Alhamdulillah, mama bisa mengalah dan bertolak ansur..meskipun luka masih ada namun demi kegembiraan anak2, mama pasrah..yang pasti mama akan cuba elakkan berhubung secara direct dgn MIL..sebab x mo bertambah sakit perasaan demi menjaga hatinya..
Bahkan mama akan bawa balik blender mama, pisau mama dan barang2 keperluan mama..jika perlu masak rendang, mama akan masak demi anak..mendengar permintan cik asben nak merasa solat raya di kg mama fikir x salah beralah..namun tahun nie mama akan ikut cik asben solat raya ngan anak2..lebih baik dr duduk di rumah..
so far cik asben plan balik isnin dan pulang semula ke rumah kami 2nd day syawal..xmo mama rasa x selesa..insyaallah baki cuti mama akan cuba penuhi dengan aktiviti lain..cadangan Zoo Negara@ Genting Highland..demi menggembirakan hati, mama akan bikin cookies malam nanti till weekend..bagi my mom n adik sebalang dua..plan balik nk ziarah abah di kg, g umah atuk bf balik umah semula..so short but jika itu utk kebaikan bersama..
Akan mama perhatikan tingkahlaku MIL utk raya kali ini..adakah menyentuh hati atau dia sendiri sudah faham sejauh mana hubungan kami..doakan agar tiada sepatah kata yg kurang enak meluncur dr mulut mama dan kesabaran masih milik mama..bukan mudah nak melatih diri bersabar menghadapi karenah begitu..
Apapun, mama nak ucapkan Salam Syawal 1432 maaf zahir batin buat semua yang sudi membaca dan mengikuti catatan mama..malahan ada yg sudi memberi komen..semoga syawal ini memberi seribu kebahagiaan buat teman semua..
No comments:
Post a Comment