Tuesday, August 2, 2011

Penyusuan Eksklusif perlukan usaha dan kesabaran

oleh Beauty of Breastfeeding (learn, educate & practice) pada pada 11hb Julai 2011 pukul 12.44 pagi

1. Sebelum melahirkan bayi iaitu ketika hamil, tanamkan di dalam fikiran dan niatkan di dalam hati bahawa anda hendak menyusukan bayi secara eksklusif apabila bayi lahir nanti. Tanamkan sikap positif bahawa susu ibu pasti ada sebaik bayi dilahirkan nanti. Buat persediaan secukupnya termasuk usahakan utk mencari dan membaca seberapa banyak info berkaitan penyusuan ibu termasuk juga kesukaran2 yg mungkin akan berlaku supaya kita benar2 bersedia dan tidak mudah patah semangat. Ajak juga suami, ibu atau ibu mertua berkongsi info yang kita perolehi itu.

2. Sebaiknya sebelum melahirkan bayi (terutama di hospital bukan rakan bayi = hospital yg kurang menekankan bf), beritahu kepada doktor/nurse/bidan bahawa azza nak menyusukan bayi sebaik sahaja bayi lahir nanti. (baca kepentingan menyusu pada 1 jam pertama kelahiran dan amalan di hospital rakan bayi). Selepas bayi lahir pun jika nurse tidak membawa bayi kpd anda, minta nurse ambilkan bayi segera. Jika kelahiran secara ceaser, ibu kena pandai2 adjust position supaya tidak menyakitkan bhg pembedahan .

3. Untuk mengelakkan dan mengurangkan jaundis pada bayi baru lahir, penyelesaian terbaik ialah dengan memberi bayi susu ibu secukupnya BUKAN dengan susu formula!

4. Pada hari2 awal (hari 1-3) biasanya susu ibu yang putih dan cair belum lagi muncul. Ini menyebabkan ramai ibu membuat kesimpulan bahawa mereka “tidak ada susu”, “kurang susu”, “memang keturunan tak banyak susu” (mak sendiri pun pernah cakap camni!) dan macam2 lagi kesimpulan yg negatif. Hakikatnya susu yang hadir ketika itu hanyalah kolostrum yg pekat, berwarna kekuningan dan sedikit. Namun yg pekat, kuning dan sedikit itulah makanan terbaik dan mencukupi utk bayi baru lahir. JANGAN buang kolostrum itu kerana kolostrum hanya hadir sekali itu sahaja sepanjang hayat anak itu!

5. Mulai 1 jam pertama kelahiran, beri bayi menyusu seberapa kerap yg bayi mahu atau setiap 1-2 jam sekali. Penyusuan kerap akan merangsang penghasilan lebih banyak susu. Maka tidak akan terjadi isu “tiada susu” atau “susu kurang”. Memberi bayi susu formula atau air masak akan mendedahkan bayi kepada ”pencemaran”. Sebab itu penyusuan eksklusif bermaksud SUSU IBU SAHAJA tanpa susu formula atau air masak sekali pun. Baca selanjutnya kenapa bayi kurang 6 bulan tidak perlu air tambahan.

6. Pada setiap puting ada lebih kurang 15-20 liang susu. Liang2 ini perlu dibersihkan supaya tidak tersumbat dan memudahkan pengaliran keluar air susu ibu. Selalu dinasihatkan pada akhir kehamilan, ibu2 digalakkan mencuci liang2 puting dengan air bersih ketika mandi pagi. Sekali sudah mencukupi… jgn kerap2 kerana tindakan ini dikhuatiri merangsang pengecutan rahim pula. Elakkan menggunakan sabun kerana ia boleh menyebabkan kawasan puting menjadi kesat.

No comments:

Post a Comment