..tapi anak kita belum tentu bertindak…dan itulah cabarannya kerana mereka belum pandai menilaikan keutamaan dan matlamat hidup..kita yang perlu bimbing dan pantau buat masa ni agar landasan mereka tidak tersasar..walaupun kita yang merancang Allah jua yang menentukan , kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal padanNYA..Alhamdulillah aktiviti anakanda ku 'z' setiap hari dibawah pemantauan dan perhatian mamanya sendiri berbanding dulu semua maid yg uruskan..7mths without maid I dah latih my son 15years basuh pinggan,jemur,lipat baju,iron baju,kemas rumah dan mop, adik dia girl 11years dah boleh masak nasi,lauk2 simple.youngest son 9 years boleh basuh pinggan, menyapu,mengemop..recently I ada wat kerja luar 2days( weekend) so I delegate kerja masing2..Alhamdulillah boleh diharap..kalau daily basis kerja luar in between anak2 pergi sek I akan lari sekejap appt atau kuliah2 yang dah tersusun..without maid pun ok juga..as long pandai susun,atur dan plan kehidupan kita dan keluarga mengikut kemampuan dan kebijaksanaan kita..SETIAP HARI ADALAH AMANAH..
No comments:
Post a Comment